Selamat Hari Jumaat kepada pembaca Saiazuan Blog yang dihormati. Pada kaum Adam, jangan lupa yang harini Solat Jumaat, so jangan nak pandai-pandai skip pulak ya hehe.. Maaf kerana terlewat post entry mengenai Hari Asyura ni, sepatutnya aku post last week sebelum 10 Muharram, tapi terlupa nak letak dalam schedule update pulak sebab busy dengan karnival ICT. Yela, niat aku nak post adalah untuk ingatkan korang dan diri aku sendiri untuk berpuasa pada 10 Muharram.
Sedikit info mengenai Hari Asyura yang dipetik dari Wiki :
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Berikut adalah kejadian / peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam ketika 10 Muharram :
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Subhan'Allah, begitu banyak peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.. Jadi untuk memperingati hari Asyura, disunatkan berpuasa Hari Asyura (dengan niat "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala") Jadi pada yang terlepas/terlupa untuk berpuasa Hari Ayura (2 hari iaitu 9 dan 10 murarram atau 10 dan 11 murarram), insyaAllah kalau dipajangkan umur, cuba dapatkan puasa 2 hari pada tahun hadapan kerana banyak kelebihan berpuasa pada Hari Asyura ini;
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". (sumber)
![]() |
| #HadisRiwayatMuslim |
Kalau korang ada masaalah untuk mengetahui tarikh sebenar kalendar islam, boleh rujuk entry ini untuk mengetahui caranya dengan mudah.. Selamat Beramal semua (",)
-zuan-
p.s : mungkin aku akan kurang blogging dan blogwalking pada bulan ini (sehingga bulan depan kerana sibuk dengan projek, assignment dan study for final), TAPI insyaAllah jika ada kesempatan masa akan aku schedule updatekan blog setiap hari aku dan blogwaling pada masa lapang walaupun aku ada 5 minit (",)
