Thursday 28 February 2013

Teruja - Applikasi Translate Rumi Ke Jawi

HOlla Peeps,

Dengan siapnya projek Jawi aku, diharap kanak-kanak lebih gemar mempelajari jawi dan mempraktikkanya pada hari biasa (Harapan harap diteruskan pihak UiTM).. Kanak-kanak merupakan pokok baru yang perlu kita jaga, kita baja supaya hasilnya baik kepada sekeliling. Jika awal kita bentuk dia dengan baik innSyaAllah daun nya dan buahnya juga baik..

Sekarang ni, apa kita nak buat dengan pokok yang dah tua? Adakah pokok tua seperti kita mempuyai buah yang baik dalam Jawi?

Aku amat teruja apabila terjumpa dengan laman web تراوجا ni.. Ia adalah sebuah laman web transliterasi dari rumi ke jawi ataupun dari jawi ke rumi. Ia ala-ala google translate yang telah dibangunkan oleh UKM.





Simple interface, dan mudah digunakan.. That is some principle that a designer must follow hehe easy to use.. Selain tu, mereka juga ada develop offline translater (rujuk sini) untuk digunakan mereka yang tidak 24/7 ada internet.   

Papepun, all the best to developer team for further project development.. Hehe need a hand, call me hehe..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ROCK OO!!! RIMBA BARA KEMBALI!!! 


click ads to show your support (",)

Wednesday 27 February 2013

3 Years in The Making - Memori di UiTM Perlis diabadikan Di Dalam Youtube

HOlla Peeps,

Aku bukan la seorang utubers or vloggers or videographer pro yang sentiasa update mengenai latest video shots kepada public di YouTube atau mana-mana site yang memberi service video sharing.. But when I have interest to make one, I do one..  So tak heran la klu one day, jika diberikan peluang aku boleh terbitkan my own movies di YouTube.. Ada several story dalam minda aku skrng ni yang mana jika di beri peluang, mungkin akan memberi impak berbeza dengan tipikal filem malaysia sekarang ni

Papepun, aku nak jamukan kepada korang video masam, masin, pahit, tawar dan manis di UiTM Arau Perlis.. Enjoy~



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: apa favourite superhero korang? tetibaa~ 


click ads to show your support (",)

Friday 22 February 2013

Benda Alah Ni - Durian Crepe Abang Burn

HOlla Peeps,



And yup, akhirnya aku berjaya merasa benda alah ni.. Rasanya, lain.. Rasanya tidak pernah aku rasa.. Rasanya tak cukup.. Rasanya tak puas.. Aku tak tau apa nak kata, rasanya ia tak mahal, dan rasanya ia tidak murah.. Bak kata umi aku "Lapisan luaran dia tak berapa lembut la.." Ya aku hanya merasa, merasa sesuatu yang dibuat dan dijual business person..

Ia terjadi apabila one of my best buddies ajak pergi makan burger bakar Abang Burn pada petang tadi dekat Pulai Perdana berdekatan dengan Temiang, N9. Kebetulana aku dah dekat 3 minggu mencari benda alah ni, benda alah yang banyak ditunjuk gambarnya di muka buku, di aplikasi instagram dan di laman blog masing-masing. Terliur aku melihatnya walaupun aku tak pernah merasanya sebelum ini (outdated bab makanan). Dan buddy aku ternampak ads Durian Crepe ada di jual di kedai Abang Burn. Dia tunjuk aku dan aku; "WOW! Jom beli" keputusan dibuat tanpa berfikir kerna nafsu makan aku kembali naik kebelakangan ini..




Dan yeah, akhirnya aku berjaya membelinya dan membekunya di dalam peti ais.. Yaaaa aku juga membekunya di dalam laman blog aku, tapi belum di applikasi instagram seperti mereka yang lain telah lakukan yang mana seperti biasa, mengikut trend masa kini yang mereka katakan trendy..

Pada sesiapa yang nak try Durian Crepe keluaran Abang Burn, boleh dapatkannya di jajahan yang terdekat..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: boleh beli galaxy tab pakai rebate rm200 tak? Dah mula rasakan ia satu keperluan.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday 20 February 2013

Kinohimitsu Health Pad Review

HOlla Peeps,

Selepas beberapa minggu cuba mencabar limitasi badan aku yang sudah dimanjakan selama berbulan bulan di Arau, badan aku mula lenguh-lenguh dan tak bermaya. Rasa mengantuk je walaupun dah tidur 8 jam sehari. Badan mula malas nak buat heavy stuff.. Pagi semalam pun aku skip jogging sebab sakit kaki.. Nak pi massage malas pulak, lagipun takut mahal.

Then aku ke Store Watsons terdekat untuk cari penawar atau kurangkan masalah tuk masalah ni. Belek punya belek, jumpa Kinohimitsu,




Aku dengar produk ini sangat bagus dengan berfungsi membuang harmful waste dari badan kita.. Dikatakan boleh menyihatkan tubuh badan la, bangun pagi je rasa fresh. Selain itu, ia melegakan sengal-sengal badan dan mengurangkan kesakitan dekat joint joint badan. Ia juga berfungsi menguatkan sistem immunisasi badan, melegakan kepenatan, menngkatkan daya konsentrasi dan produktiviti. Dan banyak lagi la, boleh refer dekat nearest watsons atau doktor yang pakar pasal ni.

Aku pun try la malam semalam, tampal dekat kaki;


kinohimitsu ditampal di kaki yang dikatakan mampu menjarigkan gol seperti Messi


Selain tu boleh gak tampal dekat bahu, tangan atau mana-mana tempat yang rasa korang nak tampal. Tapi jangan tampal dekat tempat yang tak sepatutnya pulak, hehe lain pulak color dia nanti xD


selepas 7 jam. Agak berair tapak kaki selepas tampalan dibuka


Secara keseluruan aku takde la rasa fully recovered pun, mungkin sebab 1st time use. Kat belakang kotak pun ada mention; tuk yang baru guna kena pakai setiap hari selama dua minggu, kemudian proceed dengan pakai satu untuk satu minggu. Haha nasib baik bukan setiap hari, klu tak, rabak poket den.. Walau bagaimanapun, lenguh-lenguh di badan aku kurang sikit dari semalam dan alhamdulillah, boleh jogging keliling Giant pagi tadi.

Sapo pernah try benda alah ni? Ce cita sikit hasil eh~


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bosan-bosan aku tengok la filem xxx balik kat hbo.. Bila dah tengok banyak cerita-cerita ohsem, ternyata cerita ni overrated sangat! Tak ohsem pun.. Ini semua poyo~ 


click ads to show your support (",)

Sunday 17 February 2013

Antara Sewa dan Ulang Alik - Problem Solved!

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan febuari sekarang ni.. Aku masih belum buat keputusan samaada untuk menyewa bilik di kawasan berdekatan tempat praktikal ataupun hanya berulang-alik yang mengambil masa lebih satu jam setiap hari seperti yang disarankan kawan aku.

Hanya dengan elaun sebanyak 500, aku mungkin terpaksa berlapar ataupun kurangkan makan fastfood atau makanan berlauk dan hanya fokus dengan roti dan jem sekiranya aku menyewa bilik. Bukan hanya itu, aku mungkin perlu kurangkan keluar menaiki motosikal supaya boleh kurangkan penggunaan minyak dan perlu mencari rumah lebih jauh dari tempat praktikal sekiranya ingin membuat simpanan. Bill air dan elektrik juga mungkin menjadi isu dimana aku mungkin gunakan sedikit kerna banyak habiskan masa di pejabat, tetapi ada ke mesin kira percentage penggunaan tenaga elektrik? Walau bagaimanapun, aku ada kelebihan masa jika sewa bilik, kerna tidak perlu berkejaran mengejar pengangkutan awam dan mempunyai banyak masa rehat. Dan masa itu boleh digunakan sepenuhnya untuk blogging.

Jika aku mengambil langkah untuk ulang alik menaiki train, aku mungkin akan jimat separuh dari jumlah sebenar tambang pergi balik kerna kedengaran dari kawanku yang ktm akan berikan separuh harga kepada pelajar yang berulang-alik. Yang perlu risaukan adalah kadar bayaran menaiki rapid kl.. Apa yang perlu aku risaukan hanyalah makan tengah hari yang mana aku hanya keluarkan sebahagian duit untuk makan tengah hari dan boleh berjimat dengan makan malam di rumah. Kemungkinan besar, begitu banyak wang boleh di simpan jika aku berulang alik dari Solaris Dutamas ke Seremban setiap hari. Masa untuk rehat hanya ada di dalam train, dan berkemungkinan akan kurang blogging pada waktu itu.




Cuma persoalannya adalah, adakah masa akan berpihak kepada aku yang mana aku akan sentiasa dapat datang awal dan menjaga etika kerja. Aku berniat untuk menjaga prestasi dan etika kerja sepanjang praktikal dengan harapan diberi tawaran untuk bekerja di syarikat berkenaan supaya aku tidak menanam anggur di rumah untuk beberapa tempoh masa.

Persoalan seterusnya, apakah aku larat untuk berbuat demikian lima hari sehari setiap minggu selama 14 minggu? Jika tengok pada umur yang masih muda dan kesihatan tubuh badan, inshaAllah tiada masalah untuk berulang. Tapi aku harus ingat yang kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan..

Ada kawan yang menasihati untuk hanya menyewa rumah supaya ada masa berehat dan buat aktiviti lain. Ada pula yang menyarankan menaiki kemudahan awam kerna lebih jimat dan ramai orang Seremban yang berulang-alik ke KL untuk mencari rezeki. Dengan berbekalkan lebih kurang 2 minggu sahaja sebelum praktikal bermula, dan solat istikharah yang aku mula amalkan untuk minta petunjuk daripadaNYA, aku harap keputusan akhir yang aku buat tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diriku sendiri...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: semakin lama, semakin kurang masa hangout dengan kawan-kawan. Nasib baik aku dan homies aku masih ada weekly event kitorang, iaitu futsal, setiap Jumaat malam Sabtu akan diluangkan masa dengan bermain futsal di komplex sukan paroi. Alhamdulillah, aktiviti ini masih kekal sehingga hari ini sejak kitorang tamat form 5, iaitu pada tahun 2005..


click ads to show your support (",)

Friday 15 February 2013

Salam Jumaat - Salam Takziah - Al-Fatihah Kepada Arwah Jejai

Salam Jumaat,

Alhamulillah, masih diberi kesempatan untuk kita merasa nikmat di dunia ini.. Kepada yang sudah meninggalkan kita, jangan kita lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.. Al-fatihah kepada seorang blogger yang disegani, Arwah Azhar Bin Ramli (a.k.a. Bro Jejai) yang telah meninggalkan kita pada 12/2 yang lepas semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (dipetik dari denaihati.com)


Jadikan peringatan kepada kita bahawasanya yang hidup di dunia ini, pasti kana pergi juga.. Dalam hidup ni, kita sering kali didugakan dengan pelbagai dugaan dan cobaan sebelum mencapai gol yang kita ingin kejarkan samaada di dunia ini ataupupn untuk akhirat kelak..  Ketika itu, emosi kita sering kali terganggu. Dan mulalah ada yang meninggalkan kewajipan atas alasan ingin siapkan kerja di dunia.

Alhamdulillah, segala dugaan yang dihadapi di Arau selama 3 tahun menjalani pengajian degree berhasil dengan result yang membanggakan. Alhamdulillah, walaupun tidak expect result sedemikian, tetapi ia berbaloi atas usaha yang dilakukan.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang banyak membantu didalam pengajianku di sana.. So another 3 month untuk tempuh, iaitu dunia intenship.. Sebenarnya familiar dengannya sebab dah praktikal time diploma dulu, the different is different field and different work environment... Wish me luck peeps ;)


Till then, Salam..

-zuan-
p.s: siapa minat memanah? Rasa nak try la sukan memanah.. kawan baik aku ada bawak try memanah haritu di Terminal 2 Seremban.. Harga berpatutan dan sangat enjoyable.. :D 


click ads to show your support (",)

Wednesday 13 February 2013

Mugiwara Invasion - One Piece Paper Craft

HOlla Peeps,

one piece
Straw Hat Pirates


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: siapa belum tengok filem terbaru  Sylvester Stallone berjudul Bullet to the head? Ia sebuah filem aksi based on graphic novel menceritakan bagaimana seorang pembunuh upahan dan seorang polis bekerjasama untuk menewaskan musuh yang sama.. Sebuah filem aksi serius dan berunsur komedi untuk tontonan peminat filem aksi yang inginkan filem yang berplot ringan tetapi penuh dengan aksi.. 


click ads to show your support (",)

Monday 11 February 2013

Tapi Dapat La Gak Main - Futsal Tournament

HOlla Peeps,

Amaran: Sila marah di ruangan komen jika anda tidak memahami loghat nogori sombilan


Jomaat lopeh, ado kawan den ni ha dok ajak den main futsal. Dalam palo den, dia ni tak nampak ke peghot eden dan rupa bini ngandung 3 bulan, dok ajak fusal lagi.. Den tulih jo la namo ni ha, main nye den tau xde deh.. Asal ado namo dah lo~

Pehtu ahad semalam den dok training ngan kawan den.. HUh, den dah tau den tak leh lari.. Bola slow pun den tak dapek nak kojar.. Den dah pikiaq the end la tuk den.. Konpirm diorang dok frust menongeng nengok den bawak bola. Dah rupa orang tempang dah ha~




Then pagi tadi, den main la kan kek Komplex Sukan Paroi. Ramai team, ado la kot 50.. tah den pun lupo.. Tapi den ingat lagi yang sponser tu Universiti Malaysia Kelantan... Polik gak den, napo diorang sponser, mayb nak ajak orang masuk U sano la kot..

Tapi den atas nama main je la. Apo namo team den? Nak den koba ke? Kang ekau semua golak pulak.. Hehe "Team Panjang dan Bosar" hahaha bak kata kawan-kawan den la, kito jadi Peoples Champion sobab dok monang sograk je lobih walaupun main ke laut~

Den dok warmup warmup... Rasonye kawan den nak dapat hidu den tak larat nak main dah.. Den dok kat bangku je.. Happy gak la den nengok team den monang 2 game dan kalah 1 game.. Haa yang kalah tu den tak main pun.. Jangan nak cakap den punco kalah~ Lompang seko seko kang~

Den secagho automatik team den dapek la masok 2nd round.. pueh kek muko masing masing den tengok.. Pueh gak la den walaupun dok kat bangku je hehehe.. Mano tak nye, klu monang dapek rm1k wooo

Then 2nd round, den dapat la kepercayaan tuk jadi starting 5 kan.. Den dah tak rasho apo dah time tu, dok rasho nak tido ado la.. yo la ponat kot.. Dok tunggu dari pagi sampai porang.. Den masuk court pun dah tak semangat.. Orang kata, kaki deh dah lama suam dah.. Main la macam mano pun, totap tak best.. Main punya main, dapat la den assist satu gol. Kitorang pun take the lead.. Then tak lamo peh tu, diorang gol balik..




Limo minit dalam tu den raso macam 60saat je.. Copek bebenor maso tu jalan.. Tau tau je dah abis maso.. Den mintak tuko sobab tak laghat dah.. Kitorang punyo key player pun kona kluar sobab team lawan dok main kaso ngan dia.. Kesian dia..Nasib baik dia budak surau, pandai kawal kemarahan dia..

2nd half tu tak yah cakap la, dalam beberapa minit je dah bolos 2.. Then.. Freeet~ Abis maso.. den kek luar tu dah tak cukup nafas.. Copek bonar pancit. Memang den nak kena joging banyak balik, kena kasi poghiut den 6pax balik..

Pehtu? Balik la..Dah kalah 3-1.. Kitorang dapek survive smpai 2nd round je.. Tapi ok la kan.. Bebudak ni pun mentaliti diorang dah kuek.. Masing-masing dah tak takut nak lawan oghang dah.. Kira baguih dah la.. Hasrat den nak bersara pun dah makin nak tercapai.. Den ingat nak main sukan lain pulak pasni.. Sukan yang sesuai tuk orang gemuk..Hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: PHD sangat lambat..  Berbulu adek den tunggu delivery dia sampai..


click ads to show your support (",)

Friday 8 February 2013

Husin, Mon dan Mamat Khalid - Review Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

HOlla Peeps,

Agak lama aku tak menonton wayang, filem terakhir yang aku berjaya tonton dan review di sini adalah The Hobit arahan Peter Jackson. Semalam diberi kelapangan masa untuk menonton filem yang paling ditunggu ramai peminat filem tanah air, khususnya peminat penduduk kampung pisang, iaitu filem Husin , Mon dan Jin Pakai Toncit. Hati agak curious untuk melihat keadaan Husin (Awie), Kak Limah (Delimawati) dan penduduk kampung pisang yang lain..

Jika di dalam filem Zombie Kampung Pisang, penduduk kampung Pisang terkena serangan penyakit zombie. Kemudian mereka diganggu Hantu Kak Limah di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalini didapati mereka dibelengu masalah lain pula. Bala ni bala~

Masalah bermula apabila beberapa orang teruna di dalam Kampung Pisang termasuk Husin hilang secara mengejut. Apakah kaitannya dengan kehilangan Wahab B (Afdlin Shauki) pada tahun 1967? Siapakah pula Jin Pakai Toncit? Begitu banyak persoalan yang ada di dalam kepala dari sebelum melihat cerita ini, sehinggalah pengakhiran cerita ini.. Begitu banyak yang ingin diceritakan Mamat Khalid.



Seperti yang semua tahu Mamat Khalid adalah seorang director! Ye dia seorang director~ Director ni mengarah filem.. Haaaa begitulah ceritanya~ #LOL


Jika ingin dibandingkan dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan filem box office, filem ini kelihatan kurang seri tanpa Abi (Johan) yang dibawa lari ke Jawa. Kelihatan begitu banyak mesej yang ingin disampaikan tetapi kurang jelas untuk difahami penonton. Filem ini sedikit suram berikutan masalah yang dihadapi Husin. Beberapa babak seram juga dilihat kurang menjadi, mungkin kerna sudah terbiasa dengan Hantu Kak Limah, jadi babak seram kalini dilihat seperti di recycle semula.

Ramai yang tergelak didalam panggung dari awal cerita, mungkin kerna mereka rindukan lawak santai Mamat Khalid dan penduduk kampung pisang.. Tapi lama kelamaan, bunyi riuh rendah didalam panggung semakin kurang volumenya.. Ramai sudah kelihatan mula muak dengan lawak yang dihidangkan. Mungkin Mamat Khalid cuba untuk mengekalkan trademark setiap penduduk kampung dengan lawak mereka tersendiri, tetapi dilihat tidak lagi menjadi impak. Kelihatan di dalam filem kalini, lawak kampung pisang sudah mula mual~

Walaubagaimanapun, kekuatan filem ini adalah pada lakonan Awie, Ezlynn, dan Rashidi Ishak yang kelihatan begitu menjiwai watak mereka. Beberapa babak romantis dan sedih berjaya dijiwai Awie, jiga dibantu dengan pengalamannya berlakon untuk beberapa lama. Kekuatan pada CGI juga tidak kurang hebatnya walaupun ada beberapa scene dan scene climax yang agak tidak masuk akal. Apabila di lihat di credit, nama-nama anak muda melayu di dalam senarai disebalik seni filem ini. Pilihan lagu untuk filem ini juga sangat bagus, tetapi lagu tema Lamunan Terhenti nyanyian Awie dan Ezlynn kedengaran kurang menyegat seperti Cinta Kristal di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Disebabkan ramai terlalu mengharapkan yang terbaik dari Mamat Khalid berikutan kejayaan filem sebelum ini, filem ini di kira early-rated, tetapi gagal menyengat disebabkan expectation yang tinggi dari penonton. Apapun, goodluck kepada Mamat Khalid untuk filem Rock 2: Rimba Bara Kembali.

Rating : 7/10 (Kelihatan filem ini kurang memberi impak seperti yang sebelumnya, tetapi ia adalah sebuah filem yang bagus dengan plot, mesej dan jenaka kampung pisang)



Al-Fatihah kepada Arwah Zami Ismail


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak bosan dengan gaya review yang sama, jadi kalini aku karang lebih sikit atas sebab concern dan sayang dengan industri filem tempatan.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday 6 February 2013

Keyword Melayu - Lucah! Lucah!! dan Lucah!!!

HOlla Peeps,

Need info? Just Google it..

Sekarang ni maklumat di hujug jari asal ada wifi, streamix, unifi dan seangkatan dengannya.. Semalam aku ada Google untuk dapatkan idea untuk design logo team futsal. Aku fikir nak buat tema pahlawan melayu, and ada unsur kemelayuan untuk logo tu, so just keyword-kan 'melayu' untuk dapatkan gambaran secara general what is melayu. But the result was...


melayu?
Beberapa gambar terpaksa di-blur kan sedikit untuk mengelakkan blog ini di cop blog porno

And I was like, WTFish??? Apahal benda macam ni naik pulak? Kot ye nak test SEO pun, jangan la melibatkan gambar sebegini.. Apa yang lebih memalukan bila ada related search yang lagi teruk dan memalukan seperti 'awek melayu', 'melayu 3gp' dan 'melayu terlampau' .. Bayangkan klu omputih nak search pasal Melayu, and end up looking at this? Apa respond diorang?

This is not normal peeps, this is NONSENSE (Bak kata sorang lect kat U aku bila tengok Journal budak tak ikut apa yang dia nak) Takkan sebab nak traffic murahan sanggup letak benda sebegini?

So how do we reduce this? Report to Google? Or banyakkan tulis artikel mengenai melayu yang lebih positive dan baik?

Sepatutnya keyword melayu berkaitan dengan keris, jawi, tanjak, sultan, hang tuah, congkak, gasing, kedaulatan raja, dan banyak lagi yang melambangkan who we actually are not who we try turn into.. Ini semua poyo!!!


Nota Marah: Peeps, PLEASE be more ethical when write something on your site.. I know its your site, but, what you write could affect others as well..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: aku baru merasa burger pizza, thanks to my best buddies sbb sudi bawak n belanja aku mkn aritu..moga dimurahkan rezeki kalian.. 


click ads to show your support (",)

Monday 4 February 2013

Uh-Pin-Yuh N - Tanya Pendapat

HOlla Peeps,


Sang kerdil pulang dari perantauan,
mendapat ilmu dari bertapa jauh di sana,
mengharapkan mulutnya, akalnya diterima semua,
jika dulu dia hanya senyap,
takut ditertawakan katannya, ideanya, mulutnya,

kalini dia sedikit berbeza,
mula yakin dengan apa yang dikeluarkan sendiri,
mula yakin menghadapa mereka,

tapi sang kerdil mula bingung, 
mengapa begitu banyak perkara yang diluahkan boleh diterima pakai
dia pada mula fikir masalah, hanya ada satu pendapat masuk akal,
tapi mula memahami yang satu masalah, ada pelbagai pendapat yang lebih masuk akal,
sang kerdi mula girang, melihat dunia yang begitu besar ilmu perlu diterokai..



Koleksi Lego Shell Ferrari


Some agrees dengan pendapat yang diluahkan kita, but some don't..
Walauapapun, jangan berhenti, atau segan untuk menyatakan pendapat kita..
Apa kata mulakan dengan, "in my humble opinion.."

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: selepas 3 hari tidur di bilik baru, ternyata aku sangat gembira.. hehehe


click ads to show your support (",)

Irs Nin - Akibat Tak Take Note Entry Yang Ingin Ditulis

HOlla Peeps,


Aku dah lupa apa aku nak tulis tadi...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: currently in cuti mood, niat nak rampage tulis entry bila cuti, tapi jadi idea-less untuk tulis something.. like what I've said at my old old vlog, idea tu boleh dapat kat mana-mana kan, so I think its time to do stupid things..lol  


click ads to show your support (",)

Friday 1 February 2013

And I'm Home - Tamat Semester 6 Di UiTM

HOlla Peeps,

Alhamdulillah, berjaya sampai ke rumah setelah mengharungi perjalanan yang agak ridiculus jauh dari segi masa semalam. In short summary, aku gerak naik bus dari Kangar pada pukul 12.30 tengah hari, and end up sampai Pudu pukul 9.30 malam.. Secara normalnya perjalanan Perlis ke KL adalah 6 jam, klu naik GOLF GTI mungkin dalam 5-4 jam je.. Tapi ia bus.. Well rata-rata akan kata, "Ala bus, biasa r lambat", tapi secara hakikat, korang pernah kena potong dengan bas di highway tak? So logik mengatakan bus slow adalah tidak relevant lagi.. And the rest is history..

Pagi ni, menghirup udara segar di bilik baru aku, kerna bilik lama di ambil adik aku. So nak tak nak kena mengalah je la.. Tapi bilik baru ni kecik je, aku dok fikir, klu dah kawin n bawak balik bini nanti, bini nak letak mana? LOL jauh benar aku dok fikir.. Well that is me, always worry and think about future.. I dont wanna slack my future with unneeded things..


Alright, that's it for now, harini aim aku nak siapkan packaging dan send GA aku kepada semua lucky 5..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: maktok aku pun dah perli aku buncit.. time to workout!!! 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...