Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, 12 August 2011

> Ringankan Tangan Di Bulan Puasa

HOlla Peeps,

Jangan salah paham dengan tajuk lak, bukan ringan tangan bagi pelempang ya~ Apa yang aku maksudkan ialah ringan ringan berbuat amal dengan bersedekah dan tolong menolong sesama manusia (bukan sesama islam sahaja) dan dari situ pahala makin tambah tambah tambah.. Tapi pahala tak tambah kalau kita tak iklhas bukan?

Ikhlas tu penting ya, ops nak cerita pasal ikhlas la kan, banyak cerita boleh dicerita sampai tak tercerita dan boleh menjadi megahit drama kalau aku cerita sampai level Sol, mungkin gulung tikar menutup panggung kayell gangstar... Riak riak riak, tak mau riak ya~

Ops berbalik ke cerita asal, pernah didatangi oleh kanak-kanak comel berusia 7 hingga 10 tahun meminta sedekah? Mesti selalu la kan, trutama time korang tengah sebuk wifi kat McD (wifi je ke?), tengah sibuk menghirup CoolBlog (puasa tak?), dan tengah sebuk bergosip kat maple (tengah kutuk orang la tu?)

Banyak kisahnya kan? Ok maybe boring la cerita ni, meh aku cerita lain la, cerita pengalaman aku dan seorang lelaki india dari ipoh..

Suatu hari ni, aku teman kawan aku gi buat visa kat kayell.. Dia nak fly ke india, wokeh wa teman la kan, boring dok umah (time tu aku masih malas-malas blogging lagi) Time tunggu member aku tu isi borang, aku keluar beli air dekat satu kedai serbaneka berdekatan (korang tau la kedai apa kan yang on 24 jam seminggu) "Glup glup glup~ FREEEEESH!!!!!
Aku duk la kat tepi banggunan tempat member aku tu buat visa, tiba tiba seorang india kurus dan tidak tinggi mana berusia lebih kurang 20an datang kat aku, "Abang, itu pudu mana??" dia tanya aku.. Aku cakap la "Err jauh la, lu kena itu jalan ar jauh ma.. lu ambek teksi la suruh dia bawak gi pudu, jauh.." padahal aku pun tak tau kat mana arah ke pudu, jadi untuk kontrol macho jawab mudah je. Pastu dia garu kepala.. Adoi jangan la melekat kutu dia.. 
 "Abang, saya tak ada duit, tadi saya baru kena belasah dengan dua orang macha, sama kaum dengan saya, dia pukul saya duit saya semua dia ambek, handset pun sudah dia ambek. Tengok ini hidung, sudah bengkok, ini sudah luka luka, abang islam kan? Saya makan pun belum lagi, tadi air saya ada mintak itu kedai, banyak baik itu orang tolong sama saya, abang kalau kena pukul macam saya mesti mau mintak tolong juga, saya ipoh mali, datang sini mau repair aja, tapi tak tau kena pukul macam ni, saya banyak takut sekarang, tolong saya bang..
Semut mengingatkan aku supaya amalkan budaya bantu membantu dalam kehidupan

Adoi banyak pulak dia cakap, tapi tu la kan, nama pun manusia, mesti hati banyak sedih, "Wa rock, tapi hati wa ada taman wo!!!" (eh pandai lak dia kasi soft aku nye hati dengan cakap aku islam) Aku tolong la sama dia kan, bukan apa, fikir satu hari nanti kalau aku kena, or sedara aku kena macam dia, sapa nak tolong kan? So aku tolong la dia, tak mintak apa-apa pun sebagai balasan. 
Eh aku tolong apa? Bagi duit kat dia, dia cakap tambang dia balik ke ipoh rm16 kalau tak silap aku, dia siap bagi nombor telefon lagi, "Eh dia tau lak mana nak beli tiket?" entah la, aku pun dah pening time tu dengan apa dia cakap, tapi yang aku paham dia nak balik ipoh tapi dia tak ada duit.. Aku bagi dia duit, pastu air yang aku minum sikit tadi tu, aku bagi kat (lemak ar nak bagi baru nye kan?)   
Sebelum dia blah dari pandangan mata aku dia ada mintak no phone aku "Abang, bagi no phone, nanti saya sampai ipoh saya call abang, kasi topup itu duit balik dalam phone abang" Eh aku tak mintak pun dia bayar balik an? Tapi tak pa la, dia dah cakap macam tu, wa bagi je la no phone wa.. "Bye Abang" patu makin kecik makin kecik dia aku tengok..

Dan beberapa hari kemudian, dan beberapa minggu kemudian, dan hingga harini.. Tak ada call pun dari itu india (tak mengharap pun dia call).. Apa jadi kat dia? Aku hope dia selamat smpai ke ipoh la, tak mintak pun dia bagi balik duit tu, ikhlas nak tolong..


-zuan-
p.s : panjang la pulak aku cerita..tapi tu la, bila tangan dah dekat keyboad, macam ni la jadinya 

Wednesday, 10 August 2011

> "Rajinnya Kau Update Blog"

HOlla Peeps,

Kebelakangan ni aku selalu ditegur kawan-kawan "Rajinnya kau update", "Aku dah baca update kau, ada update baru?" tapi betul ke apa yang diorang cakap? Ok sebenarnya ia suatu teguran dari kawan-kawan non-blogger aku, ia suatu sindiran sebenarnya.

Ia sebenarnya lebih ke bermaksud, "udah-udah la ping kat group tu, penuh wall aku dengan post kau"... Kenapa aku boleh fikir diorang cakap macam ni? Sebenarnya salah seorang kawan baik aku sendiri pernah tegur secara baik yang aku punya  post ke setiap blog ada terpampang dalam news feed diorang di facebook..

"Eh betul ke?" pada mulanya aku agak was-was, betul ke menyemakkan wall diorang? Maknanya jika aku ping 1 artikel di 5 group, akan berderet 5 post yang sama di news feed diorang, pada mula aku tak perasan, ye la, aku ada lebih 1k kawan kat facebook (yang majoritinya adalah membeber main game ketika aku addict main game dulu) mesti la tak nampak update aku sangat sebab kalau member ramai, banyak la update (seperti status update, etc..) dari member kan? Berbeza dengan orang yang ada member 500 je, mesti kurang update dan news feed doirang pun biasa je..

Awal-awal  aku agak geram la dengan teguran tu, ye la facebook aku, #sukati aku la nak update macam mana kan? Tapi, nak jaga hati member punya pasal (bukan hipokrit ya, manusia selalu salah definisi mengenai hipokrit) aku fikir satu solution..


Aku buat la satu akaun facebook baru, diberi nama Gol D Saiazuan (boleh add kalau korang nak, aku approve kalau blogger je), yang melambangkan ketamakkan aku keatas duit (haha tak ada la, sebab aku suka watak Gol D Rodger dalam watak One Piece, jadi aku guna initial D dalam nama aku)

Lepas ni apa pulak orang nak cakap? "Pergh dah ramai member la tu, sebab tu buat fb baru, macam la aku tak tau" maybe??? Hurm, manusia kan, senjata paling hebat adalah lidah (sekarang keyboad la kot)..

Cukup la entry aku untuk sahur puasa hari ke10 ni, moga-moga lepas ni tak ada orang persoalkan "Hipokrit la kau ni, bulan puasa pun bajet nak tahan diri dari type ayat-ayat mencarut, tengok aku ni, aku bkn hipokrit wei.....bahasa kesat2 ni mmg dh kat tangan.....kah3...." masaalah-masaalah *geleng kepala


Ops sebelum terlupa, apa kata korang blogwalking ke blog follower aku ke 900, nuruldiana97


Selamat Beramal


-zuan-
p.s : alhamdulillah, bebapa bulan ni, semakin ramai kawan aku dapat dalam dunia blogging ni, harap kekal la macam ni, dan harap bukan kenal dalam dunia blogging je, thanks sebab support aku, terutama paday yang selalu komen dan visit blog aku.. sebenarnya aku begitu menjaga kualiti entry aku, dan secara jujur dekat draft aku ada dekat 50 entry aku tak publish lagi, sebab apa? Sebab aku risau kualiti entry tu tidak menepati kehendak pembaca aku, takut disebabkan 1 entry, hilang ramai readers, assalamualaikum~

Friday, 29 July 2011

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua),


Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Yang Mulia 
Pada Semua Umat Islam Seluruh Dunia :)


Bulan Ramadhan didalam Islam merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kedatangannya selepas dua bulan yang juga istimewa iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menguatkan dan menyuburkan rasa tanggungjawab dan keinginan menambahkan ibadat kita kepada Allah S.W.T.

Puasa iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap perkara yang tidak elok dari segi bahasa. Dan dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.



  • Ingat lagi macam mana Niat Puasa Ramadhan?


Niat Puasa ( Harian ) :

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat Puasa Sebulan :

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala




  • Bagaimana pula Doa Berbuka Puasa?




Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


credits kepada zelo55iqbalhakimiashtechal-azim tanpa mereka aku tak mampu siapkan entry ini, thanks..


-zuan-
p.s : sempena bulan puasa yang mulia ni, aku kan tuka header blog aku kepada special ramadhan version hope ya like it :D
jangan naughty2 bulan puasa ni k 

Friday, 15 July 2011

> Aku Tak Puasa Harini, Sobs~

HOlla Peeps,

Ramai yang tegur aku di facebook aku (sebab aku dah tuka profile picture baru kot), bagitau yang "aku hensem", dan "macam artis la" (pada yang nak lempang aku, silakan), Untuk makluman korang aku single lagi.. Ops, tak de kaitan ngan entry kali ni~


Ingat lagi entry aku pasal Jom Puasa Bulan Sya'ban? Alhamdulillah, aku dah dah pusa untuk beberapa hari (Bermula Khamis minggu lepas, Isnin smpai khamis minggu ni).. Ada yang puasa beberapa hari lepas? Ada antara korang puasa harini? (tak ada kaitan dengan puasa ganti pun) Ala, tak pat la aku nak berbuka bersama-sama sebab aku tak puasa harini..

Aku tergoda dengan nafsu makan roti!! (kalau makan pizza pan besar tu boleh terima la kan?) ~_~

Ok papepun, aku nak ucapkan selamat berbuka pada yang berpuasa harini (Jangan makan banyak-banyak time berbuka nanti, tak larat nak maghrib pulak nanti)



-zuan-
p.s :  Esok pun macam tak dapat puasa.. Takpe la, permulaan baik puasa lebih kurang 5 hari, kira warm up untuk bulan ramadhan :)

Monday, 4 July 2011

> Jom Puasa Bulan Sya'ban

HOlla Peeps,

Bulan depan bulan Ramadhan, bulan favourite aku, sebab time tu la aku boleh belajar macam mana nak barsabar dan kawal nafsu..

Bulan ni bulan apa? Bulan Sya'ban.. Thanks to ecahdenan dan ashtech, aku nak share kelebihan bulan Sya'ban

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis) 
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah). 
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis)
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis)
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis)
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia (nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis) 
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis) 
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis) 
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis) 
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban. 
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis) 
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis) 
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah). 
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/images/ban_syaaban.jpg


fadhilat bulan-bulan Islam > bulanislam

sumber :



-zuan-
p.s : sama-sama la kita beribadat di bulan yang mulia ini :D 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...