Friday 29 June 2012

> Jangan Terputus Rezeki Dari-Nya

Salam Jumaat,

apabila hamba itu meniggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah S.W.T daripadanya

(Sumber Rujukkan Riwayat: Tip Supaya Sentiasa Murah Rezeki)


-zuan-
p.s : ramai yang tertanya tanya kad apa yang aku post di entry lepas, well ia hanyalah kad perkenalkan diri aku kepada semua.. hehe 

Wednesday 27 June 2012

> Wordless World: Cards

HOlla Peeps,



-zuan-
p.s : who will be the 1st to throw this card in the garbage? hehe 

Sunday 24 June 2012

> Memutuskan Silaturrahim

HOlla Peeps,

Lama rasanya tak share something menggunakan dialog.. Well, here we goes peeps! Enjoy this little ride~ hehe..


Berlaku suatu situasi..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtkM0oKxEU3XR5-X1fHDGkmCY8kxQ5UX0IX5Jl7sS0TY1Rv6YzRUCIScwtFo-JevLCjyd-WjIEMaRuzt-yzPdlCMRZ2Cp-SKvULn85Gi_f4EaRp1PlLF_cy4L9vXJParDg8USLQ0pq5kIF/s1600/fight.gif

Ali: Ko ni siot la!!! Semua ko cakap nak betul je!!!
Baba: Betul la apa aku cakap tu, aku google dulu kot sebelum cakap..
Ali : Ahh sudah la Babu!!! Eh Baba mulai sekarang, kita bukan lagi kawan!! Nyah kau dari rumah aku.
Baba: Ehh ni rumah aku ke rumah engkau?

Hari ke 2;

Ali keluar dari rumah Baba dan tinggal di rumah Cha.

Hari ke3;

Ali dan Baba berselisih di pasar malam, tapi tidak bertegur siapa dan meninggikan hidung mereka.
Dan pergaduhan mereka berterusan untuk suatu masa yang lama..


Disebabkan suatu perkara kecil, habis rosak suatu persahabatan, putus suatu silaturrahim..


Riwayat al-Bukhari : "tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" (al-Bukhari)
dan "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi" (al-Bukhari)
 (credit sumber sumber Zaharuddin[dot]net: Memutuskan Silaturrahmi)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgok4hxQoVUv-E6EF3NwLlqeoR_CwalSzlv9j50OPC_sSQKdaMLybxbMNcVSFKKNAe-NV2Ux-4wtVoSSP5_xSF_bXtR3rhF4A8xUU_VmsTi3-oyvi-0xfCeZZ4pwRCZwzrJ_YnnVD7a5LI/s1600/silaturrahim.png

Jadi, sambungkan benang yang putus, rapatkan kutub yang jauh.. (",)


-zuan-
p.s : examination weeks bermula :) 

Wednesday 20 June 2012

> UiTM Perlis Promotional Video: AT220 - Bachelor of Plantation Technology and Management

HOlla Peeps,

One of hasil kerja aku yang aku berjaya siapkan minggu lepas.. Video ini dibuat untuk mempromosikan kursus Bachelor of Plantation Technology and Management yang ditawarkan di UiTM Perlis.

Maaf la, kualiti video terpaksa dikurangkan sebab internet terlalu lambat untuk upload video ke youtube.. 

 One done, much more to go~ LOL




-zuan-
p.s : pasni kalau ada sesapa nak buat video koperat leh la contact team aku..hehe 

Friday 15 June 2012

> Panduan Kepada Yang Travel: Solat Qasar dan Jama'

Salam Jumaat,

For travelers, terutamanya aku yang selalu travel baik dari Seremban ke Arau dan Arau ke Seremban untuk study, memang akan ada masalah untuk solat terutamanya Zuhur dan Asar, atau Maghrib dan Isyak. Jadi biasanya akan di Qasar atau Jama' kan solat tersebut.

Di hari jumaat yang mulia ni, let's share something shall we? hehe

Panduan Solat Qasar Dan Jama' http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php
Panduan Solat Qasar Dan Jama' http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php
Panduan Solat Qasar Dan Jama' http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php
Panduan Solat Qasar Dan Jama' http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php
Panduan Solat Qasar Dan Jama' http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

sumber : Panduan Solat Qasar Dan Jama'


-zuan-
p.s : weekend ni ada wedding one of my close friend..hope dapat attend.. :) 

Saturday 9 June 2012

> Short Break

HOlla Peeps,


Semakin kita kurang kelapangan akibat kesuntukkan masa,
semakin kita terpaksa berenggang dengan yang rapat dengan kita,
yang rapat harap tidak di jauhi,
kerna yang rapat masih dikasihi..


-zuan-
p.s : off dari dunia blog untuk beberapa hari kerna perlu fokus dengan beberapa buah projek :) 

Friday 8 June 2012

> Tiga Tahun

HOlla Peeps,

"OMAIII!!! DAH 3 TAHUN aku ada BLOG!!"

Well itu should be 1st shout word yang keluar dari mulut aku! Pejam celik pejam celik, yeahhh dah 3 tahun aku dalam dunia blog ni..

Dengan bilangan follower 1910, total entry yang dipublish 557 dan total komen melebihi 18k! Ia adalah satu pencapaian yang membanggakan pada aku (ditambah lagi dengan achievement lain)!


http://www.onislam.net/english/health-and-science/faith-and-the-sciences/422632-health-benefits-of-saying-qalhamdulillahq.html?the_Sciences=
Alhamdulillah

Alhamdulillah semakin banyak kawan aku dapat dari dunia blog ni..N masih tak ada musuh! Musuh? Err aku tak cari musuh, mungkin musuh carik aku..hehe.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk share something to the world. Masih diberikan idea untuk menyampaikan sesuatu dengan cara aku.

Alhamdulillah walaupun busy dengan Student Life, aku masih diberi peulang untuk update 'regularly'.

Alhamdulillah blog ni dapat 100k hit setelah 3 tahun blogging.

Alhamdulillah walaupun aku jarang blogwalking, masih mendapat hit dan komen dari pembaca setia blog ini.


Terima kasih.. 
Hanya Allah yang mampu membalas budi korang semua :')


Harapan aku untuk tahun ke 4 ni,
"Menjadi blogger yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat, dan mampu memberi impak kepada kehidupan orang lain.. dan harap lebih murah rezeki dalam dunia blogging ni..hehe"


-zuan-
p.s : aku ada terfikir untuk tukar template blog ni, tapi nanti nanti la.. kepala masih fokus kat projek jawi je untuk masa terdekat ini..  

Thursday 7 June 2012

> Selamat Hari Lahir Umi

HOlla Peeps,



-zuan-
p.s : selamat hari lahir Umi, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, sentiasa gembira sepanjang masa tanpa rasa sedih, dan dikurniakan rahmat daripada-NYA.. Amin <3 

Tuesday 5 June 2012

> Tips : Saving Duit

HOlla Peeps,

Pada student yang masih study dan tiada terikat pada loan, selalunya bila tengah bulan atau hujung bulan sementara tunggu mesej "Abah dah masuk duit".

Huhu selalunya akan ikat perut pada hujung bulan sebab awal bulan dah makan mewah-mewah dan berhibur. Yela, duit tu tuk kita makan, bukan tuk 'wife' or 'husband' kita makan sekali kan?

Plus selalunya terpaksa spend duit untuk sewa rumah, bill air, bill elektrik dan bill internet. Memang memeningkan kepala sehingga uban tumbuh dengan pantasnya tanpa mengira usia.

Well, it is a student's life peeps hehe!

http://www.ineedmotivation.com/blog/wp-content/uploads/2008/05/428691roll-of-money-held-together-with-rubber-band-posters.jpg

So lets share something shall we? Share cara nak jimatkn duit or share tips makan murah.

  • Makan roti! Beli roti 'gardinier' yg pack jimat harga RM2.50 tu. Dan salut dengan jem 'ladies choice'. Boleh save 2 hari dengan makan roti. 
  • Time makan kat kedai makan, order sky juice / air suam / air kosong je.. Boleh jimat lebih RM1 dengan meminum skyjuce.
  • Bila keluar makan ngan kawan-kawan tu, buat la cerita sedih macam ko teringin nak makan chicken chop, tapi duit tak cukup sebab duit dah pakai dah bayar bill elektrik.
  • Dinasihatkan jangan makan Maggi kalau tak ada duit sangat. Beli la sosej yang pek jimat. Boleh dapat 10 sosej dalam harga RM2-3. Potong baik punya 5 batang sosej tu, masukkan dalam mikrowave dan makan dengan telur or mayonis or sos. Saving untuk 2 malam insyaAllah.
  • Beli biskut tiger atau biskut kering dan cicah dengan air milo. Layan gak hehe.
  • Makan kurma! Kerna kurma banyak khasiatnya dan menghilangkan rasa lapar. (info kurma

Itu je la yang biasa aku makan untuk save duit aku. Walaupun tak banyak sangat save nye, tapi at least ada gak savings kan..

hehe got something more to share peeps?


add on tips dari kawan blog :


  • Puasa je, memang jimat (oleh Arelan)
  • Sikitkan duit dalam poket atau jangan simpan duit banyak sangat dalam wallet (oleh Boni)


-zuan-
p.s : harap ada masa untuk balik majlis kawin kawan aku minggu depan.. 

Monday 4 June 2012

> Abang Ensem di Mata Aku

HOlla Peeps,

Siapa Abangensem @ AE? Well 1st time aku tengok dia ni, kat blog aku nampak seorang lelaki poyo yang cuba dapatkan market didalam saham hati gadis gadis dengan menggunakan nama ensem seorang bro yang menarik untuk dikenali peribadinya..

Why?

Agak pelik bila tengok nama blog pun Abang Ensem! So aku tertanya tanya kenapa nama perlu begitu? Kenapa dia kena senyum macam tu? Apa yang buatkn dia konfiden tuk letak nama AE instead of nama sebenar? Mesti ada sebab kan? So dah tambah banyak 'like' kenapa aku nak kenali personaliti dia. Plus dia ada knowledge mengenai hartanah dan banyak lagi..
Itu semua 1st view la, harap tiada unsur gay di sini pada pandangan korang.


And then, hari bertemu beliau in personal yang tak berapa 'personal'..


Apa aku nampak AE di mata aku?



> A man who likes to wear jersey and sempoi!


Diambil dari blog beliau tanpa kebenaran! lol
Well untuk seseorang yang bergelar jutawan macam dia, memakai jersi sangat pelik di mata orang kaya kaya! Tapi di mata aku, sangat cool dan teserlah sifat humble dan sempoi AE ni~
Yeahh sebab AE la aku dah mula suka pakai jersi kemana-mana saja aku pergi.. lol


> Seorang yang tak kedekut dan suka berkaraoke!


Pernah sekali, bro ni sponser karok untuk 3 jam di Redbox! Wohooo bila karok je, sapa tak nak kan lebih lebih lagi orang yang bersuara Jon Bon Jovi ni (actually beliau adalah co-sponsor untuk kontest karok yang madam pernah anjurkan dulu).. huhu and seriously suara beliau memang boleh challenge suara aku la (walaupun time tu aku sakit tekak #alasanSuaraTakSedap).. ok la, nice try bro~ 
hehe bila nak payung karok lagi bro?


> Blogger yang suka berkongsi ilmu dan sangat serius dalam blogging!


Well nama pun blogger kan? So kena komen la bab writing.. Tak dinafikan, setiap penulisan beliau ada isi yang ingin dikongsikan kepada pembaca. Jadi tak heran la dia ada 'prosperity' di perutnya (hehe jangan marah ek bro hehe)..
Kenapa aku cakap dia seorang yang serious dalam blogging? Sebab banyak iklan dia dipasang di blog-blog yang aku kunjung sampai nak buatkan aku muntah tengok muka dia yang mana teknik berkesan untuk menyedarkan kewujudan beliau di dalam dunia blog ni kepada pembaca lain.
bila la AE nak pasang iklan kat blog aku ek?


Bro AE pernah bagitau kat aku; 
"Kau belajar IT kan? Why not buat E-Book IT dan jualkan di blog? Boleh buat duit tu" Lebih kurng macam tu la ayat dia.. Well bro, aku belum buat apa-apa lagi. Tapi masih ingat cadangan bro ni dan insyaAllah in future gabungkan Tech Thursday jadi satu buku barangkali? 

Well actually salah satu lagi yang aku suka pada bro AE ni adalah gaya dia cakap. Sempoi tapi konfiden! He speak politely and pandai joke! Kalau korang borak-borak dengan dia, tak rasa sentap la dengan ayat dia..


Well itu je sofar yang aku nampak di mata aku. Yang tak nampak? Mungkin lebih banyak lagi good things about this bro seperti romantik kepada isteri dan bapa yang prihatin kepada anak! (",)


Kenapa aku dok bercerita mengenai AE ni? 
Menjanjikan hadiah yang sangat lumayan! Rugi woo tak join!!!


-zuan-
p.s : aku tak pandai kritik, tapi suka memuji ikut apa yang aku nampak dan jika ada terasa hati, maaf, ia hanya gurauan..hehehe and korang patut sedar yang aku suka join kontest dan ada semangat kental untuk memenanginya tapi ia jadi pudar sebab ada 'like' 'like' pulak:P 

Sunday 3 June 2012

> Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida

HOlla Peeps,

http://duniakushida.blogspot.com/2012/06/awesome-give-away-dunia-sebenar-shida.html
Click sini untuk maklumat lebih lanjut


-zuan-
p.s : Alhamdulillah aku selamat sampai uitm arau petang tadi selepas cuti gawai selama satu minggu.. back to student life.. hehe 

Friday 1 June 2012

> Movie Review : Snow White and the Huntsman

HOlla Peeps,

Rasanya dah dekat sebulan aku tak tulis review mengenai filem kan? Hehe i'm back with a review of a film you peeps should not miss (",)

http://www.snowwhiteandthehuntsman.com/downloads/wallpaper.html?file=desktops/swath12_standard.jpg
Sinopsis : Snow White is the only person in the land fairer than the evil queen. Unable to tolerate the insult to her vanity, the evil queen decides that Snow White must die. The queen sends a huntsman to kill Snow White. However the huntsman finds himself unable to murder the innocent young woman, and instead ends up training her to become a warrior capable of threatening the queen's reign. (imdb)

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Lakonan mantap Kristen Stewart (sebagai Snow White), Chris Hemsworth (sebagai The Huntsman) dan Charlize Theron (sebagai Ravenna).
  • Sebuah filem fairy tail yang bergenre Aksi, Drama, Adventure dan Fantasi yang mana sedikit berlainan cerita dari Snow White and the Seven Dwarf yang biasa kita dengar dan lihat.
  • Plot yang tidak membosankan dibantu perkembangan watak yang menarik untuk diikuti terutama watak Snow White dan Queen Ravenna. Lakonan Kristen mungkin tiada banyak beza dengan twilight, tapi lakonan Chris Hemsworth yang selama ini kita lihat di dalam filem Thor dan Avengers sebagai watak yang angkuh dengan kuasa, tetapi di didalam Snow White dilihat seorang duda yang bermasaalah..
  • Watak 7 dwarf di dalam filem ini sangat menghiburkan hati dan banyak kali membuatkan penonton ketawa.
  • Ever wonder how the fairy Snow White fight in a war? hehe
  • Jika korang rasa Loki (Thor/Avengers) adalah villain yang paling kejam, korang patut konsider untuk letakkan Queen Revenna di atas takhta.
  • Ia sebuah filem fantasi sehebat Narnia dan Alice in Wonderland.
  • Percaya atau tidak, kecantikkan mampu menundukkan lelaki, haiwan dan makhluk ganas? Wanna know how the beauty did it?



Rating : 7.5/10 (penuh dengan adventure, fantasi dan aksi mendebarkan)

http://www.snowwhiteandthehuntsman.com/downloads/wallpaper.html?file=desktops/swath10_standard.jpg
Snow White and the Huntsman


-zuan-
p.s : alhamdulillah sering dapat pujian dari kawan kawan aku mengatakan "aku sangat rajin dan review filem dan banyak membantu diorang untuk tonton filem-filem baru".. menanti free ticket untuk filem-filem akan datang, dan harap free tiket tu untuk mana mana panggung hehe...  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...