Beberapa hari lepas aku agak terkejut apabila kawan aku cakap tak elok makan panadol sebab panadol tu akan kekal dalam badan kita selama 5 tahun dan boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang!!! Eh selama ni aku demam, makan panadol macam mana???? Then aku google la apa lagi kan?
Apa aku jumpa? Satu kisah menyayat hati..
"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda." sumber, hanan : Bahaya Paracetamol/Panadol
Menyeramkan right? So lepas ni kalau demam je, baik jumpa doctor.. Spend la sikit duit untuk rawatan dari mereka yang lebih bertauliah.. Betul tak Dhiya Fariza?
Update...
Aku dapat satu komen menarik dari Eman (trima kasih atas komen anda)
Update...
Aku dapat satu komen menarik dari Eman (trima kasih atas komen anda)
betul2... ni pandangn aku r sbg healthcare student.. panadol uh mang xelok TAPI kalo di amek dlm jangka mase yg panjng n pengambilan yg kerap.. xtually sume ubat adelah dr dr bhn kimia n anythin yg involve kimia ofcos can bring effect to our body... it can cure at the same time give side effect.. but it depend on wat kinda of drugs... usually people use tuk fever2 yg ringn2 n penin2 pale... well xtually xelok...bcos paracetemol hanya akn kurgkn symptom of fever but not cure it... fever usually cos by certain viruses or bacteria.. so the best cure is our own body immune system... cepat ato lmbt depend kpd bagaimana badan kita mengenal phatogen itu... phatogen uh either bacteria or virus... as we can see org zmn dulu leh sembuh tnpa ubt2 sbb pe? bcos immune system dorg kuat... so elok kalo sakit2 ringan xperlu gune drug unless cm teruk br gune... takut bila kita gune drugs time sakit2 ringan jer bila bertmbh berat t virus or bacteria tu da resistant pd ubat uh n u need to use the strongest drug to against it which will effect yor other organ...ini sekdar info tmbhn jer..kalo ade silap..kongsi2 la yer..hehe
-zuan-
p.s : semalam malam yang amat panas, nak tidur pun susah, berpeluh badan aku..
