Kemalangan kecil tempoh hari mengingatkan aku yang Malaikat takkan Miss Call kita untuk bagitau,
"dude, your time is up!!!"
![]() |
#justgoogleit |
Ia mengingatkan aku dan kita semua yang kita seharusnya sentiasa beringat dan bersedia sepanjang masa dimana sahaja situasi kita berada tak kita di atas motor, sedang menonton wayang, sedang berblog, mahupun sedang beribadah, nyawa kita akan ditarik tanpa kita ketahui bila..
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan." (Al Anbiya` : 35)
Sangat menyeramkan tapi itulah hakikat yang selalu kita lupa dan alpa.. Kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga lupa untuk beribadah yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Kita terlalu sibuk berdendam sehingga lupa yang ia tidak akan menenteramkan jiwa kita. Kita alpa dengan benda yang mengalpakan sehingga ditertawakan oleh seth-tan..
![]() |
#googleImage |
Rasanya tak perlu la aku bercerita panjang mengenai sesuatu hakikat yang kita sering terlupa, semoga entry ni membuka mata dan mengingatkan semua tentang mati, insyaAllah..
-zuan-
p.s : weekend yang busy perlu aku tempuh..