Showing posts with label al-hadis. Show all posts
Showing posts with label al-hadis. Show all posts

Friday, 10 May 2013

Betul Ke Apa Orang Sebelah Ni Cakap? Bahana Fitnah

Salam Jumaat,


sumber gambar facebook

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Surah Al-Hujurat Ayat ke-6
(sumber : http://syedfadhli.blogspot.com/2011/12/hukum-percaya-sesuatu-tanpa-usul.html)

Rasanya masih belum reda bahang PRU13. Pelbagai tuduhan dikeluarkan. Ada kata tu, ada kata ni, ada kata blackout, ada kata hantu keluar siang hari, ada kata amoi dari negara cina mai undi sini. Persoalannya betul ke? Jeng jeng jeng...

google


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sapa dah tengok Star Trek? Best tak? Dah ada keluar download belum? hehe 


click ads to show your support (",)

Friday, 4 January 2013

Jangan Di Salah Erti - Puisi Budak Sengal

Salam Jumaat,


Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini? 
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah, 
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia, 
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti, 
Dan si bongkak ke pulau, 
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..


Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)


Sebuah cereka pendek mengenai seseorang yang pada awalnya banyak membuat kesilapan sehingga tidak diterima masyarakat. Kemudian dia sedar dengan kesilapannya, dan membawa diri ke suatu tempat sehingga dia jumpa sesuatu yang mengubah kehidupannya. Dia belajar pelbagai perkara. Dan apabila dia kembali ke tempat asalnya, segalanya berbeza dengan apa yang dia pernah jumpa sebelum ini. Ia mungkin tiada kaitan dengan dunia sebenar, dan mungkin juga berkait di mana kita sendiri tidak sedar akannya.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua..


Till then, As-salamu alaykum :)

-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian? 


click ads to show your support (",)

Sunday, 24 June 2012

> Memutuskan Silaturrahim

HOlla Peeps,

Lama rasanya tak share something menggunakan dialog.. Well, here we goes peeps! Enjoy this little ride~ hehe..


Berlaku suatu situasi..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtkM0oKxEU3XR5-X1fHDGkmCY8kxQ5UX0IX5Jl7sS0TY1Rv6YzRUCIScwtFo-JevLCjyd-WjIEMaRuzt-yzPdlCMRZ2Cp-SKvULn85Gi_f4EaRp1PlLF_cy4L9vXJParDg8USLQ0pq5kIF/s1600/fight.gif

Ali: Ko ni siot la!!! Semua ko cakap nak betul je!!!
Baba: Betul la apa aku cakap tu, aku google dulu kot sebelum cakap..
Ali : Ahh sudah la Babu!!! Eh Baba mulai sekarang, kita bukan lagi kawan!! Nyah kau dari rumah aku.
Baba: Ehh ni rumah aku ke rumah engkau?

Hari ke 2;

Ali keluar dari rumah Baba dan tinggal di rumah Cha.

Hari ke3;

Ali dan Baba berselisih di pasar malam, tapi tidak bertegur siapa dan meninggikan hidung mereka.
Dan pergaduhan mereka berterusan untuk suatu masa yang lama..


Disebabkan suatu perkara kecil, habis rosak suatu persahabatan, putus suatu silaturrahim..


Riwayat al-Bukhari : "tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" (al-Bukhari)
dan "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi" (al-Bukhari)
 (credit sumber sumber Zaharuddin[dot]net: Memutuskan Silaturrahmi)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgok4hxQoVUv-E6EF3NwLlqeoR_CwalSzlv9j50OPC_sSQKdaMLybxbMNcVSFKKNAe-NV2Ux-4wtVoSSP5_xSF_bXtR3rhF4A8xUU_VmsTi3-oyvi-0xfCeZZ4pwRCZwzrJ_YnnVD7a5LI/s1600/silaturrahim.png

Jadi, sambungkan benang yang putus, rapatkan kutub yang jauh.. (",)


-zuan-
p.s : examination weeks bermula :) 

Friday, 13 January 2012

> Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina

HOlla Peeps,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

#justgoogleit

Begitu penting ilmu ini dalam islam, tahukah korang yang perkataan 'ilmu' disebut sebanyak 750 kali di dalam al-Quran? Begitu tingginya martabat orang berilmu, dan mereka sangat dipandang mulia dan diberi pujian di sisi islam.


Firman Allah S.W.T maksudnya:
Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:
Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

Jangan hanya menuntut ilmu untuk mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan SPM, ataupun untuk mendapat segulung Diploma dan Ijazah, sebaliknya gunakan ilmu itu untuk kebaikkan dan kepentingan seluruh umat islam, banyak pahalanya jika berkongsi ilmu dengan orang lain dan gunakan ilmu itu di tempat yang betul. 

Juga kena ingat yang ilmu dan ajaran Islam perlulah diutamakan, jangan hanya taksub dengan ilmu di dunia sehingga lupa untuk menuntut ilmu dan bekalan yang akan kita bawa ke akhirat kelak. 

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis) 

dipetik dan diolah dari Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam

-zuan-
p.s : short entry, sebab ada orang tanya bila nak post entry, hehe sorry, ada masa nak tweet n fb je time exam ni, tapi tak ada masa sangat nak blogging! One more paper guys, be back on 17th of january (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...