Showing posts with label mamat khalid. Show all posts
Showing posts with label mamat khalid. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Ambisi - Antara Rimba Bara dan Rock Oo

HOlla Peeps,

Walaupun demam Rimba Bara kelihatan semakin reda, tapi lagu OST untuk karya ulung sutradara hebat Malaysia, Mamat KalidRock Oo sangat mendalam maknanya, dan penuh anspirasi..  Boleh kata setiap tika aku mendengar lagu ini. Walaupun ada sesetengah telinga, lagu Rembau Most Wanted nyanyian W.A.R.I.S adalah lebih bagus, pada aku Rock still ROCK! #YouKnowWhatIMean





Cahaya didalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari kedasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

Chorus:
Sentiasa disisi ku
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang
Wohoo..

Wohoo..
Wohoo..
Wohoo..

Disisiku
Merestui ambisiku
Hohohohoho..

Takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku
Jalan.. ku..


Tika - Rimba Bara (Nyanyian Khir Rahman)



Setiap orang ada ambisi. Pengerak ambisi mereka adalah mereka yang sentiasa dekat dengan kita, ibu bapa kita, sahabat, dan juga yang tersayang. Teruskan ambisi untuk berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Al-Fatihah kepada Arwah Loloq (nama sebenar Rosli Khamis) yang menulis lirik untuk lagu Tika.. 


click ads to show your support (",)

Friday, 1 March 2013

Rimba Bara Kembali - Review Rock Oo

HOlla Peeps,

ROCK! Sebuah filem yang pernah menyegarkan kenangan zaman rock 80an dan 90an tanah air pada tahun 2005 kembali mengegarkan peminat Rock tanah air terutamanya Rock Kapak! Mamat Khalid kembali dengan; Rock Oo! - Rimba Bara Kembali.

sumber - buahmulut.com

Sinopsis Rock Oo - Rimba Bara Kembali : Mengisahkan Amy Mat Piah yang berniaga menjual ABC, amat mengagumi dan ingin menjadi vokalist kumpulan Rimba Bara selepas ketiadaan Zul Kapak. Berhasrat untuk menjadi vokalist kumpulan itu, Amy mula mendampingi Jijo, Basis kumpulan Rimba Bara. Untuk memikat hati Jijo dan Black, Amy memperkenalkan dan menarik Slash, seorang guitarist hebat menyertai kumpulan itu, dan kemudian Amy mendapat peluang menjadi vokalist Rimba Bara. Bermulalah episod penuh suka duka dalam usaha mendapat tempat di arena rock.



Permulaan cerita dengan salah satu lagu Sweet Charity memberi impak sentimental pada awalnya dan kemudian seluruh panggung terbahak ketawa melihat telatah Amy (Que Haida) mengisar ais untuk membuat ABC. Penuh dengan Humor, Sentimental dan Musical! Ia sebuah filem melayu terbaik tahun ini pada pendapat aku selepas kegagalan filem Mamat Khalid; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit memberi kesegaran baru kepada aku walaupun isinya begitu padat.


sumber - buahmulut.com


Begitu teruja untuk menonton, sehingga tak terasa menggu lebih 15 minit di depan panggung dengan sahabatku untuk masuk ke dalamnya. Ditambah lagi dengan lagu lagu rock kapak yang dimainkan di sepanjang perjalanan kami ke panggung, menambah lagi semangat Rock kedalam jiwa kami.

Begitu banyak lagu-lagu 80an dimainkan sehingga membuatkan aku ingin karok lagu lagu rock kapak selepas itu. Dibantu dengan plot yang ringkas dan sangat mudah difahami, dan barisan pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak mereka, membuatkan aku ingin menontonya untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya. Keunikkan filem ini adalah, tiada ayat-ayat jiwang, tiada lawak kosong, tiada berebut awek dan berebut harta sepeti yang biasa dibuat filem filem tempatan yang lain. Semuanya ROCK!


sumber - nazrulakram.blogspot.com


Begitu teliti pengarah mencari tempat-tempat nostalgic dan bertemakan 80an untuk mendapatkan feel cerita ini walaupun ada beberapa scene kelihatan moden. Bak kata kawanku, "Aku teringin nak ke zaman ni, nak feel sendiri era rock tu" kerna kelihatan dimana-mana sahaja ada rock ketika itu.

Kepuasan cerita ini adalah elemen nostalgianya, lagu-lagu pilihan yang diselitkan, dress-up rockers, dan semangat rockers untuk memperjuangkan seni musik mereka. Tak perlu menonton filem Rock (2005) untuk memahami filem ini kerna filem ini boleh dimakan (dilayan) begitu sahaja.. an an annnnn~?

"Filem ini sangat dekat dengan saya. Walaupun sudah lebih 80 kali menonton ketika proses suntingan, tetapi saya tidak bosan langsung setiap kali menontonnya. Jiwa saya jelas terlihat dalam filem ini." Mamat Khalid (Dipetik dari Yahoo Entertainment)

Applause!! Filem ini sangat hebat! So far, My favorite Film for 2013!!! Mamat Khalid membuatkan aku nak tengok filem ini lagi..


OST untuk filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali


Rating: 8/10 (sebuah lagi filem hebat dan unik arahan Mamat Khalid yang mesti ditonton semua peminat filem tempatan dan peminat musik Rock khususnya)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa suka main futsal? Kasut Joma bagus tak? Ramai kawan kata best pakai, better than other brand yang dah femens amos~ 


click ads to show your support (",)

Friday, 8 February 2013

Husin, Mon dan Mamat Khalid - Review Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

HOlla Peeps,

Agak lama aku tak menonton wayang, filem terakhir yang aku berjaya tonton dan review di sini adalah The Hobit arahan Peter Jackson. Semalam diberi kelapangan masa untuk menonton filem yang paling ditunggu ramai peminat filem tanah air, khususnya peminat penduduk kampung pisang, iaitu filem Husin , Mon dan Jin Pakai Toncit. Hati agak curious untuk melihat keadaan Husin (Awie), Kak Limah (Delimawati) dan penduduk kampung pisang yang lain..

Jika di dalam filem Zombie Kampung Pisang, penduduk kampung Pisang terkena serangan penyakit zombie. Kemudian mereka diganggu Hantu Kak Limah di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalini didapati mereka dibelengu masalah lain pula. Bala ni bala~

Masalah bermula apabila beberapa orang teruna di dalam Kampung Pisang termasuk Husin hilang secara mengejut. Apakah kaitannya dengan kehilangan Wahab B (Afdlin Shauki) pada tahun 1967? Siapakah pula Jin Pakai Toncit? Begitu banyak persoalan yang ada di dalam kepala dari sebelum melihat cerita ini, sehinggalah pengakhiran cerita ini.. Begitu banyak yang ingin diceritakan Mamat Khalid.



Seperti yang semua tahu Mamat Khalid adalah seorang director! Ye dia seorang director~ Director ni mengarah filem.. Haaaa begitulah ceritanya~ #LOL


Jika ingin dibandingkan dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan filem box office, filem ini kelihatan kurang seri tanpa Abi (Johan) yang dibawa lari ke Jawa. Kelihatan begitu banyak mesej yang ingin disampaikan tetapi kurang jelas untuk difahami penonton. Filem ini sedikit suram berikutan masalah yang dihadapi Husin. Beberapa babak seram juga dilihat kurang menjadi, mungkin kerna sudah terbiasa dengan Hantu Kak Limah, jadi babak seram kalini dilihat seperti di recycle semula.

Ramai yang tergelak didalam panggung dari awal cerita, mungkin kerna mereka rindukan lawak santai Mamat Khalid dan penduduk kampung pisang.. Tapi lama kelamaan, bunyi riuh rendah didalam panggung semakin kurang volumenya.. Ramai sudah kelihatan mula muak dengan lawak yang dihidangkan. Mungkin Mamat Khalid cuba untuk mengekalkan trademark setiap penduduk kampung dengan lawak mereka tersendiri, tetapi dilihat tidak lagi menjadi impak. Kelihatan di dalam filem kalini, lawak kampung pisang sudah mula mual~

Walaubagaimanapun, kekuatan filem ini adalah pada lakonan Awie, Ezlynn, dan Rashidi Ishak yang kelihatan begitu menjiwai watak mereka. Beberapa babak romantis dan sedih berjaya dijiwai Awie, jiga dibantu dengan pengalamannya berlakon untuk beberapa lama. Kekuatan pada CGI juga tidak kurang hebatnya walaupun ada beberapa scene dan scene climax yang agak tidak masuk akal. Apabila di lihat di credit, nama-nama anak muda melayu di dalam senarai disebalik seni filem ini. Pilihan lagu untuk filem ini juga sangat bagus, tetapi lagu tema Lamunan Terhenti nyanyian Awie dan Ezlynn kedengaran kurang menyegat seperti Cinta Kristal di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Disebabkan ramai terlalu mengharapkan yang terbaik dari Mamat Khalid berikutan kejayaan filem sebelum ini, filem ini di kira early-rated, tetapi gagal menyengat disebabkan expectation yang tinggi dari penonton. Apapun, goodluck kepada Mamat Khalid untuk filem Rock 2: Rimba Bara Kembali.

Rating : 7/10 (Kelihatan filem ini kurang memberi impak seperti yang sebelumnya, tetapi ia adalah sebuah filem yang bagus dengan plot, mesej dan jenaka kampung pisang)



Al-Fatihah kepada Arwah Zami Ismail


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak bosan dengan gaya review yang sama, jadi kalini aku karang lebih sikit atas sebab concern dan sayang dengan industri filem tempatan.. 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 5 July 2011

> My Story : Hasrat Tak Kesampaian

HOlla Peeps,

Dah berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun aku berhajatkan sesuatu.. Sesuatu yang mudah untuk dipenuhi, dah tidak memerlukan kos yang banyak kerana ia memerlukan beberapa titik peluh dan sehelai wang kertas berwarna merah. Ia tidak memerlukan mentera semerah padi mahupun setitik peluh petani, cukuplah dengan menaiki motosikal lama bapaku dan kita mampu kesitu dalam masa kurang satu jam..

Minggu lepas, aku dan sahabat-sahabat berjanji ingin ke suatu destinasi dimana kita akan bergembira untuk kali terakhir sebelum masing-masing menghala ke hala tujuan masing-masing..

Tetapi kenapa?
Kenapa perlu rancangan begitu rapi dibatalkan begitu sahaja?
Kenapa hajatku masih menjadi hajat kempunan si budak kecil?
Dan kenapa aku menulis entry ini?
Dan kenapa anda masih tertanya-tanya apakah hajat ku?

Hajatku hanya ingin mandi air panas di Pedas, Negeri Sembilan.. Susah sangat ke? sobs :'(

gambar dari :http://eleventx.blogspot.com/2009/07/transformers-revenge-of-fallen-game.html


BANG! BANG! BANG!

ha!! kena tembak, lain kali boleh pergi la~

-zuan-
p.s : jangan tiru aksi tembak menembak ini dirumah anda!!!
ni Mamat Khalid punya pasal la ni, habis berbunga-bunga bahasa aku~ 

Wednesday, 29 June 2011

> Aku Dan Alexa : Part 1

HOlla Peeps,

Siapakah Alexa? Seorang gadis hot dari America, bertubuh sexy, mata berwarna biru, dan berkulit gebu ;D

BWAHAHAHA!!! Just joking~

Semua orang mesti dah firmiliar dengan ALEXA!!! Apa tugas Alexa? Ia menyediakan Free traffic metrics, search analytics, demographics, and more for websites...


menurut Alexa,
Based on internet averages, eleventx.blogspot.com is visited more frequently by females who are in the age range 18-24, have no children and browse this site from home.
So mostly pembaca blog aku adalah perempuan dan sekitar pelajar rasanya...Walau bagaimanapun (Gaya Mamat Khaild) blog aku masih belum ada review atau rating dari Alexa, hope ada soon :D

Thanks for the support~ ;D

-zuan-
p.s : dah tengok T3?  

Tuesday, 7 June 2011

> Memecah Kebuntuan

HOlla Bloggers,

Kebosanan melanda diri dikala hari ke-3 aq di kampung (atau dengan lebih tepat taman) Mak Tok ku.. Idea sedang dikeluarkan untuk enrty ku yang akan datang (aq cuba kurangkan short form dalam penulusanku) dan ternyata otakku masih gagal mencari inti pati isi dan cerita yang ingin aq lontarkan kepada sahabat bloggers yang lain.. Adoi!!! Dan maih menjadi blog favourite aq dikala kebosanan adalah blog Mamat Khalid, seronok baca blog beliau kerana banyak yang akan kita dapat belajar darinya!! Dan aq perlu memecahkan Tempurung Ku juga!!!


-zuan-
p.s dalam kebosanan, aq layan anime One Piece hahaha!!! Sorry minggu ni aq tak dapat nak blogwalking sangat disebabkan speed broadband yang tidak mengizinkan, maklumlah, quota sudah abis hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...