Showing posts with label romance. Show all posts
Showing posts with label romance. Show all posts

Monday, 18 July 2011

> Penangan Juvana

HOlla Peeps,


"Jangan datang sini lagi tau~

Habis pun drama overrated, Juvana!!! Drama ni membukan yang drama Malaysia bukan bergenre Romance je.. hehe

Agak terhibur tadi dengan aksi-aksi mendebarkan, dimana Daim melakukan Rider Kick kat Botak dan Botak tercampak jauh ke gaung tetapi diselamatkan kawan baik dia, Ayam yang berjaya menahan Botak dari jatuh ke gaung.. Cikgu Zakiah pula membuat Karate Fish keatas Cikgu ApeNamaTah.. Dan berjaya larikan diri bersama-sama pelajar yang lain.. Daim kawin dengan Zakiah, the end..

Macam tu ek sinopsis dia tadi? Hehe tipu je~ Episod terakhir tadi memang best, ada klass tersendiri, dan ending yang memuaskan hati, membuktikan pelajar-pelajar Juvana boleh berjaya dalam hidup..  Macam mana pun, Juvana memang ada ramai peminat tersendiri dimana laman sesawang Twitter menjadi tempat perbualan ramai pengikut Juvana, taip je "Juvana" dekat search tu, berlambak-lambak tweet mengenai Juvana!!! Hebat penangan Juvana!!! OK, hope banyak lagi drama-drama best pas ni.. :)

Pelajar-pelajar Sekolah Juvana

-zuan-
p.s : Terujaaaa aku mengejar muuu~ 

Wednesday, 13 July 2011

> Movie Review : Tolong! Awek Aku Pontianak

HOlla Peeps,


sinopsis : "Tolong! Awek Aku Pontianak" menceritakan Bob (lakonan Zahiril Adzim) seorang budak yang naif tetapi baik hati yang baru berpindah masuk ke dalam apartment usang dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang aneh bernama Maya (Sazzy Falak). Maya tinggal bersama (Liyana Jasmay), menyimpan rahsia mereka dan orang lain di sekeliling mereka mula untuk mengesyaki yang Maya dan adiknya mungkin adalah pontianak.
Klasifikasi : PG13
Genre : Comedy / Romance
Tarikh Mula Tayangan : 07 Jul 2011
Durasi: 1 Hour 42 Minutes
Penerbit : Tayangan Unggul
Pelakon : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, 
Afdlin Shauki, Jehan Miskin, Harun Salim Bachik
Pengarah : James Lee

Storyline : Simple dan tidak memerlukan penonton penghayatan dari penonton. Permulaan yang menarik, konflik dan menamat yang memuaskan hati (dengan final fight yang lawak)!!!

Humor : Style komedi yang segar dan tak membosankan, dengan tajuk cerita ni ia membuat aku terfikir yang cerita ni boleh buat aku gelak je dari awal hingga akhir (Tapi masih jauh kalau nak lawan penangan humor Hantu Kak Limah). Tergelak aku dengan watak Sufian Mohamed (kalau tak silap aku la nama dia), dia banyak watak gila-gila, kaki game, budak selekeh, dan gay boy!?? Sufian ni antara konkrit kepada komedi cerita ni (tunjang lawak cerita ni selain Jehan Miskin, dan Rashidi Ishak).. Dan tak lupa, Otai lawak, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, bila masa diorang tak lawak? Sentiasa lawak dalam cerita ni, Ops! terlupa Dato' Jalaludin Hassan (sentiasa hebat dengan watak dia!!!).  

Romance : Cair beb waktu tengok Sazzy Falak dan Liyana Jasmay membawa watak hantu ni (pontianak cute la katakan). Bila korang tengok filem ni, jangan kompare dengan Twilight pulak sebab cerita tu jauh lebih bosan dari cerita ni. Maaf la, cerita ni tak berapa fokus dengan romance, dan tak banyak babak romance pun dalam cerita ni. 

Apa Yang BestZahiril ni seorang pelakon yang best pada aku, aku mula minat lakonan dia dalam drama Juvana, dan kalau korang kompare, memang lebih kurang je watak Daim dengan Bob yang dia bawak dalam cerita ni. Aku agak so-so la dengan makeup pada artis-artis ni, no komen pada Sazzy Falak dan Liyana Jasmay sebab diorang dah cun abis (Ops, terlupa, Zahiril dengan costume Vampire sangat smart!!!).. Setting apartment diorang pun ok, nampak usang, plus ada Nigger lg dalam crita ni (Nigger dalam cerita ni sporting abis ngan lagu diorang). Pada penggemar band Pretty Ugly, diorang ada buat special appearance dalam cerita ni, menyanyikan lagu Jika Diberikan Satu Peluang

Apa Yang Korang Boleh Belajar Dari Cerita Ni : Jangan takut hantu, ha takut tak? takut tak? Tapi jangan nak mengada bercinta lak dengan hantu kalau korang jumpa hantu lawa-lawa macam Sazzy Falak ni. Jangan la jadi naif macam Bob (kelaka wei nama dia, tak ngan langsung ngan nama Bob ni), sebab korang akan ditindas oleh orang lain, be strong dude! Semangat setiakawan si kawan baik Bob ni, Pian nama dia (Lakonan Sufian Mohamed) memang wa salute, kenapa? Tengok sendiri kenapa..hehe

Apa Yang Kurang : Aku tak berapa gemar dengan make-up pontianak dalam cerita ni, kenapa bila pontianak je kena muka hodoh?!! Cerita Pontianak Harum Sundal Malam boleh je buat pontianak cun.. (walaubagaimanapun kredit to makeup artist untuk makeup watak Avatar dalam cerita ni, smart wo costume diorang) Biasanya orang akan kutuk CGI cerita tempatan, jangan risau, tak ada kesan-kesan khas dalam cerita ni, cuma ada la pontianak meletup lepas final fight.. Cerita ni tak banyak kurang sebab cerita melayu dah ada standard tersendiri, dah tak bosan.. 
  

RATING : 7.5/10 (sebuah cerita lawak dan santai dengan storyline yang bagus (p.s : tak ada seram dan terkejut-terkejut jadi ibu mengandung dan orang yang berpenyakit jantung boleh tengok))

-zuan-
p.s :  mungkin sebab impact cerita Transformers dan Harry Potter tak ramai yang tengok cerita ni tadi, tak sampai separuh pun hall.. sampai aku tengok ada sowang budak ni (tadika lagi kot) berdiri atas kerusi tengok cerita ni, nasib dia tak duduk kat depan aku..hehe


aku dengar kutipan cerita ni tak banyak (mungkin sebab kurang promosi), so hope korang tengok la cerita ni, bantu cikit kutipan diorang, enjoy it.. 



Thursday, 7 July 2011

> Movie Review : Sekali Lagi

HOlla Peeps,


mengisahkan tentang Arman (lakonan Shaheizy Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (lakonan Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah. Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (lakonan Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.  (sumber : murai

Penerbit : David Teo (Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.(MIG))
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae
Genre : Drama, Romance, Comedy
Durasi : 90 Minit
Tarikh Mula Tayangan : 30 June 2011

Storyline : Plot cerita yang mudah dan ringan (bermula dengan tidak perlahan), dan tidak membebakan untuk memahami cerita ni, dengan beberapa flashback yang tidak membuatkan penonton tertanya-tanya "kenapa terjadi sedemikian". Aku suka konsep storyline yang ada flashback dan flashback yang digunakan dalam filem tidak memeningkan dan berjaya membuatkan aku tersenyum pada pengakhiran cerita (rasa macam pengkiritik hebat lak, hehe~)

Humor : Watak kebudak-budakkan yang dilakonkan Sam sangat berkesan (setiap kali dia cakap, aku gelak), aku bagi full credit pada dia, bukan senang nak melakonkan watak budak-budak tambahan pula dengan usia dewasa. Cerita ni banyak bermula dengan humor dan family life (membezakan gaya hidup elite dan sederhana). kadang-kadang aku tergelak (tapi lebih respect) dengan watak "Bro" yang dilakonkan Bront Palarae, dia memang seorang pelakon yang sempoi, berjaya melakonkan watak yang tenang je walaupun dalam keadaan yang mana dia mungkin kehilangan Sheila.

Romance : Cerita ni memang fokus dengan romance, dan keromantikkan Sam teserlah ketika mereka (Sam dan Lisa) mula bercinta ketika diorang di alam peserkolahan. Sam sangat versatile, kerana dia boleh bawak 2 watak berbeza dalam cerita ni (sekali lagi kerdit diberikan kepada sam).

Apa Yang Kurang : Tak ada yang kurang pada aku dalam cerita ini kerana ia sangat mudah difahami, cuma cerita ini terlalu tipical iaitu mudah meramal apa yang akan berlaku selepas ni, dan lakonan Lisa sangat biasa, dia tidak begitu menjiwai watak Sheila.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok di panggung, dalam review kali ni aku perlu puji filem Malaysia yang semakin berkualiti! Lineup pelakon cerita ni pun antara yang HOT di pasaran sekarang~) 

-zuan-
p.s : dua movie aku tengok semalam, salah satu darinya adalah Lada Land 

Monday, 23 May 2011

> Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides

Captain Jack Sparrow crosses paths with a woman from his past, and he's not sure if it's love -- or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. 
When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard, Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to 
fear more: Blackbeard or the woman from his past.


HOlla Bloggers,

Selepas 3 pengembaraan menakjubkan di dalam dunia Pirates of The Caribbean (POTC), Johnny Depp kembali dengan watak Jack Sparrow di dalam POTC : On Stranger Tides bergandingan dengan Penélope Cruz dalam filem terakhir POTC barangkali (hope tak berakhir di sini, "i want more pirates life, GIVE ME MORE!!!" Dengan mengekalkan Barbosa lakonan Geoffrey Rush, jackie masih ada teman lawaknya (musuh utama di POTC1).. Watak Blackbeard lakonan Ian McShane diperkenalkan dalam filem ni.. 

Bagi aq CGI filem Hollywood seperti ini tidak pernah mengecewakan, dan semakin menarik.. cuma ad kurang sesuatu pada filem ni yang aq nampak pada pengakiran filem ni.. Jack jumpa kembali ex lama nya, Angelica, so di situ elemen ROMANCE banyak diterapkan, tetapi tidak sehebat kisah cinta 3 segi dalam filem sebelum ni (POTC 1-3).. ADVENTURE kali ni pn tak sepanjang dan sehebat sebelum ni, jadi aq amat kecewa kerana panjang filem ini cuma 137 minit (sangat kecewa, spatutnya sampai 3 jam..bru layan~) 

Yang menariknya REVENGE, dimana rivalry antara Barbosa dan Blackbeard, kerana apa? hehe kena la tengok sendiri cerita ni kalau nak tau kenapa diorng bermusuh dan Barbosa nak sangat balas dendam dengan Blackbeard.. Skill berlawan dan trick menipu Jack juga sangat bagus dalam filem ni dimana banyak trick LAWAK dalam ni, tetapi bila kita dah banyak sangat tengok filem lawak, semakin jemu untuk gelak...

Aq sangat kecewa dengan perkembangan watak Blackbeard, sebab watak dia tak sekejam yang disangka, dan dia tak la menakutkan seperti Davy Jones (POTC 2-3).. Kalau tak silap aq, Blackbeard merupakan salah satu pirates paling digeruni pada zaman dia (betul-betul wujud, dan bukan watak ciptaan) tapi ia gagal ditunjukkan dalam filem ni..Blackbeard adalah selfish dalam movie ni, dimana dia sanggup mengorbankan nyawa anaknya, Angelica untuk hidup kekal abadi, tetapi ditipu Jack, macam mana dia ditipu? Tengok la sendiri.. hehe

Owh ya, selama ni kita ingat mermaid ni lawa, baik n innocent berdasarkan cerita-cerita urban kan? hehe tengok macam mana mermaid ni dalam imaginasi cerita ni.. Zombies, hehe ad gak dalam crita ni, tapi bukan version zombie kampung pisang la, sebab ni zombie versi ganas punya~

OPS sebelum trlupa, jangan keluar dari panggung pas abis ctira tu, tgu kredit abis.. sebab ad Post-Credit Scene.. :D

~> Overal Rating bagi filem ni 7/10 (Berbaloi tengok wayang tapi jangan tgk 3D la, macam rugi je.. Filem kali ni tak sehebat yang sebelum ni..)

p.s banyakk filem-filem menarik bulan ni.. banyak aq tak sempat nak tengok.. 

Wednesday, 1 December 2010

> Jepun lak arini

HOlla Bloggers..

ok smlm aq da list down top10 fav korea drama yg aq tgk.. so arini nk share top10 jdrama lak.. hehe.. japan ni penuh ngan klaka sbb tu aq suka drama2 dirorng.. diorng x bape gempak bab ctr2 romantik mcm kdrama.. but diorng gempak ngan kreativiti2 kt drama2 lawak n unik plus diluar kotak pada aq.. hehe.. enjoy count down. ;D


1. Gokusen



2. Hana Yori Dango


3. 1 Litre No Namida


4. Team Medical Dragon


5. Mr Brain


6. Attention Please!


7. Change


8. First Kiss


9. My Boss, My Hero


10. GTO


p/s ada dlm list?? hehe ni pn fav gak.. 
Summer Snow, Engine, Attention Please!, Last Friends, PrideDragon Zakura, Nobuta wo Produce, Tokyo Dogs, My Sassy Mom, Liar Game, Galileo, Bambino..

Tuesday, 30 November 2010

> KDrama : My Fav Drama List

HOlla Bloggers..

Ok topik arini pasal drama.. hehe laki pn suke layan drama gak kay.. haha so boring2 layan JDrama, KDrama, Movie dan tak lupe Anime!!! so aq ni kaki download gak.. tp cuti2 sem ni kureng la sbb pakai broadband je.. so nk dnwnld, dia nye speed sesuai tuk web browing ringan2 je.. haha

ok kali ni lak list down fav Kdrama yg aq layan slama nie(sejak form4 klu tak silap.. :D)... hope ada dlm list korang.. hehe

1. Full House

2. IRIS 
 
3. Save The Last Dance For Me
4. Stairway To Heaven






5. Autumn In My Heart
6. My Girl

7. My Girlfriend is a Gumiho
8. Sassy Girl Chun Hyang
9. Love Story In Harvard
10. A Love To Kill

p/s bkn ni je aq layan k, ada lg but bkn dlm top10 fav aq.. Sassy Girl Chun Hyang, Yu-Hee Te Witch, My Fair Lady, Princess Hour .. sp layan iris? ada link tuk movie dia x???? plzzzzzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...