Di hari jumaat yang mulia ni apa kata kita berkongsi pengetahuan mengenai surah Yassin. Ia adalah surah yang ke-36 di dalam al-Quran yang mana diturunkan selepas surah Al-Jin. Surah ini terkandung 83 ayat yang menceritakan pelbagai perkara antaranya kisah Nabi Isa A.S dengan penduduk Anthakiyah, bukti Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan, Ajal dan hari Khiamat dan banyak lagi.
![]() |
credit gambar |
Disebutkan di dalam satu riwayat;
"Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
Begitu banyak kebaikkan surah yang diturunkan oleh Allah SW.T. kepada kita. Jom amalkan membacanya tak kira ketika senang atau ketika susah, semoga kita mendapat kebaikkan dengan mengamalkannya, insyaAllah, Amin..
-zuan-
p.s : rasanya, aku sudah semakin faham kenapa aku diputuskan dari dunia maya oleh-NYA untuk beberapa hari..