Showing posts with label kisah seorang guru. Show all posts
Showing posts with label kisah seorang guru. Show all posts

Friday, 23 March 2012

> GTO : Great 3

HOlla Peeps,

Sambungan GTO : Great 2!! Great 3, Finale..


#SayonaraSensei



Hari berganti hari, minggu salih berganti.. Sampailah masa untuk aku melabuhkan tirai aku. Hari terakhir mengajar, aku umumkan pada setiap kelas aku mengajar. Hati rasa berat nak tinggalkan diorang. Muka aku tersenyum, tapi hatiku menangis, tak sampai hati nak tinggalkan diorang. Begitu banyak aku belajar, begitu banyak pengalaman aku dapat, begitu ramai kawan aku tambah.

Ada cikgu yang menyuruh aku sambung mengajar di skolah tu kerana sudah hujung tahun jadi takpa la kalau teruskan mengajar, malangnya PPD tak membenarkan. Kerna kontrak hanya sampai 16/10/09. Jadi jika aku sambung pun, takkan ada gaji diberikan pada aku. Ramai murid yang memeluk dan  menangis, menghalang aku dari tamatkan mengajar.





Diorang ada buat sedikit farewell party untuk aku di dalam kelas. Terharu aku dengan apa yang diorang buat. Akan aku ingat korang sampai bila-bila dan entry ini lah yang akan jadi bacaan aku bila aku teringatkan korang..


**********


Pengalaman menjadi seorang guru benar-benar mengubah aku. Mengubah aku dari seorang yang kedekut ilmu, kepada seorang yang suka berkongsi ilmu. Mengajar aku, seorang yang sangat hot tempered untuk bersabar. Mengajar aku menghormati guru yang mana aku waktu di sekolah dulu suka mengutuk guru di belakang.

GTO menjadi inspirasi aku, tapi jauh kalau aku nak compare kan diri aku dan watak rekaan yang berjaya menyentuh hati dan memberi impak satu dunia. Sure ramai guru di luar sana yang menjadikan Onizuka atau Kumiko (Gokusen) sebagai inspirasi diorang untuk memimpin pelajar bermasaalah ke jalan yang nampak cahayanya..

Walaupun pendek pengalaman mengajar aku, tapi aku berbangga, sebab aku boleh kongsi pengalaman aku. Pengalaman aku menjadi seorang guru. Aku harapkan murid-murid yang aku pernah ajar tu, menjadi insan yang berguna, dan menjadi antara yang memimpin negara kita di masa hadapan, insyaAllah.. (gambar 1st aku dressup sebagai guru di sini - malu nak tunjuk hehee)


Sayonara SK Sikamat...


-zuan-
p.s : total time aku spend untuk siapkan entry ni, 3 jam.. total price untuk entry ni, priceless.. 

Wednesday, 21 March 2012

> GTO : Great 2

HOlla Peeps,

Ini adalah Sambungan GTO : Great 1. Perkongsian pengalaman aku menjadi seorang Guru Sandaran.


#HowITeachThem




Aku tak pernah mengikuti mana-mana kursus mengajar, jadi environment mengajar ni totally new thing pada aku. Jadi macam mana aku mengajar?

Bercerita mengenai cara aku mengajar, pada mulanya aku agak blur mengenai bagaimana nak memahamkan murid-murid mengenai topik yang akan aku ajar. Sains diajar dalam bahasa inggeris sementara yang Kemahiran Hidup dan Pendidikkan Jasmani diajar dalam bahasa Malaysia.

Ada banyak perkataan yang digunakan yang aku rasa begitu sukar untuk difahami murid-murid. Jadi aku putuskan untuk mengajar melalu gambarajah. Aku melukis di papan hitam untuk gambarkan mereka mengenai macam-macam perkara walaupun bakat lukisan aku tak begitu bagus. Di dalam kelas aku, aku mengajak murid-murid berimaginasi kerana aku tau daya imaginasi budak-budak ni sangat brilliant. Topik mengenai planet, magnet dan banyak lagi diajar aku.

Aku hanya mengajar untuk 20 hingga 30 minit, selebihnya aku habiskan dengan bermain quiz dengan murid murid. Mungkin bertentangan cara mengajar yang betul, tapi aku gamble cara mengajar aku ni. Aku bahagikan murid-murid kepada kumpulan. Quiz yang aku berikan berkaitan dengan topik yang aku baru saja ajar. Begitu leka dengan quiz sampai aku tak perasan yang masa mengajar sudah habis dan sampai terlupa untuk bagi kerja rumah pada murid-murid.

Ada murid tak bagi aku keluar kelas sebab nak aku bermain quiz dengan diorang. Tapi aku terpaksa tolak permintaan diorang demi menghormati guru yang sedang menunggu di luar untuk mengajar.




Tidak dinafikan, hubungan aku dengan murid-murid begitu baik sampai murid-murid kelas lain yang aku tak ajar pun kenal aku. Aku agak dikenali di kalangan murid-murid sekolah ketika itu mungkin sebab aku tak marah atau merotan diorang dan sebab 'kemachoan' aku. Hehehe... #silaMuntah

Sedikit menyedihkan, menceritakan pengalaman aku mengajar murid kelas bawahan. Bukan memilih kasih tau membezakan kelas pandai dan kurang pandai. Aku terpaksa mengajar dengan lebih serius dan bermuka garang dengan diorang disebabkan kenalakan diorang dan kekurangan mereka dalam memberi fokus. Lagi menyedihkan, ada yang tak bawak buku dan ada yang ponteng.

Memang suatu cabaran yang paling sukar untuk aku. Sangat sukar, aku semakin memahami perasaan seorang guru. Aku hampir menitis air mata apabila tengok ada murid tahun empat yang masih tak tahu mengeja dan menulis. Bayangkan, dia mengambil masa lebih 5 minit untuk menulis tajuk topik yang akan aku ajar. Untuk lebih tegas, aku menyuruh dia duduk bersila di depan. Dan aku banyak fokus pada pelajar tersebut.

Hari demi hari, masih sama.. Dia masih gagal menulis sepantas mereka yang lain. Apa kan daya, aku hanya mengajar di sekolah. Masa yang diberikan tak cukup banyak nak mengajar dia seorang sahaja.




Aku ada pengalaman menjadi cikgu kawat untuk rumah merah ketika hari sukan sekolah. HAHA agak terkejut apabila aku diarahakan mengajar kawat! WHAT??? Waktu sekolah dulu aku tak pernah masuk kawat. Kalau selection, memang sengaja buat salah, sengaja buat tak pandai, sengaja tak dengar arahan. Now kena mengajar kawat?

Lepas mengajar di pagi hari aku diarahakn mengajar kawat di petang hari. Bila datang petang, ada kurang 10 orang murid yang menanti aku. Aik macam mana nak ajar ni 10 orang je? Memang what goes around comes around, apa aku buat waktu jadi murid dulu, kena balik kat aku. Aku suruh murid-murid mengajak kawan yang lain join kawat. Lama-lama makin bertambah. Kalau tak silap aku, perlukan lebih kurang 40 orang untuk satu pasukan kawat. Tapi tak dapat sampai 40 pun yang aku dapat kumpul.

Aku bedal je ajar je kawat, memang kelang-kabut awalnya. Then aku mintak bantuan cikgu lain yang lebih berpengalaman untuk menolong aku, Alhamdulillah, lama-lama makin ok. Pada hari sukan sekolah, diorang nervous tapi aku cheer diorang up dengan berjenaka. Team kawat aku dapat #3 dari 4 pasukan yang bertanding. Bangga beb sebab tak dapat #4.




Kemudian aku ada join lari dengan badan terbalik ke belakang (tak tau apa nama dia macam gambar di bawah) dengan guru-guru yang lain pada hari sukan dan dapat tempat ke #2 kalau tak silap aku hehe. Overall, pasukan rumah merah dapat #3..



Nantikan GTO Great 3 (Finale) di entry seterusnya..


Teaser : 
Bila seorang budak menjadi seorang guru..


-zuan-
p.s : betul ke aku nak bagi GA kat top 10 komentator bulan ni? jeng jeng jeng hehe 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...