Showing posts with label sahabat blogger. Show all posts
Showing posts with label sahabat blogger. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Cabaran Baru - Happy New Year!

HOlla Peeps,

Tahun 2012 sudah melabuhkan tirai.. Jika berbanding tahun 2011, tahun ini lebih banyak aku aktif dalam aktiviti blog, berbanding menulis... Bilangan entry pada tahun 2012 drop lebih kurang 50% daripada tahun 2011.. Ia bukan menunjukkan aku semakin malas menaip, ia menunjukkan aku semakin ingin memberi sesuatu, tetapi dengan cara yang berbeza.

2012 dilalui dengan menarik. Begitu ramai blogger aku dah meet-up, seperti;


Madammondoq, Bro Shakiddo, Afasz, Aslam, Bro AE, SiezukaJue & Hanie, YuiEzadDNSyazJuliet IraSalErika RainOnieSyahiro, Bro ZarulDiah, Bro Jejai, Arelan, Dhiya dan Azham

Ok, aku baru perasan, ramai benor aku jumpa tahun ni.. Patut la ada orang cakap aku ni tak reti dok diam! hahaha banyak spend masa tuk join event-event blog..

Tahun ni, aku tak berapa aktif ngan event nuffnang, ada la dapat beberapa tiket wayang, tu je la kot.. Pasal income, aku dah malas nak amek tau, haha sebab aku find-out yang attend event lebih menarik daripada bau duit..

So, whats up with 2013?

http://www.free-vector-design.com/wp-content/uploads/2012/11/calendar-1.jpg
So apa plan 2013 korang?

Well, aku dah nak abis study. Half of 2013 will be filled with my internship before grad! Then, aku akan mula bekerja. So in 2013, who knows that i might drive a VW Golf GTI cross highway from Johor to Perlis..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa layan GTO? Special Movie 2013 akan keluar pada 2/1/13 di jepun, harap link download keluar secepat mungkin seperti biasa..hehe 


click ads to show your support (",)

Saturday, 17 December 2011

> Sahabat


HOlla Peeps,

Sahabat, 
Ada macam-macam jenis sahabat..

Sahabat yang baik dan sebaliknya, 
Sahabat yang membantu dan sebaliknya,
Sahabat yang jujur dan sebaliknya,
Sahabat yang menyapa dan sebaliknya,
Sahabat yang tidak lupa dan sebaliknya,


Setiap hari, alhamdulillah bertambah sahabat aku, walaupun seorang, sudah mengembirakan aku, dan aku sentiasa berharap tiada pergaduhan dengan sahabatku, dan cuba mengelak sekecil-kecil masalah timbul, tapi dunia ni besar, dunia ni hebat. Sekuat mana kita cuba elak masalah timbul, akan ada masalah juga, sebanyak mana kita cuba mengekalkan persahabatan, semakin ia jauh dari kita, Allah sentiasa menguji kita..

Fuhh sepanjang bulan december ni aku semakin sibuk dengan persediaan untuk final exam (walaupun exam start bulan januari sebenarnya) haha aku busy dengan projek, assignment dan banyak lagi.. Lagi besar dugaan bila internet kena potong, dan bill TM rumah aku  cecah RM1k!!! Fuhh aku rindu dunia blogging, insyaAllah akan kembali 100% aktif next year (kiranya next month la..)!!! 

Ramai yang tegur "kemana aku menghilang" dari dunia blogging dan internet? Hmm maaf, banyak perkara duniawi yang perlu diselesaikan sampai aku tak sempat nak carik source untuk tulis entry. Thanks sebab concern mengenai kehilangan aku dari dunia blog hehe. Entry kalini aku nak share tips atau cara memilih sahabat yang yang baik yang aku jumpa dari blog Atuk PHD


#justgoogleit
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Menarik bukan? Tapi sekarang ni, bukan senang nak dapat sahabat seperti ini. Ramai yang berbaik di hadapan, tapi di belakang? Apapun, jangan la berburuk sangka dengan sahabat anda.. Happy weekend peeps (",)




-zuan-
p.s : aku diberitahu lecturer aku yang penulis blog ni adalah seorang yang berjiwa sentimental, betul ke??? 

Saturday, 27 August 2011

> Entry Untuk Sahabat Blogger

HOlla Peeps,


Bangun tidur, tak gosok gigi sebab makruh gosok gigi bila tah terbit matahari.. Aku jaga betul bab tu, tapi tidur sampai matahari ada atas kepala? #LOL tak dapat aku tepis tabiat burukku itu.. Ops bukak lappy... tiba-tiba....

iklan pendek jap.. 


bersambung...


"Wan!!!" nama manjaku di rumah, dah-dah jangan nak mengada pangil aku wan kat sini haha..

"Nak apo omak oi?" jawab den.

"Ada orang hantar surat cinta tuk hang" umi aku ni orang kedah, tapi tahun ni umi sedih sebab raya kat melaka, kampung nenek bolah abah den.

"Surat sapo lak ni? Eden takdo hutang along deh!!! Ha mesti surat cinto~" muka aku penuh bangga dan exited dapat surat.. memang rare la aku dapat surat ni.. Copek-copek den bukak surat tu.. Bau harum jew...










Apa isi surat???















KAD RAYA DARI SEORANG SAHABAT BLOGGER!!!


nampak tak tulisan tu?
sangat kemas tulisan dia, kalau banding tulisan aku memang korang tak boleh nak baca la




"Ampun maaf seandainya, 
Terkasar Bahasa,
Tersilap Bicara,
Tertanya Tak Tentu Hala,
Tersasul Yang Tak Sengaja,


Tertak-terkomen Entry,
Ter-tak Tag Kau
Ter-tak singgah blog kau,


Maaf ye Kawan if aku aa buat silap"

haaaa kenal tak siapa dia???
ala takkan tak kenal blogger ni???
Syazwan Che Deraman!!!
Seorang blogger yang mempunyai kualiti dalam setiap penulisan dia,
*dia kata nak bawak aku fly ke paris,
dan salah seorang top commentator kat blog aku, TERJAHHHH!!!


HOYEAH aku dapat kad raya!!!!
thanks bebanyak bro!!! 
Dah bertahun-tahun aku tak dapat kad raya, 
terima kasih banyak-banyak, 
totally speechless and typeless,
hanya Allah S.W.T. je mampu balas budi baik ko bro... 




Kepada Syazwan dan semua readers, harap korang satisfy dengan komik raya dari aku, itu je aku mampu bagi kat sahabat blogger aku buat masa ni (segala kritikan dan idea sangat dialu-alukan), 
komik aku ni hanyalah satu idea dari seorang blogger bernama saiazuan (",)
*currently tengah brainstorm buat komik merdeka - the invasion plan (xde kaitan dgn keroro)


-zuan-
p.s : sebenarnya aku bukan anak kelahiran negeri9 pun, aku dak penang.. duduk lama sangat kat negeri9, tu yang dah pelat nogori tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...