Showing posts with label Bijak Jawi. Show all posts
Showing posts with label Bijak Jawi. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Teruja - Applikasi Translate Rumi Ke Jawi

HOlla Peeps,

Dengan siapnya projek Jawi aku, diharap kanak-kanak lebih gemar mempelajari jawi dan mempraktikkanya pada hari biasa (Harapan harap diteruskan pihak UiTM).. Kanak-kanak merupakan pokok baru yang perlu kita jaga, kita baja supaya hasilnya baik kepada sekeliling. Jika awal kita bentuk dia dengan baik innSyaAllah daun nya dan buahnya juga baik..

Sekarang ni, apa kita nak buat dengan pokok yang dah tua? Adakah pokok tua seperti kita mempuyai buah yang baik dalam Jawi?

Aku amat teruja apabila terjumpa dengan laman web تراوجا ni.. Ia adalah sebuah laman web transliterasi dari rumi ke jawi ataupun dari jawi ke rumi. Ia ala-ala google translate yang telah dibangunkan oleh UKM.





Simple interface, dan mudah digunakan.. That is some principle that a designer must follow hehe easy to use.. Selain tu, mereka juga ada develop offline translater (rujuk sini) untuk digunakan mereka yang tidak 24/7 ada internet.   

Papepun, all the best to developer team for further project development.. Hehe need a hand, call me hehe..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ROCK OO!!! RIMBA BARA KEMBALI!!! 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 24 July 2012

> Jangan Nak Ngado Ponteng Puasa

Salam Ramadhan Peeps,

Sebelum terlupa,

"SALAM RAMADHAN KEPADA PEMBACA SETIA SB DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA, 
SEMOGA KITA DIBERI PELUANG UNTUK BERIBADAH DENGAN LEBIH BANYAK TAHUN INI DAN LEBIH DIBERKATI ALLAH S.W.T HENDAKNYA, AMIN"


Alrite, busy tu dah menjadi sesuatu yang mesti dilalui pelajar final  year. Dengan FYP yang perlu disiapkan sebelum october, aku perlu lebih fokus dan tumpukan masa untuk siapakannya.. 


Workstation untuk siapkan projek

Jadi untuk bulan puasa ni, aku aim untuk siapkan 80% Projek Bijak Jawi aku supaya proses testing dan implementation boleh dilakukan lebih awal henyaknya...
so bila dah naik semester nanti, leh aku goyang kaki sambil kacau projek orang lain hehe (",)


Alrite bulan puasa ni jangan la nak mengada gi tengok wayang pulak, bukan apa, dalam wayang tu macam-macam jenis 'wayang' kita mungkin nampak. Bukan disengajakan, orang kata
"Sekali pandang rezeki, dua kali pandang dah kira dosa tu"
 hehe so sendiri punya ingat la ye..


Opss RATING DARK KNIGHT RISES, 9/10! Pada awalnya aku aim ia menjadi 10/10, tapi filem kali ini tak dapat beat THE DARK KNIGHT (2008) yang mana The Joker nampak lebih ber-karaktor dari Bane! Apa-apa pun, Good Job NOLAN!!!

Adehh nampak benar busy-nye, habis semua benda aku tulis dalam satu entry! #LOL


-zuan-
p.s: salah bapa kepada seorang sahabat baik aku mendapat Stroke, harap keadaan beliau tidak bertambah kritikal dan beliau sembuh dan sehat seperti biasa hendaknya, amin.. 

click ads to show your support (",)

Monday, 21 May 2012

Alif Ba Ta Duniaku

HOlla Peeps,

Normal la pada seseorang pelajar tu untuk tetiba vanish dari dunia maya disebabkan ke-busy-an melanda diri. Tapi jangan salah faham yang pelajar itu sibuk belajar (terutama aku yang pemalas membaca ni) kerna dia mungkin hilang dicolek alien!

Progress final year projek aku semakin nampak jelas. Proses siapkan proposal dah 90%, dan bulan 6 ni dah nak kena present proposal before aku kena start developing. Ingat lagi pool yang pernah aku buat bulan lepas? Projek aku ada kaitan dengan Jawi. Yups membina aplikasi mengajar membaca tulisan Jawi berbentuk interaktif (menggunakan konsep fonik) kepada murid praskolah. Satu projek amal boleh dikatakan, kerana membantu mengelakkan jawi dari pupus ditelan zaman.

Jangan biarkan mereka senyum kerana tidak tahu menulis Jawi..

Jika kita lihat, akhbar-akhbar semakin kurang dalam penulisan jawi, semuanya rumi. Internasionale la kononnya? Tapi tak boleh la biarkan tulisan jawi ni pupus begitu sahaja, dan diharapkan ia digunakan dengan meluas suatu masa nanti seperti zaman kesultanan Melayu melaka dulu. Kita tengok negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea, mereka masih menggunakan tulisan Kanji dan Hanja dalam penulisan mereka. Kenapa kita tak teruskan menggunakan Jawi dalam penulisan kita seperti mereka?

Thanks to both of my supervisor, mereka mencadangkan aku develope satu applikasi untuk mengajar membaca jawi, which is what i like, pendidikkan. Hope that one day, aku kembali dalam dunia pendidikkan :)

Jom layan lirik lagu Awie, Alif Ba Ta Duniaku (video ada kat bawah)..


Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama 



Janganlah biar Jawi pupus ditelan zaman..


-zuan-
p.s : penat main futsal dan badminton semalam.. huhu ni la akibatnya dah lama tak bersukan, stamina pun dah tak ada.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...