ROCK! Sebuah filem yang pernah menyegarkan kenangan zaman rock 80an dan 90an tanah air pada tahun 2005 kembali mengegarkan peminat Rock tanah air terutamanya Rock Kapak! Mamat Khalid kembali dengan; Rock Oo! - Rimba Bara Kembali.
Sinopsis Rock Oo - Rimba Bara Kembali : Mengisahkan Amy Mat Piah yang berniaga menjual ABC, amat mengagumi dan ingin menjadi vokalist kumpulan Rimba Bara selepas ketiadaan Zul Kapak. Berhasrat untuk menjadi vokalist kumpulan itu, Amy mula mendampingi Jijo, Basis kumpulan Rimba Bara. Untuk memikat hati Jijo dan Black, Amy memperkenalkan dan menarik Slash, seorang guitarist hebat menyertai kumpulan itu, dan kemudian Amy mendapat peluang menjadi vokalist Rimba Bara. Bermulalah episod penuh suka duka dalam usaha mendapat tempat di arena rock.
Permulaan cerita dengan salah satu lagu Sweet Charity memberi impak sentimental pada awalnya dan kemudian seluruh panggung terbahak ketawa melihat telatah Amy (Que Haida) mengisar ais untuk membuat ABC. Penuh dengan Humor, Sentimental dan Musical! Ia sebuah filem melayu terbaik tahun ini pada pendapat aku selepas kegagalan filem Mamat Khalid; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit memberi kesegaran baru kepada aku walaupun isinya begitu padat.
Begitu teruja untuk menonton, sehingga tak terasa menggu lebih 15 minit di depan panggung dengan sahabatku untuk masuk ke dalamnya. Ditambah lagi dengan lagu lagu rock kapak yang dimainkan di sepanjang perjalanan kami ke panggung, menambah lagi semangat Rock kedalam jiwa kami.
Begitu banyak lagu-lagu 80an dimainkan sehingga membuatkan aku ingin karok lagu lagu rock kapak selepas itu. Dibantu dengan plot yang ringkas dan sangat mudah difahami, dan barisan pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak mereka, membuatkan aku ingin menontonya untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya. Keunikkan filem ini adalah, tiada ayat-ayat jiwang, tiada lawak kosong, tiada berebut awek dan berebut harta sepeti yang biasa dibuat filem filem tempatan yang lain. Semuanya ROCK!
Begitu teliti pengarah mencari tempat-tempat nostalgic dan bertemakan 80an untuk mendapatkan feel cerita ini walaupun ada beberapa scene kelihatan moden. Bak kata kawanku, "Aku teringin nak ke zaman ni, nak feel sendiri era rock tu" kerna kelihatan dimana-mana sahaja ada rock ketika itu.
Kepuasan cerita ini adalah elemen nostalgianya, lagu-lagu pilihan yang diselitkan, dress-up rockers, dan semangat rockers untuk memperjuangkan seni musik mereka. Tak perlu menonton filem Rock (2005) untuk memahami filem ini kerna filem ini boleh dimakan (dilayan) begitu sahaja.. an an annnnn~?
"Filem ini sangat dekat dengan saya. Walaupun sudah lebih 80 kali menonton ketika proses suntingan, tetapi saya tidak bosan langsung setiap kali menontonnya. Jiwa saya jelas terlihat dalam filem ini." Mamat Khalid (Dipetik dari Yahoo Entertainment)
Applause!! Filem ini sangat hebat! So far, My favorite Film for 2013!!! Mamat Khalid membuatkan aku nak tengok filem ini lagi..
OST untuk filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali
Rating: 8/10 (sebuah lagi filem hebat dan unik arahan Mamat Khalid yang mesti ditonton semua peminat filem tempatan dan peminat musik Rock khususnya)
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: sapa suka main futsal? Kasut Joma bagus tak? Ramai kawan kata best pakai, better than other brand yang dah femens amos~
click ads to show your support (",)


