"Owh mat salleh la sangat~" tu la antara kata cemuhan yang aku dapat bila aku cuba speaking di khalyak ramai dengan satu slang yang tetiba je terbelit kat lidah aku "pergh~ british english" ya ya ya, bukan nak poyo, tapi ia bermula dengan waktu form 1 dulu (sekitar tahun 2001) ketika aku mula mendengar lagu-lagu mat salleh (berkenalan dengan linkin park, limp bizkit, artis paling hot ketika itu britney spears dan tak lupa westlife dan backstreet boys, dari situ aku belajar bahasa english).
Ada sebab kenapa aku berbuat begitu, melayan lagu-lagu inggeris, atas sebab nak berkawan ngan kawan-kawan yang agak loaded (dak-dak atasan yang pandai bertutur bahasa inggeris) kerana rasa BEST dan STANDARD bergaul dengan doirng (walhal aku dikalangan keluarga sederhana).. Teringat lagi waktu tu radio favorite aku, hitz.fm (rasanya ramai dah tak berapa layan hitz skrng sebab dah kurang playlist lagu yang best) dan sekarang aku menjadi antara kegemaran lecturer apabila waktu presentation (poyo siot~)..
| Peneman aku ketika kebosanan |
![]() |
| Aku 10 tahun lalu~ (hebat an?) |
Zaman itu kalau tak silap aku, genre ROCK dan POP (majoriti sukakan pop ketika ini) merupakan music yang paling kerap didengari anak-anak muda, dan tidak lupa pengaruh HIP-HOP yang dibawa oleh duo tempatan Too Phat menjadikan culture breakdancing di petang hari remaja-remaja.. Limp Bizkit dan Linkin Park menjadi dua band nu-metal favorite skaters ketika itu, dan skateboarding menjadi pilihan aku ketika itu (sekarang ni nk ollie pn tak tau mcm ne).. Kalau compare ngan sekarang, paling kuat pun, budak main futsal je untuk beriadah, lagu pulak "everyday i'm shufflin" la..
Melalut pulak cerita pasal 10 tahun lepas, ketika facebook bukan menjadi lama web social pilihan, blog bukan medium membuat duit dan youtube tempat tampilkan bakat nyanyian.. Apa kisah korang 10 tahun lalu?
-zuan-
p.s : bila la mood aku nk shoping raya nak datang tah..haha
