Showing posts with label gadgets. Show all posts
Showing posts with label gadgets. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

> Tech Thursday : iPhone 5

HOlla Peeps,

Semalam akhirnya Apple mengumumkan iPhone 5 yang dinantikan oleh ramai pengguna gadget Apple yang mana memberikan saiz yang lebih besar, dan teknologi 4G LTE yang mana Apple memanggilnya "the biggest thing to happen to iPhone since iPhone."


Apple's iPhone 5 bigger, faster
Perbezan rekabentuk dan saiz antara iPhone 4S (kanan) dan iPhone 5 (kiri)

  • Seperti yang dijangkakan, iPhone 5 lebih kecil daripada iPhone 5 iaitu 18% lebih nipis. Ia juga membawa maksud yang iPhone 5 adalah 20% lebih ringan. 'Retina Display' lebih besar dari yang sebelumnya (3.5-inch) iaitu dengan 4-inch. 
  • Apple juga dilihat membaiki kekurangan yang ada di iPhone 4S yang mana membaikinya di iPhone 5 dengan menggantikan logam di belakang cover iPhone 5 daripada kaca yang mana sebelum ini menyebabkan retakkan di belakang apabila iPhone terjatuh.
  • Terdapat teknologi network 4G LTE yang ditambahkan di dalam iPhone 5 yang mana ia adalah tambahan daripada data network GPRS, EDGE, EV-DO, and HSPA. Kelebihan LTE adalah ia adalah 'single chip' untuk suara dan data, single radio chip, dan "dynamic antenna" yang akan beralih sambungan antara rangkaian secara automatic. Tapi malangnya, teknologi 4G LTE masih belum available di dalam Malaysia.
  • Apple dilihat menggunakan chip processor A6 yang mana menjanjikan 2x lebih laju daripada A5.
  • Bateri phone juga dijanjikan kuat iaitu 8 jam untuk 3G dan LTE browsing, 10 jam Wi-Fi browsing dan video playback, 40 jam music playback dan 225 jam standby time.
  • Camera masih kekal dengan 8 megapixel ( 3,264x2,448 pixels ). Apple memperkenalkan "smart filter" yang mana akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik apabila gambar diambil di kawasan yang kurang cahaya.
(sumber


Apple iPhone Showdown: iPhone 5 vs. 4S vs. 4
Perbezaan antara iPhone 5 dan 2 iPhone yang dikeluarkan sebelum ini


Persoalannya, adakah iPhone 5 berbaloi untuk dimiliki dengan Spec yang ditawarkan?





Update : Bagi yang tertanya-tanya adakah Samsung Galaxy SIII lebih baik dari Apple iPhone5, disini ada sedikit info mengenai spec yang dibuat oleh Digital Trends.


http://www.digitaltrends.com/mobile/apple-iphone-5-vs-samsung-galaxy-s3-spec-showdown/


Yang mana satu pilihan hati? Jika diberi peluang untuk membuat review iPhone 5, aku akan cuba untuk buat 'hands-on' review supaya lebih jelas dengan kelebihan yang dimiliki iPhone 5.


-zuan-
p.s: sorry lama tak buat entry Tech Thursday.. agak ketinggalan dari dunia Teknologi untuk beberapa ketika.. 


click ads to show your support (",)

Thursday, 9 February 2012

> Tech Thursday : Antara SmartPhone dan Kamera

HOlla Peeps,

Tech Thursday kalini agak personal sebab ia meminta pendapat pembaca mengenai apa produk yang patut aku utamakan untuk miliki terlebih dahulu. Galaxy Nexus dan Nikon V1! Kedua-dua produk ini ada kelebihan masing-masing pada pendapat aku.


Ada sebab yang kenapa aku perlu memiliki phone baru, iaitu phone aku sudah dikira outdated sebab belum into platform Android, dan jika ada phone baru rasanya lebih mudah untuk aku online dan blogging di mana sahaja aku ada.
 
Kalau dicerita mengenai smartphone ni, semua sedia maklum yang kita takkan dapat mengejar evolusi phone itu sendiri, sebab dalam beberapa sahaja macam-macam model hebat akan ada dalam pasaran untuk menyayingi dan mengatasi model-model yang sedia ada. Yang terbaru, Galaxy Nexus! Baru sahaja Samsung mengeluarkan Galaxy Note, dan masih lagi hangat di pasaran, Nexus pula keluar untuk terus menghangatkan punggung dan mengeringkan wallet peminat smartphone terutamanya yang meminati platform Android.


#justNexusIt
Apa yang best pasal Galaxy Nexus?

  • Ia adalah Smartphone pertama yang menggunakan OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich!
  • Design yang elegant dan smart!
  • Mempunyai function untuk Check Data Usage, Widgets Galore, Multitask, Notification, Web Browsing, Type With Voice, Rapid Fire Typing, Screenshot, Function Hangout pada G+, Awesome Aps & Games, Google Maps, dan banyak lagi.
  • Super AMOLED 720p Screen yang anti calar dan mempunyai resolusi skreen yang hebat.
  • Mempunyai HD Video Cam, dan 5MP Camera (1.2 MP Rear Camera)!
  • 1.2 GHz Dual Core Processor. 16 GB Internal Memory
  • Harga : RM2,099.

Ini pula antara sebab yang membuatkan aku rasa aku perlu memiliki kamera.

Haha ok, salah seorang pembaca blog ni mencadangkan yang aku membeli kamera,



Sebab untuk aku memiliki kamera pula adalah kerana belum ada kamera untuk family, yang mana kalau sebelum ni kitorang ke mana-mana hanya gunakan kamera phone. Sebab yang lain pula adalah aku hanya mampu download gambar yang diupload kawan di facebook dan blog, haha tak mampu nak upload yang sendiri punya.

Kenapa Nikon V1? Ia lebih kecil daripada DSLR yang biasanya kebanyaakkan photographer miliki. Bagi aku yang masih belajar (travel jauh beb), memang memerlukan kamera bersaiz kecil kerana ia mengurangkan kuantiti barang yang perlu aku bawa ketika balik ke rumah. Ye la, banyak baju yang tak basuh lagi, tu yang nak bawak bali ke rumah terus, suruh umi basuh hehe. Antara sebab aku ingin memikili kamera adalah untuk merakam detik-detik masam-masam manis sepanjang hidup aku. Dan aku sebenarnya meminati panorama dan makro(bunga, kumbang, etc yang kecil untuk diteliti mata kasar). Antara yang best pasal kamera ini lagi, ia boleh tukar lens sama seperti kamera DSLR yang lain. Tapi malangnya harga kamera ini mencecah RM 2,858.


Hmm rasanya cukup kot alasan-alasan aku untuk memiliki kedua-dua produk, tapi malangnya aku hanya boleh membuat satu pilihan kerana duit aku bukan sebanyak duit jutawan yang mampu beli apa sahaja tanpa perlu berfikir panjang.

Atau patut ke aku simpan je duit tu? Hmm.. Apa kata klik iklan nuffnang aku untuk bantu aku capai impian aku..hehehe


-zuan-
p.s : try search 'tech thursday' kat google, alhamdulillah aku antara kelompok teratas hasil carian (",) 

Thursday, 18 August 2011

> Tech Thursday : Notebook Cooler - NotePal U2

HOlla Peeps,


"Ala dah panas lappy gua.. bukak aircond mat"


Macam biasa, setiap hari khamis adalah Tech Thursday di Saiazuan Blog dan minggu ni aku nak share gadget Notebook Cooler model NotePal U2 keluaran Cooler Master. Cooler ni sangat bagus dan direkomenkan oleh aku..




Ia sebuah cooler yang bermaterialkan aluminum dan getah dan membunyai rekabentuk yang mampu menyejukkan lappy anda dan mengurangkan laptop anda dari overheat. Ia kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.


Pada awal pembelian anda akan dapat kipas je untuk cooler ni, dan yang best nye korang boleh tambah kipas lagi ikut kehendak korang (max 6 kipas). Pada yang suka mengembara, anda boleh selitkan notebook/laptop anda di cooler ni (seperti gambar ke4)..

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web ini

-zuan-
p.s : mood shopping dah datang.. hehe (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...