Wednesday 29 May 2013

Fast 6! Pantas dan Garang

HOlla Peeps,

Ok sebelum gua terus buatkan korang tak senang duduk, ada satu valuable information pasal next installment untuk filem ni, iaitu Fast 7! Yes Fast 6 baru keluar, DVD cetak rompak pun tak keluar lagi, tapi Universal Pictures dah set 7th installment untuk filem ini. Kenapa aku cerita pasal 7th installment, tak cerita pasal 6th? Sebab director untuk filem ke 7 ni adalah director yang dilahirkan di Sarawak, Malaysia. Dan sekarang menjadi Producer dan Director di Australia! Beliau adalah James Wan! Malaysian blood beb!!!


source http://spinningplatters.com/2013/05/24/film-review-fast-furious-6/


Alright! Pasang tali pingang kalendar ketika di dalam panggung kerna korang takkan senang duduk menonton Fast 6!!!

Sinopsis: Since Dom (Diesel) and Brian's (Walker) Rio heist toppled a kingpin's empire and left their crew with $100 million, our heroes have scattered across the globe. But their inability to return home and living forever on the lam have left their lives incomplete. Meanwhile, Hobbs (Johnson) has been tracking an organization of lethally skilled mercenary drivers across 12 countries, whose mastermind (Evans) is aided by a ruthless second-in-command revealed to be the love Dom thought was dead, Letty (Rodriguez). The only way to stop the criminal outfit is to outmatch them at street level, so Hobbs asks Dom to assemble his elite team in London. Payment? Full pardons for all of them so they can return home and make their families whole again. (Sumber)

Selepas kejayaan kesemua installment sebelum ini, Justin Lin (Director) kembali lagi dengan racer tak pernah complain harga minyak kereta naik, Vin Diesel (Dominic Toretto) dan Paul Walker (Brian O'Conner). Dilihat installment kalini tak kurang hebat dari segi storyline dan action kalau dibandingkan dengan installment sebelum ini. Kalini dilihat Don lebih fokus untuk mendapatkan semula apa yang pernah diambil darinya, Letty (Michelle Rodriguez). Adakah dia akan dapat kembali sesuatu yang sudah tiada lagi?


image sources http://assets1.ignimgs.com/vid/thumbnails/user/2013/02/03/fast6.jpg


Polis dan penjenayah didunia yang sebenar seperti batu dan kaca. Pemenang akan jadi batu dan yang kalah akan jadi kaca. Tetapi berbeza di dalam filem ini yangmana kita lihat, mereka seperti air yang di cincang takkan putus. Hobbs (The Rock) dilihat berjaya 'menggoda' Dom untuk membantunya menewaskan Mastermind Criminal, Owen Shaw (Luke Evans). Bagaimana Hobbs 'menggoda' Dom yang dilihat takkan bekerjasama dengan pihak berkuasa?


Dari dulu Muscle Car dan Tuning Car (juga dikenali dengan istilah 'Imported Car' didalam Fast 6) dibandingkan kelajuannya. Dom dengan Muscle Car-nya dan Brian dengan Skyline. Memang tak terpisah dari dulu. Masih tertanya-tanya sehingga sekarang which one is the best on the road?


image sources http://fastnfurious6watch.files.wordpress.com/2013/05/watch-fast-and-furious-6-online-7.jpg?w=522&h=348


Roman (Tyrese Gibson) seperti biasa menjadi tukang 'kelang-kabut' untuk cerita ini. Tanpa peranan dia, mungkin filem ni hanya sebuah filem serius tanpa kata-kata humor.

Fast 6 memang sudah lari dari konsep Street Racer sejak installment ke 4 lagi sudah mula lari dari idea asal filem ini. Tapi ini yang membuatkan filem ini terus mantap sehingga installment ke 6! Storyline dan Action serta kaitan setiap series membuatkan fans Fast and Furious franchise tetap setia menontonnya. Bayangkan jika mereka teruskan budaya Street Racer di dalam filem ini, sudah tentu bilangan follower juga semakin berkurang.


7th installment! Sejak dari awal lagi aku merasakan yang 7th installment akan berlaku disebabkan beberapa scene didalam Tokyo Drift masih menjadi persoalan di dalam minda aku. Masih ingat part Han mati dilangar kereta? Adakah ia kebetulan atau sudah dirancang? Dan scene kedua dimana Don ke Tokyo, apa yang membuatkan dia ke sana? Masih banyak yang boleh diceritakan dan masih banyak yang boleh diaksikan. Jangan lepaskan peluang menonton sequel Fast 6 di pawagam berhampiran!


picture sources http://wac.450f.edgecastcdn.net/80450F/screencrush.com/files/2013/02/Fast-and-Furious-6-Poster1.jpg


Rating: 8.5/10 (Best installment untuk Fast n Furious series! Penuh dengan aksi dan drama. Ia bakal membuatkan anda ingin membeli Muscle Car sebagai new toys!)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: beberapa kali ditegur kawan aku sebab review aku selalu mengandungi spoiler hehehe.. sorry.. bwt sapa dah tengok cerita hantu thai, 9.9.81? Tak sempat ar gua nak tengok filem tu.. Download tah keluar tak? hehe 


click ads to help me buy GOLF GTI (",)

13 comments:

  1. Ramai kata cerita ni best..tapi belum sempat tengok ...

    ReplyDelete
  2. opismet sy paksa2 sy srh tgk cite ni hehehe

    ReplyDelete
  3. tu la...dulu mmg ke arah "perlumbaan jalanan" je...da masuk ke-4 da ubah da...takkan nak kekalkan story mcm tu kan...kena ubah sikit...

    P.S - Aq mmg suka giler watak Rom kali ni...sengal giler...sikit lagi benda tu nak kena Dom & Brian...lepas tu buat muka tak bersalah...HAHA

    ReplyDelete
  4. best sgt sebab plot cerita yg menarik dan fresh :) walaupun dah sequel ke 6

    ReplyDelete
  5. tunggu sambungan Fast Furious 7. =)

    ReplyDelete
  6. rasanya den tak berkkesempatan nak tgk kat panggung wayang nih...huhu

    ReplyDelete
  7. my review: http://cikgumanstation.blogspot.com/2013/05/review-fast-furious-6.html

    ReplyDelete
  8. Filem ni memang best...thumbs up! nice review..

    ReplyDelete
  9. saya dah tengok citer hantu thai tu !!

    hahahaha x seram sangat pun,cerita dia berangkai dari hntu pengantin sampai penyiasat yg siasat kematian pngantin tu, habis giteww ajee :D

    ReplyDelete
  10. Pasti menarik Fast Furious 7 nanti ni =)

    ReplyDelete
  11. Akak dah 2 kali g tgk dik.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  12. tak tgk lg
    sobsob
    nak tgk KIL
    tp takde tayang kat Ipoh
    ntah pape
    -_-

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...