Alrite, di entry kalini aku nak share tempat penginapan kitorang selama 3D2N di Hat Yai. Hotel yang kitorang sewa adalah Wanthana Mansion. Kira-kira 15 minit perjalanan berjalan kaki dari Hat Yai Train Station. Ia adalah sebuah hotel yang tenang keadaan sekitarnya,tetapi begitu dekat dengan main road dan dekat dengan tempat makanan halal untuk muslim. Jika kelaparan di tengah malam, 7eleven pun dekat je, senang cerita, setiap lorong ada kedai serbaneka tu.
| Kunci bilik Wanthana Mansion. Ada hanya 24 buah bilik yang mana setiap tingkat ada hanya 6 bilik |
| Satu bilik disediakan 2 set single bed, Ada bilik yang sediakan queen size bed. |
| Bilik air selesa digunakan dan dilengkapi dengan hot shower. |
| Pemandangan dari Wanthana Mansion di malam hari. Tenang je waktu malam dia. |
Pada yang ingin ke Hat Yai tetapi belum ada tempat menginap yang sesuai, aku mencadangkan menginap di Hotel ini. Rate yang dikenakan tidak begitu mahal, iaitu satu bilik untuk tiga hari dua malam adalah 800 bhat. Mereka mempunyai penyambut tetamu yang begitu mesra dan ramah (Walaupun mereka tak begitu memahami bahasa inggeris) dan sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan 24/7.
Wanthana Mansion
Address: 127/4 Suphasarnrangsan Road, Hat Yai, Songkhla, 90110
Telephone: +66 (0)74 261555-8, +66 (0)74 221000
Rate: Bt520 per night or Bt6,800 per month which goes down to Bt5,800 for stays of three months or longer. On the monthly rate electricity is charged for separately at Bt6 per unit.
-zuan-
p.s: apa aktiviti hujung minggu korang?
click ads to show your support (",)