Showing posts with label gambar kemenangan malaysia di sukan sea. Show all posts
Showing posts with label gambar kemenangan malaysia di sukan sea. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

> Bahang Kemenangan

HOlla Peeps,


Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia melalui sepakkan penalty pada malam tadi menganugerahkan satu pingat emas kepada skuad Malaysia pada Sukan Sea kali ini.. Tahniah skuad Harimau Malaya!!! We Are The Champions!!!

Macam biasa la kan, kalau dah bola tu memang tak sah kalau tak tengok dekat kedai walaupun ada siaran langsung di kaca tv di rumah, aku dan beberapa orang classmate aku ke Restoran Singgah Rasa Utara dekat kawasan C-Mart Arau, Perlis untuk rasakan bahang perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia.

Tak berapa banyak sangat gambar yang berjaya aku tangkap sepanjang perlawanan itu berlangsung (pakai kamera phone je kan.. mana la cantik gambar.. #LOL)

Jaringan kemenangan Malaysia yang dijaringkan oleh BADDROL BAKHTIAR

Aku bersama 2 daripada 4 classmate aku yang menonton bersama perlawanan ini pada malam semalam. Terpaksa pulang awal (tak de la melepak lepas match) kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Suasana di Singgah Rasa ketika meraikan kemenangan Malaysia


Keputusan penuh, Malaysia 1 (4) : Indonesia 1 (3)

Man of The Match? Seluruh pemain yang bermain bermati-matian dan bersunggunh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa walaupun ketinggalan 1-0 di awal perlawanan, tetapi mereka kembali mengikat perlawanan sehingga masa tambahan adalah Man of the Match pada malam tadi! Terima kasih kepada mereka yang di sebalik tabir yang memberi taktikal dan training pemain-pemain kita sehingga tahap yang memuaskan! Tahniah Malaysia!!!



-zuan-
p.s : tak dapat cuti ke? malas tul nak ke kelas..hehe 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...