Showing posts with label Apple. Show all posts
Showing posts with label Apple. Show all posts

Thursday, 27 December 2012

Tech Thursday: Cut/Copy and Paste - Sejarah Copy dan Paste

HOlla Peeps,

Seremban, seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah instittusi pengajian tinggi yang terkenal di negara ini telah ditahan berikutan sidiket copy photocopy beberapa buah buku text akademik yang dijual di institut. Sindiket dianggotai suspek sendiri dan dibantu watak-alter egonya. Mereka ditahan ketika sedang menekan butang 'ctrl' dan dipercayai akan menekan butang 'c' sebelum meletakkannya di tempat yang lain. Sabit kesalahan beliau mungkin didenda dibuang pengajian, atau didenda membuat aktiviti ilmiah di pusat serenti, atau keduanya sekali. Mangsa dikatakan mempunyai sindrom 'kemalasan' dan 'ketagihan' yang mana beliau begitu malas untuk memikirkan idea menulis sesuatu sehingga sanggup 'copy' idea orang lain bulat-bulat tanpa memberi kredit kepada mangsa, dan 'ketagihan' dengan keuntungan kewangan yang beliau dapat. Sekian berita dari #BeritaAkuKenaTrollLOL

Cut, Copy, dan Paste... Perkataan yang 'biasa' di dengar di corong-corong telinga dan radio. Tapi adakah aktiviti Cut, Copy, dan Paste ini suatu yang normal dan tak salah dari segi etik mahupun undang-undang?

Pada awalnya, Cut dan Paste adalah aktiviti memotong sesuatu paragraph dari ketas dengan menggunakan gunting, dan kemudian menampalkannya di tempat lain menggunakan gam. Kemudian kaedah ini di digunapakai di dalam komputer, yang mana di komputer, ketika kita copy, memori di simpan di dalam buffer sebelum di-transfer ke lokasi yang dikehendaki dengan menggunakan command.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya si genius di sebalik 'Cut, Copy and Paste' ini. Si pencipta telah mencipta sesuatu dengan niat asal hanya untuk 'experiment' yang mana beliau yakin ia tidak sangka akan digunapakai hari ini. Say thanks to Larrry Tesler, seorang Software Engineer yang mana juga expert di dalam HCI. Beliau adalah salah seorang engineer di dalam Xerox ketika beliau mencipta 'Cut, Copy and Paste' di sekitar tahun 70an.


http://www.designinginteractions.com/img/interviews/LarryTesler.jpg


Kemudian Apple (seperti biasa, mendiang Steve Job di sebalik tabir) telah mem-popular-kan 'Cut, Copy and Paste' dengan mengambil idea ini dan mencipta key untuk HCI ini iaitu 'x', 'c', dan 'v' didalam OS Lisa dan Macintosh. Dan beberapa tahun kemudiannya baru digunapakai di dalam Windows. Dan semakin lama, semakin mudah untuk copy dan paste.. (sumber wiki, sumber discovery)


Dan harini...



'Ala copy je la, sama je.. malas gua nak buat'

'banyak giler kerja, tak sempat la beb, copy je la'

'Klau copy benda ni, bukan orang nak tau pun! Konfirm gua dapat 'A' punya lah'

'Huh! Entry Copy paste je ni!!'



Di dunia akademik, aktiviti copy dan paste ini didefinisikan sebagai aktiviti 'meniru' hasil kerja orang lain, dan claim sebagai hasil kerja sendiri. Ia adalah aktiviti 'academic fraud' atau 'academic dishonesty' yang mana menipu didalam akademik. Ia dianggap suatu plagiarism yang mana jika ! Sesetengah pelajar bertindak 'copy' beberapa quotations secara tak sengaja atau secara sengaja tanpa memberi kredit atau citation dari mana mereka mendapat sumber berkenaan. Kebanyakkanya mereka terlalu obsessed untuk mendapatkan gred yang bagus sehingga sanggup 'copy' sesuatu kerja orang lain. Tak salah nak copy, tapi letak la citation supaya tidak disabitkan plagiarize!


http://inqka.uitm.edu.my/index.php/home/103-anti-plagiarism-campaign-/205-title-minister-surrenders-phd-cos-of-irregularitiesq-
I found some interesting presentation about plagairism, and i want you guys to look at it just by clicking this link *bukan spam!*

Alrite, dari segi lain pula, bayangkan kita sudah siap buat suatu jurnal, or tutorial yang akan dipublish kepada public setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Tup-tup dah publish, n beberapa hari kemudian kita jumpa benda yang sama kita dah buat dan publish, ada di publish di blog orang lain dan malagnya, dia tak creditkan pun dekat kita. Apa perasaan kita? Annoyed? Nak report? Or takpe la....? Yup yup, you can disable others by copying something dari blog korang dengan disable-kannya (aku pun tak tau macam mana korang buat). Tapi INGAT, bila orang nak buat jahat, ada je cara mereka..


http://windowsxphelpnow.com/wp-content/uploads/2012/01/1.jpg


Banyak jugak aku cerita kalini, hehe dah ada free time sikit sebelum exam, boleh la sembang pung-pang pung-pang... Alright, secara konklusinya, aktiviti copy paste adalah aktiviti tidak beretika dan tidak bermoral dan dipandang hina oleh masyarakat JIKA disalah guna. Jadi, just gunakan idea ini, untuk sesuatu kebaikkan kepada semua, bukan untuk diri sendiri sahaja.. Jadilah manusia yang bermoral dan ber-etika..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dulu aku rasakan word 'untongla' sangat annoying.. sekarang aku rasa word 'biasala' pun dah annoying, ia suatu word yang 'potong' kita punya mood untuk bercerita..


click ads to show your support (",)

Thursday, 13 September 2012

> Tech Thursday : iPhone 5

HOlla Peeps,

Semalam akhirnya Apple mengumumkan iPhone 5 yang dinantikan oleh ramai pengguna gadget Apple yang mana memberikan saiz yang lebih besar, dan teknologi 4G LTE yang mana Apple memanggilnya "the biggest thing to happen to iPhone since iPhone."


Apple's iPhone 5 bigger, faster
Perbezan rekabentuk dan saiz antara iPhone 4S (kanan) dan iPhone 5 (kiri)

  • Seperti yang dijangkakan, iPhone 5 lebih kecil daripada iPhone 5 iaitu 18% lebih nipis. Ia juga membawa maksud yang iPhone 5 adalah 20% lebih ringan. 'Retina Display' lebih besar dari yang sebelumnya (3.5-inch) iaitu dengan 4-inch. 
  • Apple juga dilihat membaiki kekurangan yang ada di iPhone 4S yang mana membaikinya di iPhone 5 dengan menggantikan logam di belakang cover iPhone 5 daripada kaca yang mana sebelum ini menyebabkan retakkan di belakang apabila iPhone terjatuh.
  • Terdapat teknologi network 4G LTE yang ditambahkan di dalam iPhone 5 yang mana ia adalah tambahan daripada data network GPRS, EDGE, EV-DO, and HSPA. Kelebihan LTE adalah ia adalah 'single chip' untuk suara dan data, single radio chip, dan "dynamic antenna" yang akan beralih sambungan antara rangkaian secara automatic. Tapi malangnya, teknologi 4G LTE masih belum available di dalam Malaysia.
  • Apple dilihat menggunakan chip processor A6 yang mana menjanjikan 2x lebih laju daripada A5.
  • Bateri phone juga dijanjikan kuat iaitu 8 jam untuk 3G dan LTE browsing, 10 jam Wi-Fi browsing dan video playback, 40 jam music playback dan 225 jam standby time.
  • Camera masih kekal dengan 8 megapixel ( 3,264x2,448 pixels ). Apple memperkenalkan "smart filter" yang mana akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik apabila gambar diambil di kawasan yang kurang cahaya.
(sumber


Apple iPhone Showdown: iPhone 5 vs. 4S vs. 4
Perbezaan antara iPhone 5 dan 2 iPhone yang dikeluarkan sebelum ini


Persoalannya, adakah iPhone 5 berbaloi untuk dimiliki dengan Spec yang ditawarkan?





Update : Bagi yang tertanya-tanya adakah Samsung Galaxy SIII lebih baik dari Apple iPhone5, disini ada sedikit info mengenai spec yang dibuat oleh Digital Trends.


http://www.digitaltrends.com/mobile/apple-iphone-5-vs-samsung-galaxy-s3-spec-showdown/


Yang mana satu pilihan hati? Jika diberi peluang untuk membuat review iPhone 5, aku akan cuba untuk buat 'hands-on' review supaya lebih jelas dengan kelebihan yang dimiliki iPhone 5.


-zuan-
p.s: sorry lama tak buat entry Tech Thursday.. agak ketinggalan dari dunia Teknologi untuk beberapa ketika.. 


click ads to show your support (",)

Thursday, 27 October 2011

> Tech Thursday : Alphabet Taught

HOlla Peeps,


Sekarang, banyak sekolah telah menggunakan Ipad sebagai salah satu medium untuk mengajar murid-murid sekolah merka, satu hari nanti tidak mustahil di dalam buku/ipad budak tadika diajarkan seperti di bawah..

Tech in Everyday Life

Teknologi adalah keperluan setiap hari, jadi tidak mustahil perkara seperti diatas akan berlaku..


-zuan-
p.s : esok aku ada program anak angkat selama 3 hari, tapi tak boleh nak enjoy sangat sebab ada test pada minggu hadapan..  

Thursday, 13 October 2011

> Tech Thursday : Jobs Difilemkan

HOlla Peeps,




Baru lebih kurang seminggu (6 October lepas) dunia teknologi kehilangan seoraang genius Steve Jobs, dan kini, Sony Pictures dalam perancangan untuk menerbitkan kisah hidup Jobs dalam bentuk filem. Seperti Social Network yang mencetiakan mengenai pengasas Facebook Mark Zuckerberg, filem mengenai Jobs dijangka lebih menarik. (sumber)




-zuan-
p.s : apa sumbangan anda dalam dunia teknologi? 

Sunday, 10 July 2011

> Tech : iCloud

HOlla Peeps,

cara icloud berfungsi
 Pada pengguna produk-produk keluara Apple, tarik nafas lega dengan revolusi yang hebat, iCloud. Apa yang hebat? Ok iCloud berfungsi sebagai perkhidmatan bebas (free service) yang akan membolehkan pengguna produk Apple (seperti iphone, ipad) untuk menyimpan muzik, foto, aplikasi, kalendar, dokumen, dan banyak lagi dalam satu storage dipanggil iCloud (boleh kata HD di angkasa la). Perkhidmatan ini digunakan secara wayarles kepada semua device. Korang tidak perlu lagi untuk menguruskan kandungan korang, kerana ia semua akan dilakukan secara automatik.

sumber :

-zuan-
p.s : lepas signup untuk iCloud ni, korang akan dapat free storage 5GB, nampak tak besar tapi cukup untuk simpan koleksi gambar honeymoon korang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...