Showing posts with label athan software. Show all posts
Showing posts with label athan software. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

> Tech Thursday : Software Azan (Athan)

HOlla Peeps,


Umi : Aboy dah masuk waktu berbuka belum???
Aboy : Err entah la umi, belum kot
Umi : Pergi la bukak radio tu
Aboy : Radio rosak la umi..
Umi : Radio rosak? Ala, kalau kat area rumah kita ni, azan masjid pun tak dengar


Selalu ada masaalah untuk mengetahui waktu berbuka, dan waktu-waktu lain? Software cool dari Islamic Finder adalah jawapan bagi masaalah anda.. Alhamdulillah, aku dah pakai software ni selama lebih 3 tahun.. Dan ia tidak pernah mengecewakan aku..

Versi terkini adalah 4.1, software ni akan automatik pop up di windows anda dan mengeluarkan azan 5 waktu sehari pada waktu yang tepat (mengikut waktu lokasi yang anda tetapkan) di mana-mana lokasi anda berada serata dunia (kira-kira 6 juta kawasan)! 


Antaramuka / interface software azan

Ia memaparkan waktu azan setiap hari mengikut tetapan lokasi yang anda tetapkan. Anda juga boleh memilih jenis azan yang anda ingin dengari seperti dari Makkah, Madina, Al-Aqsa dan Egypt (Tetapan doa selepas azan juga disediakan).. Software ini telah dimuat turun lebih 10 Million copy serata dunia dan merupakan software religious paling popular di download.com. 

anda boleh ke laman web Islamic Finder untuk maklumat lanjut


-zuan-
p.s : siapa ada gunakan cooler notebook? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...