Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts
Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

> Jom Berhijrah!

HOlla Peeps,


Terbaca entry daripada "CTK : Bersedia berdepan 1 Muharram 1433H ?" dan "Onie : Awal muharam(Maal Hijrah)" membuatkan aku tertarik untuk membuat entry mengenai Awal Muharram ataupun Maal Hijrah yang akan kita sambut pada esok hari (27/11/11 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah) insyaAllah. 


Salam Maal Hijrah Kepada Semua


Bagi yang non-muslim dan untuk mengingati yang lain, sambutan Maal Hijrah ini adalah untuk menandakan peristiwa penting dalam dalam Sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. (sumber) Ia juga merupakan hari keagamaan dimana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid. 


Berikut adalah Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun : 

# Doa Akhir Tahun : Dibaca Selepas Solat Asar

# Doa Awal Tahun : Dibaca Selepas Solat Maghrib

Kalau New Year orang tanya "Apa azam kau tahun ni?", Maal Hijrah pula? Apa pengorbanan anda tahun ini dan apa yang anda sanggup berkorban untuk tahun hadapan? 

Pada wanita-wanita di luar sana, harap anda berhijrah dari segi penampilan dan pemakaian, cukup-cukup lah menyiksa mata si lelaki yang begitu lemah iman mereka dengan memakai pakaian yang ketatnyeee~ (Rujuk entry pagi tadi)

Selamat Beramal..


-zuan-
p.s : insyaAllah esok ada ceramah agama di UiTM arau mengenai Maal Hijrah, tak pasti boleh di sertai oleh orang luar atau tidak..
terima kasih kepada Rosalia Huda, penulis blog ..The End Of The Story..;), atas review anda mengenai saiazuan blog.. trima kasih banyak-banyak! Apa lagi, jOm serbu blog beliau!!! (",)  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...