Ini kisah aku di asrama ketika di Semester 1 kira-kira 2 tahun lalu. Aku stay dalam asrama untuk semester pertama je, lepastu mintak dok luar sebab aku lebih suka hidup tanpa perlu ke taklimat seperti yang biasanya mereka yang duduk di asrama perlu lalui. Seperti biasa la aku akan tidur awal di malam hari kerana biasanya aku la yang akan bangun awal untuk gerak roomate aku untuk ke kelas.. Aku selalu setkan alarm pukul 6.30pagi di phone aku supaya aku boleh sempat mengerjakan solat subuh sebelum bersiap untuk ke kelas.. Lebih kurang jam 12 tengah malam aku tidur, malam itu aku rasa sungguh selesa tidur sambil memeluk bantal busuk aku yang aku bawa dari rumah. Lena sungguh aku tidur malam itu diusap dingin malam..
| #dariBlogHans |
Tah macam mana, aku terbuka mata, aku tak rasakan yang waktu dah pukul 6.30 pagi sebab tak dengar bunyi alarm pun, dan phone cuma di belah kiriku, mustahil aku tak dengar alarm. Aku periksa phone, tiada panggilan atau mesej yang membuatkan aku terjaga. Aku tak juga rasa yang waktu masih awal kerana tidurku begitu selesa tanpa ganguan. Aku terpandang ke arah kanan aku, tiba tiba......
Aku nampak ada tangan kanan dihulurkan kepadaku seolah-olah ia ingin menarikku bangun dari katil... Aku tak nampak raut wajahnya, cuma nampak seperti seorang lelaki yang memakai songkok, disebabkan bilik begitu gelap aku tak begitu nampak akan raut wajahnya..
Allah u Akbar~
Allah u Akbar~
Terdengar bunyi azan dari masjid berdekatan, aku lihat jam di phone di sebelah kiriku, sudah masuk waktu subuh rupanya. Aku pandang kembali ke arah kanan aku, tangan dan bentuk orang itu dah hilang.. Aku pun bangun dan periksa dua orang roomate aku untuk periksa mungkin diorang yang cuba gerak aku tetapi aku lihat kedua-dua mereka masih dibuai mimpi.. Aku segera periksa pintu, kot-kot pintu tak terkunci sehingga membolehkan orang lain masuk, tapi ia masih berkunci. Aku sangat pasti ia masih berkunci.
Dengan menguatkan diriku, aku buat tak tau je dengan apa yang terjadi ketika itu dan terus ke tandas untuk mengambil wuduk.Keesokkannya aku cerita kat roomate aku apa yang terjadi, tetapi diorang agak blur dengan apa yang terjadi.
Dengan menguatkan diriku, aku buat tak tau je dengan apa yang terjadi ketika itu dan terus ke tandas untuk mengambil wuduk.Keesokkannya aku cerita kat roomate aku apa yang terjadi, tetapi diorang agak blur dengan apa yang terjadi.
Dalam fikiran aku "Hmm.. mugkin tu adalah malaikat yang nak kejut aku bangun subuh.."
Sejak hari tu, aku cuba jaga solat aku sebaik mungkin. Tapi biasalah, kita selalu leka dengan kehidupan duniawi sehingga lupakan kewajipan kita..
-zuan-
p.s : bila cerita tentang asrama je, mesti ramai yang ingatkn kisah seram kan hehe alhamdulillah aku tak pernah ada pengalaman seram ketika duduk di dalam asrama.



