Showing posts with label sunway giza mall. Show all posts
Showing posts with label sunway giza mall. Show all posts

Saturday, 4 February 2012

> Jauh Perjalanan, Perut kekenyangan (Apa Kaitan?)

HOlla Peeps,

Hehe sambungan dari entry lepas yang buatkn ramai pengomen tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu apa sebab aku ke Sunway Giza~
(pada yang tertanya-tanya berapa tambang cab dari KJ, charge taxi RM12, perjalanan lebih kurang 10 minit dari LRT Kelana Jaya)


Hehe bulan November tahun lepas (2011) aku dan 4 lagi blogger telah menjadikan salah satu blog blogger hebat  ruang chatting sepeti YM dan yang merupakan pengomen tegar yang berjaya mendominasi top5 pengomen tegar bulan oktober blog madammondoq telah mendapat pingat kebesaran dari Madammondoq!!!

Apa dia pingat tu?


Jeng jeng jeng...



Dari entry (Finally.. Dapat Jugak Bermingle-Mingle)


HOyeahh Lunch & Mingle Date with Madammondoq~ 4 bogger hebat yang dapat invitation sama ngan aku adalah Shakiddo (Kid), Afasz (Faz), Aslam, AE (Abangensem) dan tak lupa, Siezuka (Nurul Akmal) pun turut ada memeriahkan majlis.. Sure korang familiar dengan blog diorang kan? Pergh memang best dan sangat beruntung dapat jumpa diorang, diorang sangat sempoi dan sporting (kalau tak silap aku sowang je antara ramai-ramai tu yang masih belum berkahwin dan yang penting 'muda' #LOL). Papepun, aku memang sangat pemalu bila berjumpa dengan orang yang aku tak pernah jumpa, insyaAllah kalau berjumpa lagi, akan ku buang malu-malu kucing itu..hehe


Jom usyar lauk-lauk yang dihidangkan untuk kitorang,

Ini aje lauk? (cilok dari Kid)

Ikan masak stim (juga di cilok dari kid, nak tengok lagi gambar sila ke blog kid)

(juga di cilok dari kid)

(dicilok dari blog siezuka)

Kat mana event ni? Kat Restaurant Bangkok House, Sunway Giza Mall Kota Damansara. Memang jauh perjalanan aku dari Seremban untuk ke tempat ni. Nak drive? Sorry la, aku tak ada konfiden nak drive dekat kawasan yang aku tak familiar langsung, itu yang jadi pengalaman pertama pertama kali sampai huhu..


Puan Pengacara Mingle-mingle bersama bloggers (dicilok dari blog abangensem)
menghayati makanan sampai tak nampak kamera (dicilok dari blog siezuka)
berposing sebelum makan (jjuga dicilok dari blog siezuka)

Smile~
Bergambar bersama jejaka-jejaka Malaya (Aslam. Zuan, AE dan Kid)
Nurul (kiri), Madam dan Faz
Bergambar di luar Bangkok House Restaurant
Bergambar bersama Madam sebelum balik

Kebanyakkan (semua sebenarnya) gambar aku cilok dari blogger yang datang, hehe macam ni la orang tak ada kamera canggih, cilok-cilok orang punya gambar je..hehehe nak tengok gambar lagi banyak, kome boleh usya blog madammondoq (",)

btw thanks to bro Shakiddo sebab tolong hantar kat ktm Serdang pada malam tu, kalau tak memang lambat la aku sampai rumah.


Trima kasih daun keladi, lain kali belanje lagi hehehee =))


-zuan-
p.s : Salam Maulidul Rasul :) 

Monday, 30 January 2012

> Pertama Kali Sampai

HOlla Peeps,

Aku memang tak familiar dengan Kota Damansara dan memang aku akan tertanya-tanya, "Apa ada kat sana? Macam mana nak ke sana menggunakan public transport?"

So ada satu event invitation yang meminta aku ke sana.. Jadi aku selidik la macam mana nak ke sana dengan mudah dari Seremban.. Dan aku dapati ada 2 kaedah untuk ke sana iaitu dengan menaiki bus or KTM ke KL, then berenti di Pasar Seni (kalau menaiki bus) atau berhenti di KL Central (kalau menaiki KTM), then naik la Train Rapid KL (Putra) ke Kelana Jaya (last station) dan naik Cab untuk ke Sunway Giza Mall.

First time nak ke sana memang tak boleh gambarkan macam mana tempat tu. Bila sampai kat Kelana Jaya aku pada mulanya nak naik bus sebab nak save duit sikit, tapi bila tengok je masa, memang saving tu terpaksa tolak tepi dan aku decide untuk naik cab. Tanya uncle cab, mau ke Sunway Giza Mall Kota Damansara, dia dah pening dan ingatkan yang tempat tu dekat Sunway Pyramid. Tapi bila aku sebut Kota Damansara je, dia baru boleh catchup tempat tu. Memang jauh sebenarnya Sunway Giza dan Sunway Lagoon, kedua-dua tempat tu menggunakan nama Sunway, tapi lain lokasi (kalau nak cerita dengan detail memang aku tak ada idea mengenainya, tak pakar beb~)

Misi aku pada ahad (29/1/2012) lepas adalah untuk ke Sunway Giza Mall! Tapi apa kes aku ke sana? Sambungan persoalan ini di entry seterusnya.. Hehe

Bangkok House(Sunway Giza Mall)


-zuan-
p.s : terlepas tengok beberapa persembahan hebat AJL 26.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...