Showing posts with label masaalah social. Show all posts
Showing posts with label masaalah social. Show all posts

Monday, 26 September 2011

> Mana Disiplin Budak Sekarang?

HOlla Peeps,


Pada cuti semester yang lepas, setiap hari aku diarah oleh big boss untu menghantar adik aku ke sekolah dengan menunggang skuter hitam aku, dalam perjalanan aku, aku perhatikan sikap murid-murid sekolah sekarng..

Di kanan aku, baju tak tight in.. Di belah kanan, "eh apa yang berasap kat tangan diorang tu?" Di depan pulak ada budak yang tak pandang kiri kanan ketika melintas jalan raya..


Bekas murid-murid aku di SK Sikamat

Geleng kepala aku tengok budak-budak ni.. Terus aku cakap dengan adik lelaki aku yang berada di tingkatan 1 sekarang, "Abang nampak Pan macam tu, siap!!" garang gak aku dengan adik aku ni...

Terus aku teringat dengan waktu aku mengajar di SK SIKAMAT dulu..


Eh!!! Zuan seorang cikgu??? 

*pada yang belum familiar dengan blog aku, mungkin tak tau yang aku sebelum ni pernah bekerja sebagai seorang cikgu ganti di sebuah sekolah di seremban, SK Sikamat.. And currently study degree at UiTM Arau Perlis in Computer Science.

korang boleh rujuk beberapa entry lepas mengenai pengalaman aku sebagai seorang cikgu :

gmbar waktu aku muda-muda (kanan hujung).. lol

Tapi aku berkhidmat selama 2 bulan je (still can be call a teacher harini?).. Mengajar subjek science dan kemahiran hidup di sekolah rendah.. Even cuma dua bulan, but penuh dengan pengalaman baru setiap hari.. Malangnya time aku jadi cikgu dulu, aku tak berapa aktif blogging, kalau aku aktif blog mungkin saiazuan blog menjadi diari seorang cikgu ganti???

Apa yang aku nampak pada murid-murid yang aku ajar dulu (2 tahun dulu), tahap disiplin diorang, tak la teruk pun.. Dan kalau aku denda pun, sekadar suruh diorng duduk bersila di lantai sebab bising dalam kelas.. Dan kalau lepas abis waktu sekolah pun, aku tengok murid-murid di luar sekolah, masih berperangai baik.. Mungkin sebab diorang masih murid sekolah rendah?


-zuan-
p.s : kena banyak taip schedule entry untuk elakkan blog aku berhabuk 

Wednesday, 10 August 2011

> Rusuhan London

HOlla Peeps,

Aksi bomba selepas rusuhan di Tottenham

Aku baru mendapat berita yang di London: Pihak Polis Britain telah menahan lebih 100 individu selepas kejadian kecurian di kedai dan serangan ke atas pegawai polis pada malam kedua (bermula 6 Ogos 2011) keganasan yang tercetus london. Sembilan polis dilaporkan cedera dalam kejadian di beberapa tempat di London hari ini dan keseluruhan 35 orang cedera. Kadar kerosakan yang dialami berada pada skala kecil berbanding rusuhan Sabtu lalu di Tottenham.
Dikatakan punca rusuhan adalah disebabkan penembakan maut seorang suspek oleh polis, Pengangguran tinggi dan potongan perkhidmatan awam, dan Kesempatan jenayah.

Kit Malthouse (Timbalan Datuk Bandar London), mendakwa yang aktiviti keganasan kecil itu didorong sifat tamak berbanding bimbang tindakan pihak polis. Beliau berkata lagi, ia kemungkinan dipengaruhi masalah sosial susulan pemulihan ekonomi di Britain dicatatkan pada momentum lembap.

Sumber : 


#prayforlondon
#londonriots


UPDATES :

korang boleh tengok video Bila budak Malaysia di London kena pukul dan barangnya dicuri di sini Dhiya Fariza


-zuan-
p.s : kita bernasib baik dekat malaysia tak ada macam ni.. apa tgu lagi, on la twitter tengok latest update dekat situ hehe (",)  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...