Dwayne Johnson a.k.a The Rock (malangnya bukan lakonan The Rock Malaysia) sekali lagi kembali ke layar perak dalam filem aksi lebih berdebar-debar (Sebenarnya aku teringin nak tengok The Rock belakon filem romance #LOL) kalini di dalam G.I. Joe: Retaliation.
Sinopsis: Kalini G.I. Joe bukan sahaja berhadapan dengan musuh ketat mereka, Cobra. Tetapi mereka juga berhadapan dengan Zartan (Arnold Vosloo) yang telah menyamar sebagai Presiden yang bertindak membubarkan pasukan G.I. Joe. Dengan ketiadaan Duke yang telah terbunuh didalam satu serangan, bagaimanakah mereka boleh menumpaskan Cobra?
Sebuah filem aksi Sci-Fi yang telah biasa kita lihat teknologi-teknologi beyond imaginasi kita. Filem ini dilihat lebih menarik ditonton 3D mengikut cadangan Ezad kerna angle kamera dan kekemasan 3D yang dilakukan. Tetapi pada yang kurang gemar menonton dalam 3D, boleh sahaja menonton di dalam 2D kerna kualiti yang sangat memuaskan.
Dengan lineup cerita ini yang kelihatan begitu sesuai dengan peranan mereka seperti The Rock sebagai Roadblock, Byung-hun Lee sebagai Storm Shadow, Jonathan Pryce sebagai Presiden yang sebenar, Bruce Willis sebagai General Joe Colton, dan Channing Tatum sebagai Duke.
Plot cerita kalini dilihat lebih ringan, senang difahami dan tiada twist sehingga ke penghujung. Pada yang masih belum menonton Rise of Cobra.
RATING: 7/10 (dengan plot yang simple tapi dibantu dengan aksi yang menarik dan lineup yang hebat, ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.)
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: kul 10 je ngantuk, kul 10 je ngantuk.. zzzZzzzz
click ads to show your support (",)

