Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Sunday, 21 August 2011

> Cita-cita

HOlla Peeps,


Ketika kecil dahulu ketika masih memakai baju sekolah berseluar biru sering aku ditanyakan soalan:

google it

"besar mau jadi apa?" tanya cikguku, *bukan skolah indon.

"saya nak jadi pilot cikgu" jawabku dengan malu-malu.


Tetapi setahun kemudian...

google it

"Awak nak jadi apa bila besar nanti?" tanyak cikguku.

"Saya nak jadi peguam cikgu, boleh bela orang salah" jawab ku dengan yakin.


beberapa tahun kemudian...

google it

"Cita-cita kau nak jadi apa?" tanya kawan aku.

"Aku nak jadi arkitek, sebab aku nak kalahkan KLCC" jawab aku dengan bangga.


dan aku teruskan cita-cita aku tu dengan memasuki sekolah teknik, belajar civil.. kemudian minat aku pada architectural makin kurang, tapi hatiku masih pada seni, cuma bukan senibina..

nampak tak cara aku jawab soalan-soalan tu, bermula dengan malu-malu, kepada yakin dan kepada bangga, tapi bangga tu perlu dibuang, kerana ia mampu membawa kepada riak..oh, ramai orang benci manusia riak..

google it
Dalam perlahan-lahan minatku pada komputer.. aku teruja bagaimana sesautu mesin kecil mampu membuat pelbagai benda, mampu keluarkan visual manusia bergerak, mampu mengeluarkan suara seperti kita dan mampu menyiapkan tugasan dengan masa yang cepat..

Pada yang dah lama follow blog aku mesti ingat cerita ni, Pengalaman di Simpang Jalan.. Kisah dimana aku menjadi seorang guru dan aku jatuh cinta dengan kerja itu.. Tetapi tidak lama kisahku...

Dan selepas beberapa tahun aku minat pula pada bidang penulisan blog, ia menarik, anda bebas menyampaikan apa yang anda ingin luahkan.. Dalam blog boleh kenal macam-macam orang, dan macam-macam gaya penulisan dengan macam-macam idea..


Tapi dengan blog mampu ke aku milik rumah ditepi pantai? Sebuah kereta vw beatles? Dan sebuah ipad? Set hometheater untuk aku layan astro first? Menikmati makan malam di hotel sambil mendengar ahli musik bermain musik untuk aku? Memakai pakaian berjenama dan mampu menghantar ibu bapaku ke haji dan umrah pada bila-bila masa mereka nak? Menderma tanpa limit kepada mereka yang memerlukan?

Tapi aku percaya tiada yang mustahil jika anda percaya anda boleh buat!!! HOYEAH!!!!!


-zuan-
p.s : 3 hari yang memenatkan untuk aku.. maaf kalau aku gagal lawat ke blog korang beberapa hari ni 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...