Showing posts with label ktm. Show all posts
Showing posts with label ktm. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

> Ini Tiket Komuter Ke Tiket Bas?

HOlla Peeps,

# Tiket Manual Komuter (Tunai) ke Stesen KTM Senawang dari Bandar Tasik Selatan

Dah berbulan-bulan rasanya KTM gunakan tiket manual macam ni untuk destinasi ke Stesen KTM Senawang dan Sg Gadut, berbeza dengan tiket yang digunakan untuk ke destinasi yang lain.. Lagi mengecewakan, tiada perkhidmatan public transport di kawasan Stesen KTM Senawang untuk pengguna yang ingin meneruskan perjalanan mereka..

"aku jalan-jalan kat area Stesen, memang tak ada cab atau bus.. Geram betul, terpaksa call kawan untuk ambil sebab abah tak ada nak ambil" adu salah seorang kawan aku yang berhenti di Station Senawang.

Satu lagi masalah timbul adalah, pengguna perlu naik ke tingkat 1 menggunakan tangga untuk membeli tiket, kemudian turun semula ke bawah mengguankan tangga untuk menunggu Train, berbeza dengan Stesen KTM Sg Gadut yang lebih canggih kerana ada eskalator yang kalau tak salah dibina pada masa yang sama dengan Stesen KTM Senawang. Jadi apa salahnya bina eskalator juga kan di Stesen KTM Senawang?

Kedudukkan Stesen KTM sangat strategik iaitu ia bedekatan dengan Tesco Senawang, Tol Lebuh Raya PLUS, Taipan Senawang (bersebelahan dengan Giant Senawang) dan Carrefour Senawang, tapi tiada perkhidmatan awam disediakan seperti Bus dan Taxi kepada orang awam.. 

Aduan Rakyat versi Saiazuan Blog hehe


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, result aku sem ni agak bagus, bnyak peningkatan dari pointer aku.. Alhamdulillah.. Trimakasih atas doa korang, aku usahakan dapat Dean sem akan datang insyaAllah (",)..

Monday, 14 November 2011

> Awet Muda

HOlla Peeps,

#akuKetikaBerumurTujuhTahunRasanya


Situasi : Didalam KTM ketika on the way balik ke Seremban dari Bandar Tasik Selatan (Cerita lama sebenarnya)

Aku sedang duduk di kerusi, sebelah kiri aku seorang amoi dan sebelah kanan aku seorang ibu bersama dua orang anaknya sedang memerhatikan anaknya berjenakan dengan seorang budak kecil yang ibunya juga sedang memerhatikannya dari jarak dekat. Melihat telatah si kecil berjenaka, aku tersenyum dan tergelak sorang-sorang tanpa disedari perbuatan aku itu diperhatikan oleh amoi yang duduk di sebelah aku tu, dia kemudian memberikan senyuman manis pada dekat aku (aku rasa aku seorang lelaki yang hot dan cool! oouch makan penampar!!!)


Zuan : Haha kelaka kan diorng ni (memulakan dialog tanpa segan silu, aku ni memang seorang yang peramah
Amoi Cantik : Haha ya la, diorng sangat cute.
Zuan : Budak-budak mana yang tak cute kan? Eh balik kampung? Banyak beg, mesti student ni
Amoi Cantik : Yups, I student limkok, balik Nilai je.. U?  
Zuan : Owh, i tambah 4 lagi stop selepas Nilai
Amoi Cantik : Owh Senawang la? Baru bukak kan KTM kat situ? Wah maju Senawang!
Zuan : Err ya, cuma belum ada skyscraper je lagi hahaha
Amoi Cantik : U study mana? Banyak beg, mesti student ni (sama lak ayat aku tadi)
Zuan : I study dekat UiTM Arau
Amoi Cantik : Jauhnye~
Zuan : Yeah, tak mampu nak study kat U mahal-mahal, ambek la UiTM (Sedikit sindiran) hehe
Amoi Cantik : Haha i study pun pakai Loan PTPTN saje
Zuan : Oic, Degree?
Amoi Cantik : Nope diploma je, ambil broadcasting. I bru 19 tahun lor, ni ada lagi 2 semester. You? Mesti diploma jugak kan?
Zuan : Haha no la, i dah degree
Amoi Cantik : Wah cepatnye ambil degree!
Zuan : Err lambat sebenarnya, i dah 23 tahun ni
Amoi Cantik : Huh? Tipu la, u punya muka macam baru 18 je..
Zuan : Err u bukan 1st cakap macam tu, dah ramai cakap macam tu (muka aku dah naik merah)

KTM : Stesen Nilai

Amoi Cantik : Ops dah sampai stesen i, hehe nice knowing u, eh apa nama tah? Seriusly your face look macam budak-budak, but still cute ;p (bangun sambil membawa bagasi dia)
Zuan : Errkk, ya, nice knowing you too, take care ya (Speechless time tu)
Amoi Cantik : Hehe take care too (sambil melambai)


Aku hanya melihat amoi tu keluar tanpa berkata apa-apa, didalam fikiran aku, hmm macam mana aku nak nampak 23 tahun?




-zuan-
p.s : back to student's life.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...