Selepas beberapa minggu cuba mencabar limitasi badan aku yang sudah dimanjakan selama berbulan bulan di Arau, badan aku mula lenguh-lenguh dan tak bermaya. Rasa mengantuk je walaupun dah tidur 8 jam sehari. Badan mula malas nak buat heavy stuff.. Pagi semalam pun aku skip jogging sebab sakit kaki.. Nak pi massage malas pulak, lagipun takut mahal.
Then aku ke Store Watsons terdekat untuk cari penawar atau kurangkan masalah tuk masalah ni. Belek punya belek, jumpa Kinohimitsu,
Aku dengar produk ini sangat bagus dengan berfungsi membuang harmful waste dari badan kita.. Dikatakan boleh menyihatkan tubuh badan la, bangun pagi je rasa fresh. Selain itu, ia melegakan sengal-sengal badan dan mengurangkan kesakitan dekat joint joint badan. Ia juga berfungsi menguatkan sistem immunisasi badan, melegakan kepenatan, menngkatkan daya konsentrasi dan produktiviti. Dan banyak lagi la, boleh refer dekat nearest watsons atau doktor yang pakar pasal ni.
Aku pun try la malam semalam, tampal dekat kaki;
kinohimitsu ditampal di kaki yang dikatakan mampu menjarigkan gol seperti Messi
Selain tu boleh gak tampal dekat bahu, tangan atau mana-mana tempat yang rasa korang nak tampal. Tapi jangan tampal dekat tempat yang tak sepatutnya pulak, hehe lain pulak color dia nanti xD
selepas 7 jam. Agak berair tapak kaki selepas tampalan dibuka
Secara keseluruan aku takde la rasa fully recovered pun, mungkin sebab 1st time use. Kat belakang kotak pun ada mention; tuk yang baru guna kena pakai setiap hari selama dua minggu, kemudian proceed dengan pakai satu untuk satu minggu. Haha nasib baik bukan setiap hari, klu tak, rabak poket den.. Walau bagaimanapun, lenguh-lenguh di badan aku kurang sikit dari semalam dan alhamdulillah, boleh jogging keliling Giant pagi tadi.
Sapo pernah try benda alah ni? Ce cita sikit hasil eh~
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: bosan-bosan aku tengok la filem xxx balik kat hbo.. Bila dah tengok banyak cerita-cerita ohsem, ternyata cerita ni overrated sangat! Tak ohsem pun.. Ini semua poyo~
click ads to show your support (",)