![]() |
| #justgoogleit |
Okay, Tech Thursday harini nak berbincang mengenai cara anda menjawab panggilan telefon bimbit. Berdasarkan gambar diatas, yang mana satu yang biasa anda lakukan? Mengangkat bercakap di telefon bimbit menggunakan telinga kiri atau kanan?
Berdasarkan beberapa bacaan yang aku lakukan, ada pendapat (ataupun mitos) mengatakan yang menjawab telefon menggunakan telinga kanan boleh memberi kesan kepada otak anda! Sejauh mana pendapat ini boleh dibuktikan?
Ada juga mengatakan yang apabila anda membuat sesuatu panggilan, jangan meletakkan telefon terlalu dekat dengan telinga anda sehingga panggilan anda dijawab. Ini kerana ketika anda mendail sesuatu nombor, signal yang kuat digunakan oleh telefon anda (kira-kira 2watts = 33dbi [SUMBER])
Masih tidak dapat dibuktikan lagi samaada fakta atau auta perkara ini. Jadi untuk menyelamatkan otak anda. sila jawab telefon menggunakan handsfree atau jawab menggunakan telinga kiri dan jangan menggunakan telefon murah, gunakan telefon bimbit yang branded sikit (brand yang boleh dipercayai).
sumber : Use Left Ear For Mobile Phone Hoax
-zuan-
p.s : maaf kalau kebelakangan ni entry-entry aku kurang berilmu dan berinformasi, nextime aku akan cuba ketepikan soal personal dan terapkan profesionalism dalam diri aku so dengan harapan tiada lagi entry berbentuk peribadi dalam blog aku (",) terimakasih atas sokongan korang semua, aku masih berdiri harini (^_^)


