Friday 30 September 2011

> Entry Aku Semakin Bosan?

HOlla Peeps,


Aku ditegur oleh salah seorang silent readers ku mengatakan yang entry blog aku semakin bosan.. 

Yeke? 




Hmm lepas ni nak kena duduk depan lappy berjam-jam perah idea yang tak bosan... 


Boss : Tangan kanan dan tangan kiri, bersedia untuk bekerja!!!
Kanan dan Kiri : BAIK BOSS!!!


Thanks For Your Time..

-zuan-
p.s : how's ur friday? Enjoy ur holiday.. Ops pukul 12 nanti special entry for October.. 

Tangan Kanan dan Kiri

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Tangan Kanan : Oi aku berpeluh ni..
Tangan Kiri : Kau ingat kau sorang je ke? Aku dari tadi dok menaip je..
Tangan Kanan : Kau ingat kau sorang je ke? Aku dari tadi tolong boss garu kepala..
Tangan Kiri : Kau ingat kau sorang je ke? Kita kan tangan, so work together, we become more useful..

Boss : Woi buat keje! Jap gi suap aku makan pulak..

Kiri dan Kanan : Baik boss..


-zuan-
p.s : malam ni aku kering idea, so nak bw sat..mayb sebab kelas full sangat kot.. 

Thursday 29 September 2011

> Tech Thursday : Google 13


HOlla Peeps,


#justgoogleit

27 September yang lepas, iaitu hari selasa, Google telah menyambut hari lahirnya yang ke 13, congratulations Google. Tapi 27 September bukahlah tarih google di founded kan oleh Sergey Brin dan Larry Page kerana tarikh sebenar Google founded adalah 4 September 1998. 

Hari ini google adalah ejen carian #1 dunia, yang invest di dalam Internet Search, Cloud Computing dan Advertising Technologies. Google mempunyai produk seperti AdSence, Blogger, FeedBurner, Youtube, Picasa Web Albums, Sketch Ups, GMails, Google Earth, Chrome, Google TV,  OS Android dan banyak lagi yang biasa diguna didalam kehidupan seharian.


  • Tahukah anda yang bilangan pekerja Google adalah 28,768 orang (30-06-2011)!!!
  • Total Aset google sehingga 2010 adalah sebanyak $57.851 billion!!!


-zuan-
p.s : kejap je rasanya dah hari khamis huhu.. kalau korang ada request untuk Tech Thursday sila informkan 

Tuesday 27 September 2011

> Fakta Menguap

HOlla Peeps,

Thanks atas respon brilliant dari korang pada entry lepas, maaf tak sempat balas komen korang kerana jadual kelas sangat pack.. Alright, entry lepas pasal fakta auta menguap, entry kalini aku nak share mengenai menguap.. 

#justgoogleit

"Jang~ Tutup mulut kalau menguap tu~ 
ish, nanti Seth Tan masuk~"


Apa itu menguap?

Dari segi bahasa, menguap ini adalah refleks penyedutan udara secara serentak, diikuti oleh pengeluaran nafas. Ia bisanya dikaitkan dengan kepenatan, stress, overwork, kurang ransangan dan kebosanan.

Dikatakan juga yang kita menguap disebabkan tak cukup oxygen dalam badan, tapi sejauh mana kata-kata ini? Wallahualam..


Mengikut apa yang aku jumpa pula di blog Zwan Sabri, satu statement menaik : 


“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan 
benci terhadap menguap"


Kenapa dia cakap macam tu? Apabila kita bersin kita akan ucapkan Alhamdulillah tanda syukur pada Allah S.W.T. kerana bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi daripada hidung..

Tapi apabila menguap? Korang tutup mulut? Apa kita ucap? Dan apa hasil selepas kita menguap? Tidakkah kita rasa semakin malas, mengantuk dan akan menjadi malas untuk solat?


Menurut komen-komen yang aku dapat, rata-rata berpendapat yang adalah tidak sopan menguap dengan tidak menutup mulut, jadi jika menguap, sebaiknnya tutuplah mulut anda kerana ia adalah adat melayu. Ada yang stuju setan akan masuk kedalam mulut, tapi ada yang tidak dan mengatakan setan masuk kedalam badan kita melalui saluran darah. 
Ada satu penapat menarik dari seorang pembaca mengatakan kita menguap sebab tak cukup oxigen dalam otak, menarik sebab mengaitkan dengan sains! Dan ada yang mengatakan yang menguap itu menunjukkan sifat malas.
hehe ada sesetengah pendapat mengatakan jika setan tak masuk, mugkin lalat yang akan masuk kedalam mulut..  


JOm try relatekan dengan adab menguap yang telah di riwayatkan : 


Adab menguap

  • Menutup Mulut :
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
*Jadi riwayat ni membuktikan yang syaitan memang akan masuk kalau kita tak menutup mulut kita ketika menguap. 
  • Jangan mengeluarkan suara ketika menguap 
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(sumber panduan adab menguap)


Boleh terima kan riwayat di atas? Seeloknya menutup mulut ketika menguap, kerana Allah benci orang yang menguap.. Jadi selamat menguap, hehe..


-zuan-
p.s : ada beberapa entry lagi nak kena tulis,kalau tak tulis awal-awal nak blogwalking pun susah sebab jadual kelas yang agak padat.. adoi~ 

> Fakta Auta : "Jangan Menguap! Nanti Seth Tan Masuk Mulut"

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Biasanya kalau kita menguap, kita akan dapat teguran : 

"Jang, jangan menguap, nanti setan masuk"

Apa pendapat anda?


rujuk entry Fakta Menguap untuk jawapan kepada persoalan ini


-zuan-
p.s : aku akan share apa aku jumpa tentang 'menguap' pada entry akan datang, sementara itu, jangan lupa tinggalkan pendapat bernas korang (",)
Kena buat entry untuk seminggu supaya blog aku tak berhabuk, GO ZUAN GO!!! 

Monday 26 September 2011

> Mana Disiplin Budak Sekarang?

HOlla Peeps,


Pada cuti semester yang lepas, setiap hari aku diarah oleh big boss untu menghantar adik aku ke sekolah dengan menunggang skuter hitam aku, dalam perjalanan aku, aku perhatikan sikap murid-murid sekolah sekarng..

Di kanan aku, baju tak tight in.. Di belah kanan, "eh apa yang berasap kat tangan diorang tu?" Di depan pulak ada budak yang tak pandang kiri kanan ketika melintas jalan raya..


Bekas murid-murid aku di SK Sikamat

Geleng kepala aku tengok budak-budak ni.. Terus aku cakap dengan adik lelaki aku yang berada di tingkatan 1 sekarang, "Abang nampak Pan macam tu, siap!!" garang gak aku dengan adik aku ni...

Terus aku teringat dengan waktu aku mengajar di SK SIKAMAT dulu..


Eh!!! Zuan seorang cikgu??? 

*pada yang belum familiar dengan blog aku, mungkin tak tau yang aku sebelum ni pernah bekerja sebagai seorang cikgu ganti di sebuah sekolah di seremban, SK Sikamat.. And currently study degree at UiTM Arau Perlis in Computer Science.

korang boleh rujuk beberapa entry lepas mengenai pengalaman aku sebagai seorang cikgu :

gmbar waktu aku muda-muda (kanan hujung).. lol

Tapi aku berkhidmat selama 2 bulan je (still can be call a teacher harini?).. Mengajar subjek science dan kemahiran hidup di sekolah rendah.. Even cuma dua bulan, but penuh dengan pengalaman baru setiap hari.. Malangnya time aku jadi cikgu dulu, aku tak berapa aktif blogging, kalau aku aktif blog mungkin saiazuan blog menjadi diari seorang cikgu ganti???

Apa yang aku nampak pada murid-murid yang aku ajar dulu (2 tahun dulu), tahap disiplin diorang, tak la teruk pun.. Dan kalau aku denda pun, sekadar suruh diorng duduk bersila di lantai sebab bising dalam kelas.. Dan kalau lepas abis waktu sekolah pun, aku tengok murid-murid di luar sekolah, masih berperangai baik.. Mungkin sebab diorang masih murid sekolah rendah?


-zuan-
p.s : kena banyak taip schedule entry untuk elakkan blog aku berhabuk 

Sunday 25 September 2011

> Bersyukur : Permintaan Si Kaya dan Si Miskin

HOlla Peeps,


Thanks sebab doakan aku cepat sembuh pada entry yang lepas, Alhamdulillah, I'm gettin better now, thanks everyone! Aku akan balas kunjungan kalian ASAP!!! (",)

Aku teringat satu kisah menarik yang aku baca dari blog sahabatku, syacha0113mengenai permintaan si kaya dan si miskin, mai aku share ceritanya di sini :


Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin.  
Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya."
Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.  
Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."
Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".
"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. 
Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.


Jadi bersyukurlah walaupun rezeki kita sikit, sekurang-kurangnya we got something untuk makan dan untuk membeli pakaian baru untuk hari raya sebagai contoh. Ada orang yang hidup lagi susah dari kita dan sebagai contoh, orang yang tinggal kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, diornag nak beli baju baru pun susah, apatah lagi makan makanan yang sedap-sedap..


-zuan-
p.s : walaupun tak dapat BE dari nuffnang, bersyukurlah ada visitor dan komentator di blog anda (",) 

Saturday 24 September 2011

> I'm Back!!!

HOlla Peeps,

Sorry, semalam aku tak sehat, suhu badan agak panas.. Seriusly, aku ada gak online semalam, tapi nak type keyboard pun tak larat.. Then aku pekena  air 100+ dengan panadol Soliber, tidur sepanjang hari, kasi peluh keluar... Alhamdulillah, suhu badan aku dah menurun dan aku larat la nak type entry ni.. 




Meh aku kongsi beberapa info pasal demam (demam pun sempat nak share info ~_~)

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.  


Penyebab Demam :
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV. 
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis) 
  • Demam malaria 
  • Penyakit sendi 
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya 
  • Barah


Rawatan
  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan  
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.  
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup  
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.  
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.  
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
sumber info sehat


Fuhhh~ Aku tak suka betul demam!!! 


-zuan-
p.s : harini aku cuba blogwalking ke blog semua blogger yang ada tinggalkn komen kat blog aku walaupun masih ada sakit-sakit kepala ni.. (",)  

Friday 23 September 2011

> Penghulu Segala Hari

HOlla Peeps,


"Bangun Adam, dah pukul berapa ni! Nanti terlepas Jumaat ko! Sapa nak jawab bila ko kena soal dalam kubur nanti?"


Setiap hari jumaat , lelaki wajib melakukan solat Jumaat (solat fardu yang dilakukan 2 rakaat setiap hari Jumaat bagi menggantikan Zohor) secara berjemaah selepas mendengar kutbah jumaat di masjid. Hukum melakukan Solat Jumaat adalah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid Negeri Arau.. Kalau aku tak ke masjid dekat matrix, aku ke sini la..


Dalil Al-Quran tentang solat Jumaat :

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Hadis tentang solat Jumaat : 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)



Nak pahala lebih? Jom lakukan perkara yang sunat dilakukan pada hari jumaat :

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu (ketiak, hidung, misai).
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Perbanyakkan zikir, membaca Al Quran dan selawat ke atas Nabi.

Korang biasa buat tak? Mesti buatkan? Bagus (",) dan kalau ada perkara sunat yang lain yang ingin ditambahkan, sila tinggalkan di ruangan komen.. ARIGATOU~



Laman rujukkan : wiki Solat_Jumaat




-zuan-
p.s : hanya entry copy and paste dari satu sumber untuk ingatkan mereka yang lupa akan solat jumaat, hmm apa kutbah minggu ni? 

Thursday 22 September 2011

> Tech Thursday : Uji Kekuatan Password Anda

HOlla Peeps,


Ini kali ke #2 aku post entry mengenai Password, sebelum ini mengenai Password Popular, kalini aku nak share pula dengan korang application yang disediakan microsoft untuk test kekuatan password korang.. Kekuatan password amat penting untuk memastikan account anda selamat dari di pecah masuk individu yang tidak bertanggungjawab.

Klik sini untuk menguji kekuatan password anda.. Jangan risau kerana ia tidak akan menyimpan atau mendedahkan password anda kepada orang lain.


antaramuka laman web berkenaan


hanya masukkan password anda di kotak yang di sediakan,
dan ia akan auto detect kekuatan password anda.. 


Jika password anda dalam golongan weak, rujuk entry ni untuk bagaimana mencipta password yang kuat..


layari microsoft untuk uji kekuatan password anda.. https://www.microsoft.com/en-gb/security/pc-security/password-checker.aspx 


-zuan-
p.s : disebabkan jadual kelas yang agak pack pada semester ini, aku hanya mampu terbitkan 1 entry untuk satu hari, harini aku dpatkan 2 entry untuk Tech Thursday..tapi jangan risau sebab aku masih akan spend time untuk blogwalking dan buat draft untuk entry blog aku..  

> Tech Thursday : Kalendar Islam

HOlla Peeps,

Terlupa atau tak tahu tarikh lahir anda dalam kalendar Islam? Ada boleh menggunakan satu converter kalendar untuk tarikh dari georgian (kalendar yang kita pakai sekarang) ke hijri (kalendar islam). Apa yang cool pasal kalendar ni, dia leh convert/ubah tarikh ke kalendar hijri dengan tepat, siap ada hari lagi!



So pada yang nak tau lahir tahun bila beserta tarih dan hari lahir, boleh ke Hijri Date Converter tak perlu download dan install kerana ia hanya satu applikasi di internet..



-zuan-
p.s : nuff, leh kasi BE baru tak? duit poket aku dah nak kering ni, hehe (",) 

Wednesday 21 September 2011

> WW : Bila Cikgu Merindui Anak Muridnya..

HOlla Peeps,






-zuan-
p.s : dah 2 tahun aku tinggalkan sekolah tu.. memori bersama diorang masih segar dalam ingatan, denda murid sebab kurang berdisiplin dan tak siap kerja rumah, jaga ujian pertengahan tahun, tanda kertas jawapan ujian, hari sukan sekolah, hari sekolah, dan banyak lagi pengalaman aku dapat dalam masa 2 bulan.. thanks for the memories and awesome experience..... (",)

Tuesday 20 September 2011

PENINGkatan - Kalau Tak PENING tak ada la PENINGkatan

HOlla Peeps,


"kalau kita tak pening, tak ada la PENINGkatan!"

satu ayat yang aku ingat sampai bila-bila.. eh mana aku dapat ayat ni? Raya lepas (raya ke3), gua (eh aku sudah) ada berjumpa dengan seorang BRO ni, pakar psychology.. Eh aku tak ada prob apa-apa sampai nak kena jumpa pakar psyco, TERjumpa dia time raya je, kebetulan dia datang raya rumah kawan aku time aku.. Alright, aku cerita time 1st time aku jmpa dia apa dalam kepala aku pada awalnya pasal BRO ni, 


look how PO find his inner peace..

"kecoh giler brader ni"

Ye la kan, kitorang tak kenal dia, tapi dia dengan slumber duduk lepak semeja dengan kitorang padahal banyak lagi tempat dia boleh duduk, then start topik dengan bahan-bahan kawan-kawan gua, dah la suara dia tak perlu menggunakan mike~ Gua tak de la marah sangat, tapi pada mulanya agak sedikit menyampah sebab dia bising sangat la time tu.. Alright, apa yang kurang sedap hati sebab member-member aku kena bahan dengan dia! Ouch, panas hati kena bahan??? Hehe lepas korang faham PENINGkatan ni, korang takkan panas dah kalau kena bahan!

BRO : Ko buat apa sekarang?
FIQ : Saya tengah belajar kat maktab sekarang bang..
BRO : La aku tanya ko tengah buat apa, bukan tanya ko belajar ke tak kan? Cakap la kau tengah makan kuih raya! lol~

Actually, gurauan biasa je, but a bit annoying right? Tapi selepas beberapa round kena bahan macam ni kan? Korang akan ada self counter, yang mana korang boleh balas balik apa yang ditanyakan bro ni..

First aku counter brader ni punya bahan :

BRO : Apa nama adik?
AKU : Nama adik saya kat rumah, Fatin!
BRO : Eh, aku bukan tanya nama adik kau kat rumah, aku tanya nama kau~ hehe

Alright aku gagal nak counter balik time ni, ye la, lepas tengok member kena bahan dari mainan perkataan, aku mesti dah tangkap yang dia akan trap aku dengan trick macam tu jugak, tapi dia pandai counter balik apa dia buat, A DUDE WHO WONT GIVE UP EASILY..

So in other case next time kalau kena bahan or kena kritik dengan Anon, be cool~


He's there to motivate us!

Alrite, aku mula respect ngan bro ni bila dia cakap, "Wa rock, jugak, tapi 5 ni gua tak tinggal, RUKUN ISLAM! Solat gua tak tinggal, gua tak layan air kencing syaitan ni (arak), bila kita tak tinggal 5 (solat fardu) ni, kita akan dapat 5 ni (rukun Islam), insyaAllah boleh berjaya dalam hidup, dan kawan-kawan pun akan respect kita"

pergh, start tu aku mula respect bro ni sebab dari mimik muka dia pun i can say he say no bluffing la.. (time ni kitorang tak tau lagi dia ni pakar psycologi pun)




Apa yang dimaksudkan dengan PENINGkatan?

Alrite, bila kita ada masaalah kan? Kita pening?? Betul???
Kita pening sebab kena fikir solution kepada masaalaha kita kan????
So bila dah ada solution pada masaalah tu, berlaku lah PENINGkatan!!!!!
So up one level.. experience dalam masaalah itu, mematangkan kita, menjadikan kita dewasa, and next time kalau ada problem macam ni lagi, fast and greater solution kita boleh produce..


Fail untuk dapat solution dan terus pening?

hehe ada key kepada probs ni, macam bro ni cakap sebelum tu, pegang 5 perkara, rukun Islam tu, solat jangan tinggal.. Dan "find the inner peace" insyaAllah, korang akan tenang je hadapi problem tu.. Sebab tenang kan, inner peace, dalam diri kita! Find it!!! (rujuk wiki untuk penerangan inner peace ni)

Dia banyak sebut Kungfu Panda, bila cerita pasal Inner Peace ni, sebab tu aku letak gambar PO kat atas tu, so bila korang tengok Kungfu Panda, korang teringat kat entry aku.. HEHE



"KORANG NI MEMANG BRO LA"

aku respect cara dia hargai kawan dia.. Dari segi apa? Alright, dia ada cakap, "kawan 10 tahun pun, kalau kita ada masaalah dan need kawan kita, tapi time tu dia tak ada, ada je alasan dia untuk avoid tolong kita, but true kawan pada aku, walaupun kita kenal dia kejap, tapi dia mampu tolong kita, cakap je ada probs sikit, dia akan datang tolong kita ASAP!"


From moody situation,
become MAHARAJA LAWAK situation..

He change mood of the day.. kan mulanya aku macam anti sikit dengan bro ni kan? Then lama-lama aku mula suka dengan rentak dia, cara dia cakap, cara dia motivate, cara dia sampaikan ilmu dia, cara dia develop, he's bro! 
Bayangkan, sampai tuan rumah cakap "boleh masuk maharaja lawak lepas ni
sebab bro ni memang lawak gila punya.. Aku berkali-kali tersedak sebab gelak!!!, 
tapi respon dia, "Tak boleh kak, saya dengan Johan, Zizan, Nabil semua kawan-kawan je, tak nak la.."


At the end of the day...

"ROCK, BRO, PEACE!!!"

Korang rock juga, tapi jangan lupa kawan korang (bro), dan jangan hilang peace dalam diri tu, simpan..


Siapa bro ni?

Yang aku tau dia pakar psoycologi sebab dia ada bagi name card dia time dia nak blah (dia pakai Brabus bai), tak tau banyak sangat pasal dia ni, dan dia ni memang seorang bro yang akan aku ingat pertemuan aku dengan dia sampai bila-bila.. 



*banyak dialog aku ubah sikit sebab tak berapa ingat apa dia cakap aritu, tapi mostly macam ni la.. and entry ni bukanlah copy paste dari mana-mana entry, just a pengalaman n knowledge yang aku nak share ngan semua orang (",)



Jangan tinggal 5!!
Find the Inner Peace!!

"ROCK! BRO! PEACE~"


-zuan-
p.s : sebenarnya aku dapat cabaran dari sorang blogger, "i wanna read the greatest zuan's entries!! ;)" who's that blogger? It's Arisha! So this is another entry yang i make sure i'm satisfy to finish it sebab aku huraikan balik apa yang aku paham dari apa yang bro ni cerita kat aku, and i want everyone satisfy with my huraian dari satu idea..alrite kalau korang rasa entry ni dah cukup power untuk zuan greatest entry, share la dengan kawan-kawan lain lol (",)


  

Monday 19 September 2011

> Manoharan Nak Tukar Jalur Gemilang?

HOlla Peeps,



P.S :
Entry ni tidak berbentuk politik, cuma perkongsian informasi dengan semua pembaca..
sila nyatakan pendapat anda atau informasi yang anda tahu..





Sebenarnya aku ada schedule satu entry untuk malam ni, tapi terpaksa di postpone kan schedule ni sebab terbaca something interesting dari blog broframestone mengenai manoharan misi pertama jika berjaya memerintah bila menang pilihan raya akan datang!! Ouch~ tajuk broframestone pun dah terangkan isi entry dia, sila rujuk blog beliau..



So cepat-cepat aku google pasal ni.. Apa aku jumpa is :

gambar ini disedut dari 1peluru.blogspot.com

Antara petikkan dari blog berkenaan adalah :

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. (sumber)

Who is Manoharan?

Manoharan s/o Malayalam more commonly known as M. Manoharan is a prominent Malaysian lawyer and currently the State Assemblyman for Kota Alam Shah in the Selangor State Assembly. He is a member of the Democratic Action Party.
Manoharan is more famous for his involvement in the HINDRAF movement. He was the lawyer that represented M. Moorthy's widow, Kaliammal Sinnasamy in a legal tussle over the late Everest conqueror's body. Manoharan. (wiki

Apa kata korang tanya Manoharan Malayalam sendiri di laman twitternya untuk maklumat lanjut..



Alright takan nak berhenti kat situ je kan? Selongkar pulak pandangan Anwar Ibrahim, berikut adalah petikkan dari twitter Anwar Ibrahim
"Tidak pernah dikemuka kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, itu pandangan peribadi"

Berikut pula adalah kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man :
Tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara. Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan,” (sumber The Malaysian Insider)

Berikut pula adalah statement Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM)
"To deny itu cara mereka nak ubah segalanya, sedangkan kita tahu kerajaan dah cipta banyak kemajuan, sudah maju, rakyat dapat manfaat. Kalau niat mereka nak ubah ia akan beri kesan struktur negara, sosio ekonomi, implikasinya besar." (sumber TPM Bidas Pihak Yang Mahu Tukar Jalur Gemilang)


sila rujuk laman-laman yang aku backlink untuk maklumat lanjut.. Apa pendapat korang?


-zuan-
p.s : kebelakangan ni aku banyak buat entry simple yang aku berikan backlink untuk korang rujuk balik sumber dari mana aku dapat info yang aku share.. Entry kali ni, aku google dengan keyword "tukar jalur gemilang" 

Sunday 18 September 2011

> Nyamuk dan Darah Manusia

HOlla Peeps,

#justgoogleit


Totally auta la yang nyamuk suka hisap darah manusia berpenyakit sebab nyamuk bukan doctor, macam mana dia nak tau orang tu ada penyakit atau tak kan? Hehe thanks untuk respon korang pada entry ni, banyak jawapan bernas yang aku dapat dari korang! Actually banyak fakta mengatakan yang nyamuk suka menghisap darah orang yang suka makan pisang! Eh betul ke? Adakah sebab pisang banyak khasiat? Ni masih dalam keraguan aku, ada jawapan?

Ada juga fakta mengatakan nyamuk lebih cenderung untuk menghisap darah orang yang memakai baju hitam! Menurut Jonathan Day, profesor bidang medical entomology dari University of Florida "Nyamuk adalah binatang yang sangat visual, terutama begitu menjelang malam. Mereka biasanya akan mencari orang-orang yang berpakaian warna gelap, seperti hitam, biru tua, dan merah, biasanya akan jadi target utama" (sumber)

Selain itu, nyamuk juga suka darah dari manusia yang memiliki suhu tubuh lebih hangat, seperti orang berbadan gemuk atau wanita hamil!

Satu lagi fakta menarik mengapa nyamuk suka darah manusia adalah Zat Nonanal : "Nonanal merupakan zat yang diproduksi tubuh manusia dan burung yang mengeluarkan aroma cukup kuat untuk menarik perhatian nyamuk" (sumber)


Apa penyakit yang dibawa nyamuk ni?
(sumber)


Kenapa rasa gatal selepas digigit nyamuk? 

Alright, ia disebabkan semasa nyamuk mengigit manusia sebelum menghisap darah kita, ia mengeluarkan air liurnya (yang bertindak sebagai anti-coagulant) terlebih dahulu untuk mengelakkan darah yang hendak dihisap itu menjadi beku! Lalu air liur nyamuk ini menyebabkan alergi pada tubuh lalu menghasilkan histamin, sebab tu la kita rasa gatal selepas kena gigit. (sumber)


Batal tak wuduk kalau terkena darah nyamuk?

"Jika Anda terkena darah nyamuk setelah anda berwudhu, anda tidak perlu mengulangi wudhu anda lagi karena wudhu anda tidak batal. Para ulama berpendapat bahwa darah nyamuk, darah lalat ataupun darah kutu tidak membatalkan wudhu, karena bangkainya suci dan termasuk najis yang dimaafkan." (sumber)




boleh rujuk di sini untuk beberapa informasi mengenai cara nyamuk memilih darah manusia



-zuan-
p.s : banyak sangat sumber yang aku dapat, so kalau kurang faham boleh rujuk pada sumber-sumber yang aku sertakan (",) 

> Movie Review : Johnny English Reborn

HOlla Peeps,

Sinopsis : Johnny English  kembali sebagai agent rahsia yang tak gentar akan segala bentuk misi, kalini berdepan dengan pembunuh upahan antarabangsa yang ingin membunuh PM China

Pelakon : Rowan Atkinson, Rosamund Pike dan Dominic West
Pengarah : Oliver Parker
Genre : Humor
Durasi : 101 Minit
Tagline : One man. One mission. No chance.


Kenapa movie ni mesti ditonton?

  • Rindu lawak Mr.Bean? He's back, but in a greater level of humor!
  • Inginkan lawak tahap maksima? Ini la yang anda inginkan!
  • Nak tengok agent paling cool? Johnny English is the Man!
  • Gadget cool banyak dalam filem ni.
  • Pernah tengok Mr. Bean pandu helicopter? Haha korang mesti impressed dengan gaya dia.
  • Kalau korang kena kejar, mesti cuak kan? Tengok macam mana Johnny English atasi masaalah ni.
  • This one is better than the 1st one!


RATING : 8/10 (An awesome humor movie to watch)



-zuan-
p.s : semalam aku ke Jitra, Kedah tengok JE ni.. Weekend yang bosan bertukar best lepas tengok movie ni (",)  

Saturday 17 September 2011

> Fakta Auta : Nyamuk Dan Darah Manusia!

HOlla Peeps,


Ada sorang pakcik ni bagitau aku :

"Nyamuk suka menghisap darah orang yang berpenyakit,
sebab tu nyamuk pembawa penyakit"

Apa pendapat anda?


rujuk entry Nyamuk dan Darah Manusia untuk jawapan persoalan ini


-zuan-
p.s : aku cuba tambahkan some flavor dalam blog aku, iaitu dengan memperkenalkan entry
Fakta atau Auta! Entry ni mengajak korang berfikir tentang sesuatu perkara, just simple entry yang akan diberikan soalan, enjoy it..  

Friday 16 September 2011

> Fakta Mengenai Hari Malaysia

HOlla Peeps,


Hari Malaysia adalah hari yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada tahun ini ia akan dilangsungkan di Dataran Merdeka disambut bersama Hari Kemerdekaan ke 54, pada hari Jumaat dengan tema "1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera".

#1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlangsung pada 1 Jun 1963 tapi ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Selamat Hari Malaysia!


sumber wiki


-zuan-
p.s : korang ke dataran merdeka tak pagi tadi join sambutan Hari Malaysia? tidur ek? hehe 

> Brand Malaysia Di Mata Dunia

HOlla Peeps,

#justgoogleit
"Malaysia Airlines (MAS) and AirAsia will jointly sponsor the jerseys of Queens Park Rangers Football Club (QPR) for the Barclay Premier Leaque (BPL) for the seasons 2011/2012 and 2012/2013. 
MAS will sponsor the jerseys of the club’s players during its home matches
in the BLP, while AirAsia's sponsorship would be for QPR’s away match and"third" jerseys for the similar two seasons of the BPL."  
dipetik dari Business Times

Orang Malaysia dah mampu taja kelab EPL! Satu berita yang sangat mengembirakan apabila membaca dan mendengarnya.. Bayangkan berjuta-juta manusia dimukabumi ni melihat pasukan-pasukan EPL beraksi menentang QPR dan brand malaysia ada pada baju pasukan tersebut.. Apa yang menarik, brand Malaysia akan semakin naik namanya dan semakin dikenali dunia. Sure selepas ini ramai nak google apa itu MAS, apa itu AirAsia.

Banyak perkara positif yang brand ni dapat, nama di mata global! Penglibatan ini juga merapatkan hubungan 2 syarikat airlines MAS dan AirAsia.. Seperti yang anda tahu, pemilik AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mempunyai 66% share di QPR! Bukan tu je, Tony Fernandes ni juga antara yang terlibat dalam pembangunan team F1 Lotus!!!


Thanks to broframestone, kepala aku tertanya-tanya mengapa 2 brand tempatan ni sebuk nak taja bolasepak EPL dan tak taja pasukan bola tempatan?

Alright, dalam pandangan aku, diorang ni ingin nama Malaysia spread globally dan earn profit melaluinya. Mungkin diornag tak nampak profit sekiranya diorang taja pasukan tempatan. Tapi ingat yang tajaan diornag untuk QPR selama 2 tahun sahaja, mungin selepas kontrak tamat, diorang akan mula menaja pasukan tempatan kan? Who knows..

Apa pendapat anda mengenai penyertaan AirAsia dan MAS dalam QPR?


-zuan-
p.s : esok aku mungkin kurang blogging sebab ada bbq party ngan classmate.. so harini gua blogwalking puas-puas.. 

Thursday 15 September 2011

> Tech Thursday : Monster Beats by Dr. Dre Studio Headphone

HOlla Peeps,

#justgoogleit

"WOW!!!" perkataan yang aku luahkan bila aku 1st time pakai headphone ni.. Setiap beat music anda boleh dengar dengan jelas..

Headphone ini adalah keluaran dan edaran Monster Cable Product dengan kerjasama Dr Dre.


Kepuasan headphone ni :

  • It's All About Sound - dengan penyelidikkan selama 3 tahun mereka berjaya mengeluarkan produk yang mampu membawa ke tahap baru kepuasan audio. Smooth je bunyi dia.
  • Less Noise, More Music With Powered Isolation - Banyagkan, aku buka volume yang rendah je, aku tak boleh dengar dengan jelas apa yang dituturkan oleh orang sekeliling aku, jadi kalau dimaksimumkan? Pekak la jadinya? Ops, takkan pekak, aku dah maximum volume, still kualiti audio dia tak terjejas dan telinga anda still tak rasa sakit dan kepekakkan.
  • Extreme Comfort is Music to Your Ears - Kalau tak selesa pakai headphone ni, maknanya aku tipu korang la, design dia memang selesa untuk dipakai, dan agak stylo untuk bergaya.
  • Ready for iPhone - Tengah korang dengar lagu, tiba-tiba ada call, jangan risau, jawab je sebab ada Monster iSoniTalk yang merupakan built-in answer button mikrofon.


"People aren't hearing all the music.Artists and producers work hard in the studio perfecting their sound. But people can't really hear it with normal headphones. Most headphones can't handle the bass, the detail, the dynamics. Bottom line, the music doesn't move you.With Beats, people are going to hear what the artists hear, and listen to the music the way they should: the way I do." - Dr. Dre

Tu je? Hehe ada lagi..

Ia ditambah dengan Wired with Monster Cable yang mengurangkan signal loss untuk kestabilan dan kepuasan bunyi dan kualiti. 
Tengah layan lagu, tiba-tiba ada orang tanya "dik, macam mana nak ke Masjid Jamek?", anda boleh tekan satu button tanpa perlu mengalihkan headphone anda. 
Traveling dengan tanpa masaalah sebab anda boleh lipat headphone ni! 
Scratch-Resistant Gloss Finish - Satu teknologi yang mengelakkan headphone anda daripada tercalar


Ops jangan tanya la berapa puluh ringgit harganya, sebab ia mencencah ribuan ringgit. Anda bleh periksa di sumber untuk maklumat lanjut




-zuan-
p.s : maaf akibat kesulitan pada minggu lepas, aku gagal mengeluarkan Tech Thursday 

> Cukai Perkhidmatan 6%? Perlu?

HOlla Peeps,


Berdasarkan pemerhatian aku selama lebih kurang seminggu, ramai blogger sibuk dengan topik cukai 6% terhadap topup yang akan dilaksanakan tak lama lagi (bermula 15 sept).. Sangat pantas aku trima macam-macam info pasal tax ni, laju la korang ni updates! haha!!! Ramai yang marah dengan cukai yang dikenakan ni, dan ramai juga yang terima dengan baik, dan siap ada group bantahan terhadap tax ni lagi..




Menurut beberapa sumber (sumber 1, sumber 2), sebenarya sebelum ini syarikat telekomunikasi telah menanggung cukai 5% dan apabila dinaikkan ke 6% mereka tidak lagi sanggup tampung cukai trsebut dan pindahkan ke kita.


Kalau korang perasan, sebelum ni (lama dah), tax 5% dikenakan di fastfood, dan dah lama pun dinakkan ke 6%, tapi kenapa masih makan fastfood kalau di tax kan macam tu? Alrite slalu tengok wayang? Perasan tak tax hiburan 25% dikenakan? Lagi tinggi kan? Tapi wayang ni bukanlah keperluan sangat kan?


aku tertarik dengan satu feedback dari seorang Penulis ROT mengenai tax 6% ni,
Aku pun secara jujurnya tak kesah caj tu kene, tapi kene la seiring dengan mutu perkhidmatan yang diberi. Bagi aku mutu perkhidmatan belum lagi cukup untuk pengguna harus membayar caj perkhidmatan. Sebab selalu berlaku kefakapan terhadap perkhidmatan telco tak kira warna biru ke, kuning ke, merah putih ke. suma ada lagi yang perlu diperbaiki sebelum boleh pandang ke arah cari duit lebih. 
Depa kena ingat, bukan senang hendak mintak duit dari pengguna.

Pada semua, tarik la nafas lega, sebab kenaikkan cukai perkhidmatan ni ditunda kerana mendapat banyak kritikan negative dan akan dibincangkan semula di kabinet.



-zuan-
p.s : alhamdulillah ramai bagi feedback positif layout baru saiazuan blog, terima kasih semua (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...