Showing posts with label My Way. Show all posts
Showing posts with label My Way. Show all posts

Saturday, 17 March 2012

> Teaser : My Way

HOlla Peeps,



Cek-cek email, jumpa something interesting send by someone i know;




"A Korean man and a Japanese man meet as enemies, but become each other's hope. And a drama of true humanity that transcends borders and nationality unfolds"


Gempak kan poster dia? Jom layan trailer filem My Way yang akan membuatkan korang tak senang duduk dan tak sabar nak  menontonnya,




Amacam? Tak sabar nak tonton? My Way adalah sebuah filem Korea terbitan Directors Production bergenre Aksi dan Perang yang akan ditayangkan bermula 19 April tahun ini. Ia adalah filem arahan Kang Je-Kyu dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon Han Seung Hyun , Do Ji Han dan Lee Yeon Hee.


Laaaaaa~ trailer dia tak cukup nak convince korang nak tengok filem ni ke? Haha takde pengaruh k-pop dalam movie ni, jangan risau.. Checkout sinopsis  My Way  :

"Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.



Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu."



Checkout press release untuk filem ini yang merupakan filem setaraf filem Hollywood!

Jarang industri filem Malaysia menampilkan filem-filem Korea untuk santapan penggemar filem di sini. Hanya lambakkan filem Hollywood yang diiktiraf sebagai berkualiti didedahkan kepada penonton. Namun jangan dipandang rendah kemampuan negara Asia seperti Korea untuk menghasilkan sebuah filem yang gah. Walaupun karya dari Korea popular disini melalui drama-drama bersiri yang membuatkan kaum wanita menitiskan air mata kerana kisah cinta yang romantis, mereka juga berupaya menghasilkan filem hebat yang membuatkan penonton menangis kerana perang!

Setelah cemerlang mencatatkan kutipan box office di sana, Knotty Ideas Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan membawa filem paling mahal Korea itu masuk ke Malaysia. Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua. Melalui arahan pengarah tersohor yang mula menempah nama di dunia Hollywood, Kang Je-kyu, hasil filem ini tidak perlu diragui. Kang yang menjadi pemangkin kepada industri filem Korea pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mencatat penonton sebanyak 10 juta orang untuk filem arahan terdahulunya, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War.

Filem ‘My Way’ ini telah mengambil masa penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seakan-akan sama seperti zaman perang dunia kedua. Kang sendiri mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’ ini berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Namun, paling istimewanya, cetusan idea filem ini sebenarnya berasal dari hanya sekeping gambar. Gambar di bawah simpanan arkib negara Amerika Syarikat itu didedahkan menerusi program dokumentari Korea yang ditonton oleh Kang di mana ia memaparkan imej seorang tentera berwajah Asia berdiri dikalangan tentera-tentera Jerman. Siapakah lelaki itu? Menurut sejarah, lelaki itulah satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat selepas menempuh tiga insiden perang yang dahsyat.

Berasaskan gambar tersebut, Kang mencipta karyanya tersendiri melalui kisah dua watak utama yang masing-masing berasal dari Korea dan Jepun. Dua pemuda ini mengejar cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jaguh maraton. Namun pertemuan mereka berdua ini telah bermula dengan permusuhan dan ianya bertambah konflik apabila kedua-duanya bertempur di medan peperangan dunia kedua. Permusuhan akhirnya mulai suram dengan perlahan-lahan apabila mereka semakin mengenali di antara satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menempuhi alam peperangan.

Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Pemuda Korea yang amat popular menerusi drama-drama bersiri Korea yang pernah ditayangkan di Malaysia memang tidak asing lagi pada peminat cerita Korea di Malaysia. Joe Odagiri pula walaupun berasal dari Jepun telah membina namanya sendiri di Korea dan amat digilai remaja-remaja Korea kerana wajah tampannya. Seangkatan dengan Gong Li dan Zhang Ziyi, pembawa peranan filem Bodyguards and Assassins, Fan Bing Bing perlu diakui kemantapan lakonannya menerusi ‘My Way’ ini.

Filem ‘My Way’ menjanjikan keterujaaan penonton dengan aksi-aksi perang yang sangat hebat dan meyakinkan seperti gambaran sejarah terhadap zaman perang dunia kedua. Namun disebalik pertempuran yang menakutkan itu, terselit nilai persahabatan yang ingin disampaikan telus pada jiwa penonton. Akan mula bertempur di pawagam Malaysia bermula 19 April ini, masyarakat Malaysia bakal menyaksikan sebuah filem aksi perang paling hebat pernah dihasilkan dari negara Asia setanding filem Hollywood.



So nantikan review filem ni bulan april nanti insyaAllah (",)


-zuan-
p.s : happy weekend peeps, jika minggu lepas aku jejalan di Masjid Zahir, minggu ni? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...