Berdasarkan pemerhatian aku selama lebih kurang seminggu, ramai blogger sibuk dengan topik cukai 6% terhadap topup yang akan dilaksanakan tak lama lagi (bermula 15 sept).. Sangat pantas aku trima macam-macam info pasal tax ni, laju la korang ni updates! haha!!! Ramai yang marah dengan cukai yang dikenakan ni, dan ramai juga yang terima dengan baik, dan siap ada group bantahan terhadap tax ni lagi..
Menurut beberapa sumber (sumber 1, sumber 2), sebenarya sebelum ini syarikat telekomunikasi telah menanggung cukai 5% dan apabila dinaikkan ke 6% mereka tidak lagi sanggup tampung cukai trsebut dan pindahkan ke kita.
Kalau korang perasan, sebelum ni (lama dah), tax 5% dikenakan di fastfood, dan dah lama pun dinakkan ke 6%, tapi kenapa masih makan fastfood kalau di tax kan macam tu? Alrite slalu tengok wayang? Perasan tak tax hiburan 25% dikenakan? Lagi tinggi kan? Tapi wayang ni bukanlah keperluan sangat kan?
aku tertarik dengan satu feedback dari seorang Penulis ROT mengenai tax 6% ni,
aku tertarik dengan satu feedback dari seorang Penulis ROT mengenai tax 6% ni,
Aku pun secara jujurnya tak kesah caj tu kene, tapi kene la seiring dengan mutu perkhidmatan yang diberi. Bagi aku mutu perkhidmatan belum lagi cukup untuk pengguna harus membayar caj perkhidmatan. Sebab selalu berlaku kefakapan terhadap perkhidmatan telco tak kira warna biru ke, kuning ke, merah putih ke. suma ada lagi yang perlu diperbaiki sebelum boleh pandang ke arah cari duit lebih.
Depa kena ingat, bukan senang hendak mintak duit dari pengguna.
Pada semua, tarik la nafas lega, sebab kenaikkan cukai perkhidmatan ni ditunda kerana mendapat banyak kritikan negative dan akan dibincangkan semula di kabinet.
-zuan-
p.s : alhamdulillah ramai bagi feedback positif layout baru saiazuan blog, terima kasih semua (",)