Ramadhan ke23,
Kita semakin hari semakin hampir dengan 1syawal,
Hati kanak-kanak semakin riang,
Menanti 1syawal dengan bunyi kemeriahan,
Tetapi ada sesetengah yang begitu menikmati ramadhan,
Berasa sedih ingin meninggalkannya,
Aku juga begitu sedih,
Adakah mampu aku bertemu ramadhan lagi?
Adakah mampu aku bergembira lagi?
Adakah mampu aku berpakaian serba baru lagi?
Adakah mampu aku mengucap syukur lagi?
![]() |
budak ni kacau konsenterasi korang membaca tak? hehe |
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Aku sungguh bersyukur kerana masih mampu menaip sesuatu disini,
Aku sungguh bersyukur kerana tidak perlu berasa takut di negeriku ini,
Aku sungguh bersyukur kerana aku boleh brsahur dan brbuka tanpa kekurangan,
Aku sungguh bersyukur kerana masih bersama kedua ibu bapaku dan adik-adikku..
-zuan-
p.s : aku ada tringin nak beli satu seluar ni, tapi mungkin terbantut sebab bajet raya aku dah terlalu over budget.. ye la setahun sekali je aku shopping..itu pun kalau aku nak shopping, kalau tak, duit tu jadi duit kocek aku la..tak pe la, ada rezeki lebih bila-bila boleh beli seluar tu.. (",)