Duit free akan diberikan kepada pemenang photo contest #GayaHidupSehat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Nuffnang! Berapa banyak? Ia mungkin tak cukup untuk gunakan untuk membeli kamera yang gagal aku menangi pada contest lepas! Ia adalah contest untuk mempromosikan kempen #taknak merokok dan Smoking Kills dalam masa yang sama mengasah bakat dan skill dalam photography dan banyak lagi kelebihannya..
![]() |
| Sekali menyalakan 'lighter' untuk membakar sebatang rokok, seperti membakar sehelai duit seringgit, Kira berapa batang rokok dan berapa helai duit telah anda bakar? |
Apa kata mereka?
"Yeah memang susah nak berhenti merokok ni, gua demam-demam sebab berhenti merokok, tak leh stop la beb~"
tapi sampai bila sahaja kau akan demam kawan?
"Hahaha macho wei hisap rokok! Kau tak rasa macam tu ke? Go get one!!"
tapi aku tak 'smoke', dan 'macho' sahaja setiap hari..
"Smoking kills? Aku tak mati pun lagi! Hahaha"
tapi ia membunuh dalam senyap..
"Katakan #taknak? Rokok patah? Haha dah terang-terang rokok yang dia tak nak tu rokok yang dah patah"
tapi itu untuk memberi mesej supaya tak merokok..
"Eh aku yang hisap, bukan kau yang hisap, sukati aku la"
tapi aku hisap apa yang kau lepaskan..
"Rokok sumber inspirasi!"
tapi banyak lagi sumber inspirasi yang jauh lebih bagus di sekitar kita..
"Duit aku, suka hati aku la"
tapi bukankah lebih baik gunakan duit itu untuk sesuatu yang lebih berfaedah?
Cegah sebelum terlambat.. Katakan #taknak! Smoking kills, anda boleh mengubahnya.. Jom sertai photo contest dan dapatkan duit free.. Jangan benci perokok, benci rokok! Sebab rokok mereka merokok..
-zuan-
p.s : minggu sibuk hampir berakhir, tapi msalah internet masih gagal diatasi..
