Friday, 22 July 2011

> Saat-Saat Kewafatan Rasulullah S.A.W.

HOlla Peeps dan Assalamualaikum,

Semalam aku ada terbaca suatu artikel menarik daripada rangkaianislam. Ia menceritakan mengenai saat-saat kewafatan Rasulullah.. Di hari jumaat yang mulia ni aku nak share kisah menyayat hati ni ngan korang :


Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T., kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibrail A.S., kemudian diikuti oleh malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:" Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari isnin dan wafat pada hari isnin.
Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W.,
maka Bilal r.a pun memberi salam:" Assalamualaikum ya Rasulullah."
Lalu dijawab oleh Fatimah r.a: "Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata:"Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:" Aduh musibah!"
Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah "Apakah yang berlaku?"
Maka Fatimah memberitahu:"Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid."
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail: "Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku."
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun memberi salam:"Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?"(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?")
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:"Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a: " Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."
Maka Fatimah r.a berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan saya."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?"
Jawab Fatimah: "Tidak ayah."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: "Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur."
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun berkata:" Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamualaikum ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"
Izrail berkata: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali."
Rasulullah berkata: "Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?"
Izrail berkata: "Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?"
Jibrail berkata: " Ya, aku memang tahu."
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi: "Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Rasulullah S.A.W. berkata: "Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti."
Jibrail A.S berkata:" Allah S.W.T. telah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki syurga."
Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku."
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati."
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"
Jibrail A.S berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik berkata: "Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:"Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu."
Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:"Umatku, Umatku.""





-zuan-
p.s :  sedih kisah kewafatan Rasulullah S.A.W. ambek iktibar kewafatan Baginda di hari jumaat yang mulia ini :)

Thursday, 21 July 2011

> Tech Thursday : Password Popular

HOlla Peeps,

Ramai ada masalah blog kena hack, facebook kena hack, macam-macam yang pakai password dihack.. So apa guna password kalau senang kena hack? Ini adalah sebabkan kelemahan password penguna itu sendiri sebenarnya.. Kebanyakkan mereka menggunaka password popular atau password yang senang dipecah masuk..

ikhsan google
Berdasarkan laman web tomshardware, 20 password popular adalah :
  1. 123456
  2. 12345
  3. 123456789
  4. password
  5. iloveyou
  6. princess
  7. rockyou
  8. 1234567
  9. 12345678
  10. abc123
  11. nicole
  12. daniel
  13. babygirl
  14. monkey
  15. jessica
  16. lovely
  17. michael
  18. ashley
  19. 654321
  20. qwerty
Password korang dalam Top 20 tak? kalau ada tahniah.. Biasanya ramai menggunakan perkataan 'god', 'love', 'sex' dan 'money'.. Ada lagi, tarikh hari jadi, nama ibu, nama bapa, nama kekasih, dan biasanya password lemah ni kurang 6 aksara atau huruf sahaja (contoh : 'adik90')..

Kalau password korang ada dalam kategori lemah ni, sila tuka password yang lebih kuat (yups, kena hantar pw tu g gym, bagi banyak vitamin dan suntik badan dia jadi Captain America LOL). Ok ni tips-tips nak buat password yang kuat : 

  1. Gabungan aksara (uppercase dan lowercase) dan nombor (contoh : "zuan2020isHANDSOME1")
  2. Panjang Password lebih dari 6 (contoh menggunakan lirik lagu : "I had the time of my life and I never felt this way before and I swear this is true and I owe it all to you" ia mungkin panjang tapi percaya atau tidak, lebih panjang lebih bagus)
  3. Jangan pakai password yang sama (lain account lain password)
  4. Jangan pakai password kawan-kawan
  5. Jangan bagitau password tu kat makwe/pakwe
  6. Jangan pakai password generator (walaupun dipercayai mampu buat strong password, tapi konfirm xde password cracker?)
  7. Jangan simpan password di email anda
  8. Jangan percaya email spam yang akan mintak maklumat anda seperti email, dan password
  9. Jangan guna keyboard pattern (contoh : `1234567890-= ia adalah tersusun betul?)

sumber rujukkan : 

-zuan-
p.s :  aku bukan hacker dan bukan anti hacker, cuma berkongsi knowledge dengan  pengguna.. bosan wei game chelsea malaysia, aku tak ada minat nak terbitkan entry pasal game tu malam ni, so ni je la entry aku untuk malam ni... tech thursday

> Tech Thursday : Hati-hati dengan "hi how are you?"

HOlla Peeps,

Kebelakangan ni ada ganguan mesej "hi. how are you"??? Yeah aku pun ada problem yang sama, ni virus namo eh (mengikut maklumat yang aku dapat dari Ihsan Sabrie dan "itu Phising yg dihantar oleh Cracker"), dan menurut 2dayblogger ia adalah salah DDoS Attack dan ia bermula dengan :
  1. Virus ni disebarkan melalui Message : "hi. how are you?"
  2. Kalau korang reply (Cakap "are you gay pun") dia akan balas : "Wanna laugh? :)"
  3. Gatal lagi nak reply? : "It is you on the video ?)) want to see?)"
  4. Ha, ni makannya.. Dia akan bagi LINK kat korang dan LINK tu la VIRUS

Aku juga ada info dari kawan aku yang nama virus ni adalah "ufa.exe .bitcoin-miner", aku pun tak tau pe fungsi virus-virus ni, tapi ia ada kebolehan boleh buatkan komputer atau lappy mangsa automatic shutdown, dan ada yang kata ada kemungkinan mangsa kena format balik komputer kerana ada masaalah boot (ada missing file).

ikon Tech Thursday rekaan Zuan

Cara Hindari?
  1. Jangan layan langsung mesej itu, cepat-cepat "Report SPAM" kat facebook
  2. Jangan mengada-ngada klik link yang diberi (biasa la, semangat ingin tahu tu kuat)
  3. Tuka password Facebook, remove apps yang tak pakai dalam FB, update antivirus anda (try Ad-Aware, Dr Web, etc), slalu clean cookies (browsing history semua) dan ingatkan kawan-kawan (lagi ramai kita ingatkan, lagi kuat ingatan kita hehe)
  4. Install software malware detection
  5. Tuka password facebook (terutama kepada mereka yang suka pakai popular password)

Cara Memulihakan PC anda? (Credit to smileasuwant)
  1. Tekan pada butang Start Windows,
  2. Type msconfig pada butang 'search programs and files' dan tekan enter
  3. Kemudian tekan tab Boot, perhatikan radio button Boot Options, pada komputer dijangkiti virus safe boot di tick, jad untick kan Safe boot (secara automatik minimal boot akan di untick juga).
  4. Klik Apply, Ok dan Restart komputer anda.
*abaikan step 3 kalau komputer anda masih selamat (tak klik pada link virus tu)


-zuan-
p.s : got it? Share dengan kawan-kawan yang lain 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...