Tuesday 31 January 2012

> Movie Review : Sumpahan Kum Kum

HOlla Peeps,



Sinopsis : Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





Sebab apa filem ini perlu ditonton :


  • Story line yang tidak berserabut dan memudahkn penghayatan penonton.
  • Perkembangan watak yang menarik
  • Mengajak penonton berfikir macam mana pergolakkan watak berlaku.
  • Lakonan budak kecik, Echa yang comel dan tidak kaku.
  • Lakonan Fezrul, Shima Anuar dan Wawa Zainal.
  • Mekap Hantu yang menyeramakn! 
  • Penamat cerita tidak tergantung.
  • Sound efek hantu yang mendebarkan dan menyeramkan.
  • Memberi mesej yang penggunaan susuk adalah haram dari segi agama.
  • Banyak babak-babak suspen yang menjadi seramnya.
  • Cerita hantu yang tiada lawak 'hantu kak limah'!
  • Pernah tertanya-tanya tak yang hantu boleh makan orang? Persoalan anda terjawab dalam filem ini
  • Jangan lupa tengok babak terakhir, kerana ada efek 3D pada pengakhirannya!


Rating Seram : 3/5 (cerita tempatan yang sangat berbaloi ditonton)


-zuan-
p.s : sori sebab lambat aku buat review filem ini.. 

Monday 30 January 2012

> Pertama Kali Sampai

HOlla Peeps,

Aku memang tak familiar dengan Kota Damansara dan memang aku akan tertanya-tanya, "Apa ada kat sana? Macam mana nak ke sana menggunakan public transport?"

So ada satu event invitation yang meminta aku ke sana.. Jadi aku selidik la macam mana nak ke sana dengan mudah dari Seremban.. Dan aku dapati ada 2 kaedah untuk ke sana iaitu dengan menaiki bus or KTM ke KL, then berenti di Pasar Seni (kalau menaiki bus) atau berhenti di KL Central (kalau menaiki KTM), then naik la Train Rapid KL (Putra) ke Kelana Jaya (last station) dan naik Cab untuk ke Sunway Giza Mall.

First time nak ke sana memang tak boleh gambarkan macam mana tempat tu. Bila sampai kat Kelana Jaya aku pada mulanya nak naik bus sebab nak save duit sikit, tapi bila tengok je masa, memang saving tu terpaksa tolak tepi dan aku decide untuk naik cab. Tanya uncle cab, mau ke Sunway Giza Mall Kota Damansara, dia dah pening dan ingatkan yang tempat tu dekat Sunway Pyramid. Tapi bila aku sebut Kota Damansara je, dia baru boleh catchup tempat tu. Memang jauh sebenarnya Sunway Giza dan Sunway Lagoon, kedua-dua tempat tu menggunakan nama Sunway, tapi lain lokasi (kalau nak cerita dengan detail memang aku tak ada idea mengenainya, tak pakar beb~)

Misi aku pada ahad (29/1/2012) lepas adalah untuk ke Sunway Giza Mall! Tapi apa kes aku ke sana? Sambungan persoalan ini di entry seterusnya.. Hehe

Bangkok House(Sunway Giza Mall)


-zuan-
p.s : terlepas tengok beberapa persembahan hebat AJL 26.. 

Sunday 29 January 2012

> Aku Hanya HAHAHA

HOlla Peeps,

 "Foot Soul? Styleee~"


Itu dalam hati aku waktu diberitahu nama team futsal aku..

"Hmm jangan nama je power, main hampeh sudah~ #LOL"

First time main tournament dengan diorang, sebelum ni diorang ada join tournament tanpa aku, dan aku ada join gak tournament tanpa diorang.. So ni memang 1st time join up dengan diorng selepas hampir setiap hujung minggu main futsal sama-sama (lebih 5 tahun buat aktiviti macam ni). Harapan aku tak tinggi, cuma nak menang setiap game 3-0 je (bunyi macam senang) tapi hakikatnya bila di dalam court, lain ceritanya..

Aku tak nervous, cuma belum cukup bagus untuk bermain dengan diorang. Banyak silap aku, dan aku terlalu slow membaca perlawanan.. Banyak lagi perlu aku pelajari.. So next time beware of me, because "you have no idea of what i am capable of"..

So, bila aku gelak je, means.... KITORANG kalah la tournament tu... Rasanya team terawal kluar? #LOL

menunggu giliran untuk bermain

Well memang kalah adad perlawanan, aku dah selalu sangat MENANG (nak sedapkan hati) so kali ni bagi orang lain menang la pulak.. #LOL HAPPY WEEKEND PEEPS


-zuan-
p.s : esok (ahad) berjumpa dengan blogger hebat, MADAMMONDOQ, so siapa-siapa ada kat area damansara, roger-roger la aku kalau nak jumpa (",)

Friday 27 January 2012

> Miss Call

HOlla Peeps,


Kemalangan kecil tempoh hari mengingatkan aku yang Malaikat takkan Miss Call kita untuk bagitau,

"dude, your time is up!!!"
 
#justgoogleit

Ia mengingatkan aku dan kita semua yang kita seharusnya sentiasa beringat dan bersedia sepanjang masa dimana sahaja situasi kita berada tak kita di atas motor, sedang menonton wayang, sedang berblog, mahupun sedang beribadah, nyawa kita akan ditarik tanpa kita ketahui bila..

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan." (Al Anbiya` : 35)

Sangat menyeramkan tapi itulah hakikat yang selalu kita lupa dan alpa.. Kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga lupa untuk beribadah yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Kita terlalu sibuk berdendam sehingga lupa yang ia tidak akan menenteramkan jiwa kita. Kita alpa dengan benda yang mengalpakan sehingga ditertawakan oleh seth-tan..

#googleImage

Rasanya tak perlu la aku bercerita panjang mengenai sesuatu hakikat yang kita sering terlupa, semoga entry ni membuka mata dan mengingatkan semua tentang mati, insyaAllah..


-zuan-
p.s : weekend yang busy perlu aku tempuh.. 

Thursday 26 January 2012

> Tech Thursday : Tiada Lagi Sharing Is Caring?

HOlla Peeps,

Dah lama rasnya aku tak update blog secara serius dengan isu yang hangat! OUCH!!! 

Rasanya juga ramai yang dah alert yang topik laman perkongsian file hangat diperbincangakan dan diperkatakan di forum, laman sosial, dan mulut-mulut (dan banyak di ceritakan di Amanz). Pasti ramai yang sedia maklum yang Megaupload telah disita oleh Federal Bureau of Investigation pada January 19, 2012 dan Unavailable bermula January 22, 2012. Satu berita yang menyebabkan para pengguna lama storan online kurang mood untuk online.

#justgoogleit

Dan terbaru Filesonic dan Fileserve mula mematikan fungsi file perkongsian mereka dan hanya menfokus pada personal storage sahaja untuk mengelakkan dari mendapat nasib yang sama yang telah Megaupload alami. Berbeza pula dengan Mediafire yang dilihat akan terus beroperasi seperti biasa dengan perkhidmatan berasaskan cloud seperti Dropbox dan juga Box.net.

So akan tiada lagi aktiviti-aktiviti download filem terbaru dan lagu terbaru di internet secara percuma? Apa pendapat korang?


-zuan-
p.s : lama rasanya aku tak tulis mengenai tech thursday ni.. maaf sebab banyak kesulitan di sepanjang bulan December dan Januari.. 

Monday 23 January 2012

> Headache dan Injured

HOlla Peeps,

Selepas musim hujan dan aktiviti mendapatkan beberapa orang pemain untuk pertandingan futsal pada 28/1 ini, aku demam dan mempunyai cedera ringan pada tangan dan kaki.. So memerlukan beberapa hari untuk memastikan tangan dan kaki aku pulih supaya aku boleh sertai pertandingan pada 28 ini. Dan pada 29 pula pertemuan dengan blogger  madammondoq dan beberapa orang blogger hebat di Kota Damansara.


-zuan-
p.s : baru seminggu cuti dah terpaksa berehat disebabkan injured di tengah tangan dan kaki 

Thursday 19 January 2012

> #MalasNakTulisEntry

HOlla Peeps,



Disebabkan aceee aku masih kat pusat servis dan speed broadband aku dah menjadi slow (disebabkan habis quota) aku #MalasNakTulisEntry!!! Haha mood nak menulis belum sampai lagi selagi aku tak dapat call dari servis centre yang aceee aku dah kembali normal.. So untuk beberapa hari mungkin aku akan menulis entry pendek di Saiazuan Blog Facebook Page sahaja, so no update la kat blog ni untuk beberapa hari #LOL!

Happy Blogging (",)




-zuan-
p.s : dah lama tak uji stamina badan aku, so tadi test joging, dapat 4 round jog 4 round jalan hahaha 

Wednesday 18 January 2012

> The Very First Job

HOlla Peeps,

#akuLupaManaAkuDapatGambarNi

Balik bercuti semester tak semestinya cuti tanpa kerja perlu dilakukan, tak semestinya enjoy je kerja.. 1st tings to do is to fix my lil bro's pc so aku boleh gunakan pc tu selepas aku hantar lappy aku untuk kerja kerja menuntut warranty 3 tahun di mahkamah Seremban 2 (ayat nak gempak je).. Disaat exam week bermula la pulak dia meragam, katanya (refer to lappy aku) dia tak mampu menutup dengan bagus lagi, aku perlu kembalikannya ke kilang jika ingin menggunakannnya semua... 

Hahahaha jika dalam bahasa komputer, hardisk lappy aku ada bad clusters, aku dah check disk lebih 5 kali dan masaalah sama terus berulang iaitu setiap kali aku switch on lappy aku, dia takkan dapat boot! Means ada prob kat booting dia sebab OS gagal save current settings sebelum ditutup.. So ke-kedai la jawabnya kamu ya~
So selama ni macam mana aku online? Ia disebabkan aku tak pernah tutup lappy aku selama lebih 2 minggu, hanya sleep mode je..hahahaha kalau aku tutup lagi sekali, means aku perlu restore untuk kali yang ke berapa puluh entah, sekali restore memakan masa lebih 2 jam (normally kurang sejam, tapi jadi lama sebab hardisk aku ada problem, bad cluster!!!)

Nasib baik warranty ada lagi, klu dah tak ada, kering la poket aku cuti ni..

-zuan-
p.s : niatku untuk kembali aktif blogging pada cuti ni mungkin terbantut disebabkan masaalah lappy.. 

Friday 13 January 2012

> Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina

HOlla Peeps,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

#justgoogleit

Begitu penting ilmu ini dalam islam, tahukah korang yang perkataan 'ilmu' disebut sebanyak 750 kali di dalam al-Quran? Begitu tingginya martabat orang berilmu, dan mereka sangat dipandang mulia dan diberi pujian di sisi islam.


Firman Allah S.W.T maksudnya:
Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:
Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

Jangan hanya menuntut ilmu untuk mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan SPM, ataupun untuk mendapat segulung Diploma dan Ijazah, sebaliknya gunakan ilmu itu untuk kebaikkan dan kepentingan seluruh umat islam, banyak pahalanya jika berkongsi ilmu dengan orang lain dan gunakan ilmu itu di tempat yang betul. 

Juga kena ingat yang ilmu dan ajaran Islam perlulah diutamakan, jangan hanya taksub dengan ilmu di dunia sehingga lupa untuk menuntut ilmu dan bekalan yang akan kita bawa ke akhirat kelak. 

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis) 

dipetik dan diolah dari Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam

-zuan-
p.s : short entry, sebab ada orang tanya bila nak post entry, hehe sorry, ada masa nak tweet n fb je time exam ni, tapi tak ada masa sangat nak blogging! One more paper guys, be back on 17th of january (",)

Sunday 8 January 2012

> Email, dan Pangilan Telefon

HOlla Peeps,


Tangan gua gatal-gatal lepas taip entry ni minggu lepas, biasa la, blogger mana leh dok diam-diam tanpa menaip entry kan? kan? kan? Idea ada untuk menulis, tapi tak boleh nak curahkan dalam bentuk entry sebab exam gua top priority sekarang ni! Tapi apasal aku mengada-ngada tulis entry ni? Haha sebab aku gatal tangan nak menaip la aku taip gak entry ni.. 

Alright, back to main topic, "Email, dan Pangilan Telefon"! Semuanya bermula dengan Bismillah dan komen di bawah ni (di sini (nuffnang)),



Then email sampai,



Yeah, ia adalah invitation dari nuffnang! Bertambah lagi achievement aku dalam dunia blog ni Alhamdulillah.. Tapi malangnya aku tak dapat nak join Nuffnang Premiere Screening, so melepas la nak tengok Contraband.. 


So apa aku buat untuk mengelakkan kerugian 2 pass percuma?
Calling....
Tuut tuuut...
 
Jue : Hello,
Zuan : Hello, adakah anda mengenali hero terkacak di malaysia, Zuan???
Jue : Maaf salah nombor!!!
Zuan : Pergh salah nombor! Sampai hati kau!
Jue : Haha sapa suruh kau main-main! 
bla bla bla.. 
Jue : Sorry aku tak dapat pergi beb, try carik orang lain..
*dialog diubah untuk tujuan bukan personal #LOL

Hmm next,

Calling...
Tuut tuuuuut... 
Zuan  : Hmm tak dapat pulak 
Tuut tuuuut.... 
Finaz : Hello siapa ni?
Zuan  : Hello anda penulis Blog Puteri Beribiru? (berbelit lidah aku cakap)
Finaz : Ya saya,
Zuan  : Hello, i'm Zuan! i'm sure u sure have heard the name (Ayat Shahrukh Khan, dalam Dil To Pagal Hai ketika mengurat gadis)
Finaz  : Err....
Zuan  : Adoi kecewa lagi.. Hahaha aku la, Zuan, penulis Saiazuan Blog, ingat tak?
Finaz : Owhhh yang hencem tahap gaban tu? (dialog ini tak ada sebenarnya) Ingat-ingat, nak apa? 
bla bla bla.. 
Finaz : Hmm nanti aku konfirmkan balik.. Thanks..  

Then aku dapat mesej, Finaz juga tak boleh nak pergi! So sapa lagi? Aku call dan mesej lagi beberapa orang kawan aku, tapi diorang pun tak available at that time..

Dan akhirnya, aku memutuskan untuk memberi free pass tu kepada Hanie_Dew (Let The Blog Do The Talking, Aight!)! Dan beliau pergi invitation tu bagi pihak aku (susah betul nak carik orang nak bagi benda free ni.. huhu)..

So sapa nak free pass untuk next premiere screening (kalau aku ada dapat la), rajin-rajin la komen/tweet ngan aku kat facebook atau twitter ek, #LOL (",)


BTW thanks soooooooooooooo much pada Yui Light,
kerana buatkan aku sketch yang ohsemmmm ni!!! Arigatou!!!! 


-zuan-
p.s : 2 more papers... 

Monday 2 January 2012

> Elak Dari Masaalah?

HOlla Peeps,

Selalu orang akan cakap,

"Don't get into a trouble, don't make a mistake"

Dan ia adalah benar, sangat benar yang kita tak perlu mencari masaalah bukan? Kalau tak ada masaalah, tak perlu pening-pening kepala, tak perlu menyusahkan diri dan boleh relax sahaja, bila relax happy je tak ingat dunia orang kata.

Tapi kalau ada masaalah mula lah mengeluh "adoiiiiii~ leceh betul la..."

Aku selalu 'play safe' dan nak avoid masaalah, tapi fikiran aku berubah selepas aku tengok salah satu movie awesome tahun ini The Three Musketeers! Apa yang mengubah fikiran aku? Ia adalah satu pesanan terakhir bapa D'Artagnan sebelum dia berangkat ke kota untuk menjadi Musketeers,

"Get into a trouble and learn from mistake!"   


Cari dan masaalah dan belajar darinya.. Dalam hidup kita ni, perlulah ada masaalah, jangan bagi akal kita terlalu lama berehat tanpa masaalah. Dan jika ada masaalah, ada la benda baru yang kita akan belajar, ia samalah konsep dengan PENINGkatan

"tiada pening, tiadalah peningkatan"

Alhamdulillah, PENINGkatan adalah entry aku yang paling banyak komen aku dapat, lebih 170 komen aku dapat untuk entry tu (PENINGkatan) apa kekuatannya? Aku pun tak tau tapi ia membuktikan yang aku tak bertepuk sebelah tangan! Thanks for the support, setiap komen memberi inspirasi dan semangat untuk aku terus menaip (",) 

Selamat menghadapi masaalah pembaca semua.. 


-zuan-
p.s : entry pendek tak semestinya kosong, entry panjang tak semestinya penuh.. ini entry terakhir aku sebelum aku berehat dari dunia blog kerna perlu fokus dengan final exam, sayonara untuk sementara waktu.. 

Sunday 1 January 2012

> Arigatou, Sayonara Two Thousand Eleven

HOlla Peeps,

Tahun 2011,
ia hanyalah tahun di kalendar Georgian,
salah satu daripada berpuluh kalendar yang ada di dunia ini,
dan kalendar yang paling tepat adalah kalendar Hijrah, kalendar Islam.. 

2011 Penuh dengan suka duka,
tanpa suka, tiada duka,
tanpa duka, tiada suka..

Penuh dengan drama,
bukan drama babak pertama, 
ia adalah drama yang sudah tidak terkira babaknya..

blogging bukan hanya untuk suka-suka,
sebaliknya aku menjadikan blog,
asetku dunia ini..

pelbagai perubahan,
pelbagai percaturan dan pergolakkan,
aku cuba hadapi dengan senyuman kerana ia satu ujian,

Mengingatkan kepada aku yang,
jika tiada pening di kepala,
tiadalah PENINGkatan...

ia seperti sebuah lagu,
lagu yang lain rentak dan lirik,
tetapi penyanyinya adalah aku sendiri,
yang membawa vocalku dan kata-kataku ke seluruh dunia..


Arigatou, sayonara 2011...



Bila blogging, 
ada yang fikir pasal income,
"berapa banyak dapat? Mesti banyak kan?"
well income aku biasa-biasa je, cukup la sekadar mendapat pahala berkongsi ilmu..






dan banyak-banyak terima kasih kepada 
pembaca setia blog ini,
pengomen setia blog ini,
pengkritik setia blog ini,
pemberi inspirasi blog ini,
pemuji setia blog ini,

Siapakah mereka? Tak lain tak bukan, pengomen paling setia di #saiazuanblog, Hanie_Dewrozeeta rashidctkIdzanfashilaDhiya FarizaAdylia QarissaRtp Farra ArishaAmirFXYui Lightcik Kartun.diannorhayati.Ezad SkytechEera SheraNamee Roslan, dan ShahzCudin.. 

Terima kasih daun keladi, 
banyak-banyak komen lagi hehe


Itu sebahagian kisah aku di tahun 2011, apa menanti di 2012? Siapa tahu, hadapi dengan senyuman (",)


-zuan-
p.s : harapkan lebih cabaran didalam kehidupan di tahun 2012 nanti!!! ops ada yang confuse dan kata susah nak bukak blog aku dari profile g+, betul ke? rasa lebih senang gunakan account g+, try explore lebih lagi (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...