Showing posts with label mission impossible. Show all posts
Showing posts with label mission impossible. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

> Movie Review : Ghost Protocol

HOlla Peeps,


Rasanya dah lama aku tak tengok Tom Cruise berlakon, hmm last filemnya apa ek? Aku hampir lupa namanya sebab dah terlalu lama dia berdiam dalam dunia lakonan ni. Dan apabila aku tengok Mission: Impossible - Ghost Protocol, masih belum berkarat mutu lakonannya! 


No Plan. No Backup. No Choice. 

Sinopsis : Ethan Hunt dan pasukannya mengejar masa untuk mengesan pengganas berbahaya, Hendricks, yang telah mendapat akses kod pelancaran nuklear Rusia dan sedang merancang serangan ke atas Amerika Syarikat. Satu cubaan oleh pasukan itu untuk menghentikan dia di Kremlin berakhir dalam bencana,dengan letupan menyebabkan kemusnahan teruk kepada Kremlin dan IMF yang terbabit dalam pengeboman, memaksa Presiden mengeluarkan Protokol Ghost, di bawah mana IMFdigugurkan, dan tidak akan dibantu atau disandaran dalam apa jua bentuk bantuan. Tanpa gentar, Ethan dan pasukannya mengejar Hendricks ke Dubai, kemudian ke Mumbai, mampukah mereka mengelakkan perang dari berlaku?

Kenapa perlu tengok filem ini?


  • Jika anda rindu akan lakonan mantap Tom Cruise, this is the movie to watch!
  • Ingin lihat keajaiban ketinggian menara yang 2 kali lebih tinggi dari KLCC? Burj Khalifa adalah menara yang mampu membuatkn anda gayat!
  • Pernah tengok Tom Cruise terhantuk?  
  • Kenal Anil Kapoor? Pelakon hindustan ini adalah pelakon jemputan untuk filem ini.
  • Plot yang tersusun dan tidak memeningkan, twist yang senang di huraikan, dan perkembangan watak yang menarik.
  • Peminat BMW sports car? Ada kereta konsep yang hebat dipandu Tom didalam filem ini. 
  • Filem ini tak banyak cakap, aksi! aksi!! aksi!!!
  • Banyak gadjet dan trick yang unik dan mengagumkan.
  • Nak belajar menyamar? MI4 adalah tempatnya.
  •  Walaupun CGI nya hanya biasa-biasa, anda akan lupakan pasal CGI tu, sebab aksi dan trick fighting  akan menutupnya. 
  • Filem ini memang kena dengan taglinenya "No Plan. No Backup. No Choice."


Rating : 8/10 (Berbaloi untuk lihat lebih dari sekali)


-zuan-
p.s : mampukah mood blogging dan study disatukan? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...