Showing posts with label cara cepat sehat dari demam. Show all posts
Showing posts with label cara cepat sehat dari demam. Show all posts

Saturday, 24 September 2011

> I'm Back!!!

HOlla Peeps,

Sorry, semalam aku tak sehat, suhu badan agak panas.. Seriusly, aku ada gak online semalam, tapi nak type keyboard pun tak larat.. Then aku pekena  air 100+ dengan panadol Soliber, tidur sepanjang hari, kasi peluh keluar... Alhamdulillah, suhu badan aku dah menurun dan aku larat la nak type entry ni.. 




Meh aku kongsi beberapa info pasal demam (demam pun sempat nak share info ~_~)

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.  


Penyebab Demam :
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV. 
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis) 
  • Demam malaria 
  • Penyakit sendi 
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya 
  • Barah


Rawatan
  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan  
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.  
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup  
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.  
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.  
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
sumber info sehat


Fuhhh~ Aku tak suka betul demam!!! 


-zuan-
p.s : harini aku cuba blogwalking ke blog semua blogger yang ada tinggalkn komen kat blog aku walaupun masih ada sakit-sakit kepala ni.. (",)  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...