Semalam akhirnya Apple mengumumkan iPhone 5 yang dinantikan oleh ramai pengguna gadget Apple yang mana memberikan saiz yang lebih besar, dan teknologi 4G LTE yang mana Apple memanggilnya "the biggest thing to happen to iPhone since iPhone."
![]() |
| Perbezan rekabentuk dan saiz antara iPhone 4S (kanan) dan iPhone 5 (kiri) |
- Seperti yang dijangkakan, iPhone 5 lebih kecil daripada iPhone 5 iaitu 18% lebih nipis. Ia juga membawa maksud yang iPhone 5 adalah 20% lebih ringan. 'Retina Display' lebih besar dari yang sebelumnya (3.5-inch) iaitu dengan 4-inch.
- Apple juga dilihat membaiki kekurangan yang ada di iPhone 4S yang mana membaikinya di iPhone 5 dengan menggantikan logam di belakang cover iPhone 5 daripada kaca yang mana sebelum ini menyebabkan retakkan di belakang apabila iPhone terjatuh.
- Terdapat teknologi network 4G LTE yang ditambahkan di dalam iPhone 5 yang mana ia adalah tambahan daripada data network GPRS, EDGE, EV-DO, and HSPA. Kelebihan LTE adalah ia adalah 'single chip' untuk suara dan data, single radio chip, dan "dynamic antenna" yang akan beralih sambungan antara rangkaian secara automatic. Tapi malangnya, teknologi 4G LTE masih belum available di dalam Malaysia.
- Apple dilihat menggunakan chip processor A6 yang mana menjanjikan 2x lebih laju daripada A5.
- Bateri phone juga dijanjikan kuat iaitu 8 jam untuk 3G dan LTE browsing, 10 jam Wi-Fi browsing dan video playback, 40 jam music playback dan 225 jam standby time.
- Camera masih kekal dengan 8 megapixel ( 3,264x2,448 pixels ). Apple memperkenalkan "smart filter" yang mana akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik apabila gambar diambil di kawasan yang kurang cahaya.
![]() |
| Perbezaan antara iPhone 5 dan 2 iPhone yang dikeluarkan sebelum ini |
Persoalannya, adakah iPhone 5 berbaloi untuk dimiliki dengan Spec yang ditawarkan?
Update : Bagi yang tertanya-tanya adakah Samsung Galaxy SIII lebih baik dari Apple iPhone5, disini ada sedikit info mengenai spec yang dibuat oleh Digital Trends.
Yang mana satu pilihan hati? Jika diberi peluang untuk membuat review iPhone 5, aku akan cuba untuk buat 'hands-on' review supaya lebih jelas dengan kelebihan yang dimiliki iPhone 5.
-zuan-
p.s: sorry lama tak buat entry Tech Thursday.. agak ketinggalan dari dunia Teknologi untuk beberapa ketika..
click ads to show your support (",)


