HOlla Peeps,
Minggu lepas, iaitu pada 28-30 October aku dan beberapa classmate di UiTM Perlis telah terpilih untuk mengikuti program OPKIM UiTM Perlis 2011, di Kampung Sungai Padang yang terletak di daerah Sanglang, dekat-dekat dengan Kuala Perlis... Program OPKIM telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis pada petang jumaat, bersamaan 28 Oktober 2011.
Selepas perasmian, pelajar kemudian diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.. Setiap keluarga mendapt 2 anak angkat, siapa keluarga angkat aku? Nanti aku ceritakan di sini.
Sepanjang 3 hari di sana, banyak aktiviti-aktiviti bersama orang Kampung terutama Kampung Sungai Padang dijalankan.. Antaranya, ceramah oleh Prof Izzi, Aktiviti Sukaneka, Bergotong-royong, dan Berjalan keliling kampung untuk mengenali lebih dekat cara hidup orang nelayan dan petani.
 |
Di dalam Sekolah Menengah Kebangsan Sanglang Perlis, ketika perasmian program |
 |
Sedang menunggu nama disebut sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing |
 |
Ceramah Prof Izzi di Sek Keb Dato Ahmad Musa memberi ceramah memfokuskan golongan belia yang tinggal di kampung untuk menuntut ilmu di menara gading |
 |
Berjalan mengelilingi kampung pada petang hari |
 |
Pernah tengok sawah padi dan laut dipisahkan oleh jalan raya? |
 |
Memang besar kampung ni, dikelilingi sawah padi |
 |
Apakah nasib mereka pada Raya Qurban? |
 |
Selepas penat berjalan mengelilingi kampung, pekena la laksa kampung, memang awesome laksa kat sini!!! |
 |
Aktiviti Sukaneka bersama orang kampung - Lari Menggunakan Tempurung Kelapa |
 |
Aktiviti sukaneka paling cepat berakhir, cari gula dalam tepung, aku dapat #3 dalam acara ni. |
 |
Pengadil : "pakcik, acara timbang bola takraw ni untuk orang muda je.." Pakcik : "saya ni nampak berumur sangat ke? hey, saya mampu timbang 100x kali waktu saya muda dulu la" |
 |
Aku dan classmate aku selepas sukaneka, menunggu penyampaian hadiah |
 |
"Aku dilahirkan untuk jadi Juara!" Word tu yang bermain dalam kepala aku time aku ambil hadiah ni hehe |
 |
Aku bersama keluarga angkat aku, keluarga En Roslan atau Nyan |
 |
Kitorang diminta bercerita mengenai pengalaman kitoang bersama keluarga angkat pada waktu malam. Waktu ni, perlawanan akhir piala malaysia dimana Negeri Sembilan menentang Terengganu, and guess what? Kawan sebelah aku tu dari Terengganu, so kitorang bertaruh la sapa yang menang malam tu, dan of cos la aku wakil dari Negeri Sembilan, Hobin Jang Hobin! |
Pada petang hari sebelum berangkat pulang ke UiTM, bid farewell to keluarga angkat dan orang kampung yang lain.. InsyaAllah ada rezeki, di lain hari akan ketemu mereka lagi (",)
 |
Warga UiTM Perlis dan beberapa orang Kampung Sungai Padang yang terlibat dengan program ni |
Program yang berlangsung selama 3 hari ni memang memenatkan, tapi banyak pengalaman menarik aku dapat dari program OPKIM ni
Apa yang aku pelajari dari program ini?
- Mengingatkan aku dengan asal-usul kita, iaitu asalnya kita dari keluarga nelayan dan petani.
- Mempelajari cara hidup orang kampung yang hidup besederhana.
- Amalkan sikap tolong-menolong dan dan bergotong-royong.
- Beramah-mesra dan jadi seorang yang ramah dengan sesiapa sahaja walaupun kita tak kenal mereka.
Sampai sini sahaja rasanya cerita aku mengenai pengalaman aku join OPKIM, jika diberi peluang lagi, aku nak rasa hidup Orang Asli pula (",)
-zuan-
p.s : amacam raya korang? best?