Kembali lagi kita dalam Tech Thursday, yang mana di sini aku share some new stuff pasal tech or anything yang berkenaan IT world. Alright, kalini special untuk 'kaki download' dan pengguna google chrome. Kepada yang suka download movies, songs, dan macam-macam lagi di internet pasti akan annoy atau kurang selesa dengan beberapa advertisement link seperti Adfly.
Seperti yang diketahui, Adfly ni satu advertisement link yang memendekkan link dan bagi earning kepada user mereka melalui bilangan visit. Selalunya terganggu dengan skip ad (gambar dibawah) yang mana kita perlu menunggu beberapa saat sebelum boleh ke link sebenar.
Ops, jangan marah dekat yang pasang ads ni, diorang nak generate side income juga.
Alright, setiap masalah ada solution. Dengan menggunakan extension 'AdFly bypasser' yang dikelaurkan oleh ayra.ch, pengguna chrome hanya perlu klik pada link dan akan mendapat mesej 'Redirecting in a few Seconds...' sebelum ke link sebenar. Pasti ada yang tertanya, kalau pakai extension ni, mesti link provider tak dapat satu sen pun kan? NOPE! Mereka masih dapat bilangan visit dan earning, kerna tugas AdFly bypasser ni adalah modify page yang kita visit.
Untuk pengguna Firefox pula, boleh cuba extension seperti AdF.ly Skipper dan BypassAdfly. Selamat mencuba.
Alright, selain dari AdFly Bypasser, extension seperti AdBlock juga sangat membantu di dalam web-surfing. Ia berlaku apabila sering diganggu popup atau ads ketika ingin melayari Youtube atau ketika sedang syok streaming live football atau diganggu ads atau popup ads yang tak di ingini ketika ingin download drama korea atau drama jepun kegemaran.
Solution yang dicadangkan adalah AdBlock! Ia adalah free extension, dan digunakan lebih 10 juta pengguna Google Chrome!
Alright, dan selepas kejayaan AdBlock, keluar pula versi yang terbaru yang ditambah baik dari version AdBlock, iaitu AdBlock Plus yang dikatakan mampu remove semua jenis Ads secara automatik!
Kekurangan pada AdBlock ini adalah, ia block semua jenis Ads tak kira ia adalah Ads yang berbentuk advertisement, atau Ads yang dikira SPAM. (Jadi, pada mereka yang menjana pendapatan melalu ads, pasti berbulu dengan entry hehe) Worry not, sebab adblock ni boleh di set untuk enable atau disable bila-bila masa yang di ingini. Jadi direkomenkan disable Adblock di site-site yang dipastikan keselamatannya.
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: Selepas diguna-pakai, didapati extension untuk chrome banyak menggunakan memory dan cpu usage. Jadi amatlah dinasihatkan untuk hanya enable extension bila diperlukan, dan bukan di enablekan sepanjang masa (walaubagaimanapun, entry ni hanya bertujuan untuk share extension yang menarik untuk digunapakai pengguna web-browser)
click ads to show your support (",)