Thursday, 29 December 2011

> Connect to Google+

HOlla Peeps,

Pada yang mungkin belum mengetahui, Google+ menyediakan fungsi dimana bloggers boleh switch to Google+ account yang mana akan menggantikan Blogger Account anda. (http://www.blogger.com/switch-profile.g) Jadi pada sangkaan yang mengatakan button follower akan di-remove-kan mungkin tidak benar, ia hanya menggunakan G+ untuk memudahkan follower mendapatkan update mengenai blog anda dan merapatkan hubungan pembaca dan penulis itu sendiri. Makin menarik development google ni.. 


Anda hanya perlu tick right, dan button "switch now" jika berminat

Laman G+, About

Ia hanya mengantikan account Blog dengan account G+, dan akan menglibatkan blog anda yang lain (jika ada lebih dari satu blog) Apa yang aku nampak sekarang, Google benar-benar serius dengan pembangunan G+. Aku dah ber google plus, korang pula?


-zuan-
p.s : lappy aku sperti baru, aku restore factory balik system aku! geram sebab dah 2 minggu dia dok demam, so hello #newbornbaby.. #LOL btw study week dah bermula, aku mungkin akan kurang blogging, pada rindu and nak bertanya khabar, berteguran la di FB, Twitter atau G+ ya.. insyaAllah aku online (",)

Tuesday, 27 December 2011

> Movie Review : Ghost Protocol

HOlla Peeps,


Rasanya dah lama aku tak tengok Tom Cruise berlakon, hmm last filemnya apa ek? Aku hampir lupa namanya sebab dah terlalu lama dia berdiam dalam dunia lakonan ni. Dan apabila aku tengok Mission: Impossible - Ghost Protocol, masih belum berkarat mutu lakonannya! 


No Plan. No Backup. No Choice. 

Sinopsis : Ethan Hunt dan pasukannya mengejar masa untuk mengesan pengganas berbahaya, Hendricks, yang telah mendapat akses kod pelancaran nuklear Rusia dan sedang merancang serangan ke atas Amerika Syarikat. Satu cubaan oleh pasukan itu untuk menghentikan dia di Kremlin berakhir dalam bencana,dengan letupan menyebabkan kemusnahan teruk kepada Kremlin dan IMF yang terbabit dalam pengeboman, memaksa Presiden mengeluarkan Protokol Ghost, di bawah mana IMFdigugurkan, dan tidak akan dibantu atau disandaran dalam apa jua bentuk bantuan. Tanpa gentar, Ethan dan pasukannya mengejar Hendricks ke Dubai, kemudian ke Mumbai, mampukah mereka mengelakkan perang dari berlaku?

Kenapa perlu tengok filem ini?


  • Jika anda rindu akan lakonan mantap Tom Cruise, this is the movie to watch!
  • Ingin lihat keajaiban ketinggian menara yang 2 kali lebih tinggi dari KLCC? Burj Khalifa adalah menara yang mampu membuatkn anda gayat!
  • Pernah tengok Tom Cruise terhantuk?  
  • Kenal Anil Kapoor? Pelakon hindustan ini adalah pelakon jemputan untuk filem ini.
  • Plot yang tersusun dan tidak memeningkan, twist yang senang di huraikan, dan perkembangan watak yang menarik.
  • Peminat BMW sports car? Ada kereta konsep yang hebat dipandu Tom didalam filem ini. 
  • Filem ini tak banyak cakap, aksi! aksi!! aksi!!!
  • Banyak gadjet dan trick yang unik dan mengagumkan.
  • Nak belajar menyamar? MI4 adalah tempatnya.
  •  Walaupun CGI nya hanya biasa-biasa, anda akan lupakan pasal CGI tu, sebab aksi dan trick fighting  akan menutupnya. 
  • Filem ini memang kena dengan taglinenya "No Plan. No Backup. No Choice."


Rating : 8/10 (Berbaloi untuk lihat lebih dari sekali)


-zuan-
p.s : mampukah mood blogging dan study disatukan? 

Sunday, 25 December 2011

> #taknak

HOlla Peeps,


Duit free akan diberikan kepada pemenang photo contest #GayaHidupSehat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Nuffnang! Berapa banyak? Ia mungkin tak cukup untuk gunakan untuk membeli kamera yang gagal aku menangi pada contest lepas! Ia adalah contest untuk mempromosikan kempen #taknak merokok dan Smoking Kills dalam masa yang sama mengasah bakat dan skill dalam photography dan banyak lagi kelebihannya.. 

Sekali menyalakan 'lighter' untuk membakar sebatang rokok,
seperti membakar sehelai duit seringgit,
Kira berapa batang rokok dan berapa helai duit telah anda bakar?

Apa kata mereka?

"Yeah memang susah nak berhenti merokok ni, gua demam-demam sebab berhenti merokok, tak leh stop la beb~"
tapi sampai bila sahaja kau akan demam kawan?

"Hahaha macho wei hisap rokok! Kau tak rasa macam tu ke? Go get one!!"
tapi aku tak 'smoke', dan 'macho' sahaja setiap hari..

"Smoking kills? Aku tak mati pun lagi! Hahaha"
tapi ia membunuh dalam senyap..

"Katakan #taknak? Rokok patah? Haha dah terang-terang rokok yang dia tak nak tu rokok yang dah patah"
tapi itu untuk memberi mesej supaya tak merokok..

"Eh aku yang hisap, bukan kau yang hisap, sukati aku la"
tapi aku hisap apa yang kau lepaskan..

"Rokok sumber inspirasi!"
tapi banyak lagi sumber inspirasi yang jauh lebih bagus di sekitar kita..

"Duit aku, suka hati aku la"
tapi bukankah lebih baik gunakan duit itu untuk sesuatu yang lebih berfaedah?


Cegah sebelum terlambat.. Katakan #taknak! Smoking kills, anda boleh mengubahnya.. Jom sertai photo contest dan dapatkan duit free.. Jangan benci perokok, benci rokok! Sebab rokok mereka merokok..

-zuan-
p.s : minggu sibuk hampir berakhir, tapi msalah internet masih gagal diatasi.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...