HOlla Peeps,
Semalam aku terdengar lagu nyanyian sebuah band indie dan nashid yang kita di Malaysia sangat biasa mendengarnya..
Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi
Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti
Di Aidilfitri X2
Tau an lagu apa kan? Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda nyanyian Hujan Dan Raihan. Itu je satu-satu lagu raya versi moden yang aku gemar dan menyentuh jiwa.. kalau dibandingkan lagu-lagu raya versi sekarang yang seperti kurang sos di dalam burger, seperti tiada earning dalam iklan, seperti kurma tiada lagi manisnya, seperti kisah cinta antara Adam dan Hawa tiada lagi sayangnya, seperti apa-apa je la yang boleh di sepertikan..
Lagu dulu..
Lagu dulu sangat bermakna, sangat mendalam maknanya, sangat menyentuh jiwa...Mereka begitu menjiwai lagi itu.. Mereka begitu bersungguh-sungguh ingin menyampaikan mesej mereka, menyampaikan kesyukuran mereka, menyampaikan kegembiraan mereka..
Kalau diberi peluang, ingin ku menyanyikan lagu itu di kaca tv, tapi aku tiada bakat, tiada rupa paras k-pop, dan cuma ada keyakinan dalam diri.. Mungkin komen membina dari pembaca telah bawa ku ke tahap ini..
*Apa aku mengarut ni????
-zuan-
p.s : busy buat komik n header raya harini..