Showing posts with label mbo cinema. Show all posts
Showing posts with label mbo cinema. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

> Movie Review : Sumpahan Kum Kum

HOlla Peeps,



Sinopsis : Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





Sebab apa filem ini perlu ditonton :


  • Story line yang tidak berserabut dan memudahkn penghayatan penonton.
  • Perkembangan watak yang menarik
  • Mengajak penonton berfikir macam mana pergolakkan watak berlaku.
  • Lakonan budak kecik, Echa yang comel dan tidak kaku.
  • Lakonan Fezrul, Shima Anuar dan Wawa Zainal.
  • Mekap Hantu yang menyeramakn! 
  • Penamat cerita tidak tergantung.
  • Sound efek hantu yang mendebarkan dan menyeramkan.
  • Memberi mesej yang penggunaan susuk adalah haram dari segi agama.
  • Banyak babak-babak suspen yang menjadi seramnya.
  • Cerita hantu yang tiada lawak 'hantu kak limah'!
  • Pernah tertanya-tanya tak yang hantu boleh makan orang? Persoalan anda terjawab dalam filem ini
  • Jangan lupa tengok babak terakhir, kerana ada efek 3D pada pengakhirannya!


Rating Seram : 3/5 (cerita tempatan yang sangat berbaloi ditonton)


-zuan-
p.s : sori sebab lambat aku buat review filem ini.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...