Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

Friday, 16 September 2011

> Fakta Mengenai Hari Malaysia

HOlla Peeps,


Hari Malaysia adalah hari yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada tahun ini ia akan dilangsungkan di Dataran Merdeka disambut bersama Hari Kemerdekaan ke 54, pada hari Jumaat dengan tema "1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera".

#1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlangsung pada 1 Jun 1963 tapi ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Selamat Hari Malaysia!


sumber wiki


-zuan-
p.s : korang ke dataran merdeka tak pagi tadi join sambutan Hari Malaysia? tidur ek? hehe 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...