Tuesday 31 May 2011

> SEGMEN : AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Segmen BEN, rokok merbahayakan kesihatan.. plus membazir duit je.. bek luagkan masa dengan membuat papercraft macam ni... peace.. :D

> My Collection - One Piece (Going Merry)

HOlla Bloggers

Maaf kalau 2-3 hari ni aq jarang Blog Walking ke blog korang, busy akan sesuatu benda atau dengan kata yang lebih terang, kerja.. hehe dan hasil kerja yang ingin di share dengan semua pada post kali ini ialah..... hehe apa dia??? Pada yang sudah tau, mesti akan perasan bila tengok gambar di bawah ni...







Zoro

Sanji

Nami

Vivi

Where are they headed without Luffy?

hehe, ini lah hasil nya kapal dari animasi popular One Piece, Going Merry..hehe Papercraft Going Merry (aq dapat dari internet).. Pada aq sangat berharga walaupun kos nk buat tak sampai RM15.. kenapa aq kata sangat berharga, hmm sebab ia bermula dengan masa aq, tenaga aq, dan berakhir dengan kepuasan kepada aq (dan mungkin tak akan siap kalau aq xde usaha nk siapkannya).. ya sangat puas apabila mencantum cebisan terakhir kapal ni (meriam adalah cebisan terakhir) 


p.s bosan-bosan pada cuti anda? apa kata wat papercraft macam aq.. satu hobi yang tak perlukan banyak modal, dan hasil kerja tu leh jadikan koleksi lagi






Monday 30 May 2011

> Kalau Aku BATMAN

HOlla Bloggers,

Aq selalu mengangankan aq seorang BATMAN apabila memakai baju batman keluaran DC yang aq beli di suatu supa market yang agak terkenal di area BB.. OK aq bukan nak promote supa market or baju batman sebab aq tak akan dapat bayaran kalau aq promote produk diorng.. Aq nk cerita mengenai tabiat buruk aq sejak 3 minggu lepas...

Tidur Lewat, sudah menjadi kebiasaan la remaja zaman skarang tidur lewat, hmm bukan buat apa pun tidur lewat kadang, Blogging, Lepaking, Movieking, dan lain-lain perkara yang akan membuang masa dan fulusku..

Makan Lewat, adoi aq nye jadual makan aq tak terurus langsung.. Makan tengah-tengah  malam (snggup g McD sowang-sowang semata-mata nak makan burger) Dan akibat tabiat aq yang suka makan burger ni, aq risau kolestrol naik, tapi tak reti-reti nak stop makan jugak!!! haha

Memekak Dalam Bilik, haha sapa suke karaoke? hah, dah jadi stroke kritikal kepada pengemar karaoke kerana di rumah pun dia nk nyanyi, tak puas-puas memekak kat jamban, kat ruang tamu pun jadi...

Tinggal Solat, adoi.. Aq tak leh nk proceed pasal topik ni.. Ni bergantung pada niat dan kekuatan melawan bisikkan si penghasut..




p.s ngan umur aq yang semakin meningkat ni, aq perlu semakin malu dengan diri aq, sebab ada ramai anak buah dan adik-adik yang mungkin menjadikan aq sebagai contoh.. jadi untuk menjadikan mereka insan yang berguna untuk masa hadapan, aq perlu la ubah dan buang sifat pra-matang yang ada dalam diri aq ni.. peace

Sunday 29 May 2011

> Bola Di Pagi Hari

Semua tengok bola? Final Barca n MU tgk? Apa komen anda? 


HOlla Bloggers,

Biasa la, didalam setiap pertandingan mesti ada menang dan kalah, tidak la seri seperti perlawanan antara gajah dan ular (Hehe masih promote post yang lepas), so no offence to MU fans (i am Gooners), tetapi lebih kepada Barca pagi tadi, kerana corak permainan team fav aq lebih kurang dgn Barca...

Dikala kekalahan Team Terkuat di EPL ketika ini kepada Team Terkuat Dunia, banyak alasan-alasan kekalahan diberikan oleh peminat fanatik mereka, bagi mengelakkan kritikan daripada penyokong pasukan lawan (Kerana sudah menjadi kebiasaan, kutuk mengutuk memang ada dimana-mana).. Dan secara tak langsung (dari mana-mana ceruk tah) keluar pulak individu-individu yang akan mengakui (atau memberitahu dengan bangga) yang mereka adalah penyokong team yang menang itu (dah menjadi kebiasaan didalam budayan orang Malaysia)..



Apa pun, aq salut penyokong yang terima baik kekalahan team mereka (sungguh matang pada aq), dan tidak memberi alasan-alasan yang tak masuk akal ("ala CR tak men, tu yang kalah")... 

Secara keseluruhannya, aq totally enjoy game smlm (neutral side) dan sangat terhibur pada 1st half (2nd half agak bosan kerana masing-masing mula bermain dengan berhati-hati)

Peace...


P.S : 2-3 hari ni mungkin aq akan kurang BW ke blog kawan-kawan lain kerana aq terlibat dgn projek membuat kapal.. kapal apa? haaaaaa.. tgu siap.. hehe

Saturday 28 May 2011

> My Story : Kumbang dan Bunga

Kesorangan di atas dahan yang makin mereput disaat tiada lagi air yang mampu disedutnya
Menunggu ketibaan kumbang yang akan menyanyikan nyanyian merdu untuknya
Menanti sesuatu yang sudah ia buang sejauh-jauh sebelum ini
Menanti sesuatu  yang mungkin sudah tinggi harga dirinya, sudah tahu bagaimana rentak dunia


Itu lah puisi yang sering bermain di dalam kepala Sinah (Sekuntum Bunga Ros Berwarna Merah) disaat menanti Nawzays, seekor kumbang yang pernah dibuangnya suatu ketika dahulu. Mungkin silapnya membuang jauh si Kumbang kerana keEgoan yang melanda dirinya.. Keinginannya terhadap kebendaan membutakan dirinya.. Memang tidak masuk akal apabila si bunga menginginkan minyak, padahal bunga perlukan air.. Kini, dia hanya kesepian, kesorangan, menanti saat embun mengugurkannya...dan mungkin ia hanya ujian dari si kumbang..


p.s hanya kisah pendek yang ingin disampaikan kepada pembaca-pembaca.. ia tidaklah sepanjang kisah gajah dan ular... kerana kisah ini dikarang dalam 30 minit sahaja...hehe

> Alhamdulillah

HOlla Bloggers

hmm holla, Hola adalah kata seru dalam bahasa Bahasa Sepanyol, setara dengan Inggeris bermaksud halo atau hi..(reff wiki)... hehe aq bukan nk cerita mengenai bahasa.. cuma menerangkan apa maksud HOlla, cara aq greet pembaca setia blog aq di setiap post yang aq terbitkan..

Hmm sejak post pertama aq pada JUNE 2009, aq tak pernah bermimpi boleh tulis blog sampai sini, dan ada follower yang agak ramai .. Thanks atas support anda semua, tanpa korang, mungkin aq hanya syok sendiri post benda-benda merapu kt blog ni.. juga thanks to beberapa blogger yang membantu aq naik sampai sini.. antaranya BEN, Meaw dan salah seorang pendorong aq untuk tulis blog Zul.. 

Dan disini aq nk liskan Top 5 Post aq yang berjaya menarik perhatian pembaca.. Alhamdulillah, komik ATWR aq mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sehingga menghuni tangga 1 dan 2.. Kisah sedihku pada bulan April juga mendapat perhatian ramai, dan mendapat beberapa komen-komen membina, thanks guys.. Dan ramai blogger meminati KDrama, jadi tidak mengejutkan My Fav List Drama menduduki tempat ke4.. Wah!!! tangga ke 5 dan masih baru lagi, Kisah Pertarungan Antara Gajah Dan Ular! Thanks sebab sudi baca crita mengarut aq ni, aq cuma ingin sampaikan mesej yang tidak mampu disampaikan melalui kata-kata kepada pembaca, harap ramai mendapat mesej yang ingin disampaikan...


p.s maaflah kalau ada nama yang aq tidak sebut.. banyak sangat rasanya yang membantu aq sampai sini.. (walaupun masih jauh dan mencabar hari esok)

Friday 27 May 2011

> Movie Review : Kung Fu Panda 2

HOlla Bloggers

Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?


Po joins forces with a group of new kung-fu masters 
to take on an old enemy 
with a deadly new weapon.

Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!.. 

Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).

Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...

Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan

CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!! 

Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?

7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)


p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan

> Movie Review : Karak

HOlla Bloggers..

Skali lagi KRU Studio mengegarkan peminat-peminat filem tanah air, tetapi untuk pertama kali mempertaruhkan filem horror berdasarkan urban legend (berdasarkan cerita-cerita popular dan benar yang biasa diceritakan dari mulut ke mulut dan ke internet dan buku mengenai laluan puaka, karak).. Ia diarahkan oleh Yusri Kru, dan dibintangi Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


"KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Pada permulaan cerita, aq tengok penonton di sebelah kiri dan kanan aq tidak senang duduk dikala adaya babak-babak suspen dan sedikit unsur jenaka diletakkan, tetapi berjaya membuatkan mereka menjerit... Sementara aq hanya meletakkan tangan di dalam kocek untuk mengawal ketakukan (Dengan harapan awek disebelah melabelkan aq ni MACHO) dalam diri aq.. dan ya, permulaan cerita memang bagus dan tidak mengecewakan langsung...Jadi storyline dia, sangat menarik bagi aq, walaupun ada rakan-rakan yang kurang mengemarinya (Mungkin kerana mereka berminat dengan filem genre humor).

Antara hantu dari kisah benar (berdasarkan pengalaman individu dan tragedi kemalangan maut) ialah hantu Budak Kecik mencari ibunya, Perempuan Cantik mencari anaknya. Kereta VW Kuning yang mencucuk di belakang kenderaan dan memotong kenderaan anda, dan tiba-tiba ada di belakang lagi dan memotong kenderaan anda, dan banyak lagi..

Apa yang bagus dalam cerita ini dan perlu di beri pujian ialah, kosmetik atau makeup yang dikenakan kepada pelakon dan hantu sangat baik, mereka begitu teliti mengenakannya. Dan aq paling suka bila ada cacing bergerak-gerak di muka, sangat realistik... CGI seperti biasa la, sangat OK, means bagus dan semakin bagus (walaupun masih jauh kalau nk compare ngan CGI filem-filem luar).. Sangat realistik dan memuaskan hati, kiranya, Yusri berjaya membawa hantu itu masuk ke dalam jiwa penonton dengan makeup dan CGI mereka.

Ada pelakon yang berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, tetapi ada yang gagal memasuki watak itu dengan baik.. Mungkin kerana kurang pengalaman berlakon, dan kekurangan bakat, kerana bakat sangat penting kalau ingin berjaya dalam bidang seni terutama seni lakonan.. Bagi aq, sekeras mana anda berusaha pun, kalau tidak ada bakat dalam seni lakonan, sukar untuk berjaya. Satu-satunya pelakon yang cemerlang dan sepatutnya menjadi hero filem ini adalah pelakon senior, Sidek Hussin dan biasalah, pengalaman mengajar kita menjadi champion.. 



Apa yang kurangnya bagi aq adalah Sound Effect dia.. Bagi aq, filem seram tak perlu sangat bunyi-bunyi, cukuplah dengan bunyi cengkerik dan sunyi malam, jadi dengan itu, penonton akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku, dengan soundefek yang melampau-lampau dan sangat kuat menganggu konsentrasi aq untuk masuk ke dalam filem ini. 

Didalam filem seram, pada aq teknik pergerakkan kamera mestilah memainkan peranan penting. Tetapi di dalam filem ini, aq hanya mampu bagi ok je, sebab ia kurang membuat aq terkejut. Pergerakkan kamera yang berjaya pada aq ialah kamera yang sentiasa membuatkan orang terkejut dan Dup Dap Dup Dap, tetapi ternyata hanya beberapa babak sahaja berjaya.

Setiap filem yang berjaya pada aq, adalah filem yang berjaya memberi mesej kepada penonton, dan berjaya grab semua tahap umur (dari budak-budak ke atuk-nenek) dan filem ini terkandung mesej yang mungkin menyedarkan ramai orang yang tidak sedar-sedar dan leka dengan duniawi. Anda mungkin tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan? Jadi jangan lupa saksikan karak di pawagam-pawagam tempatan.. Supportlah filem tempatan, kerana mereka tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda semua.

Hmm sukar nk bagi rating tuk filem kali ni..

6/10 (Tidak rugi tengok di panggung bersama rakan-rakan)

p.s nantikan review kungfu panda malam ni

Thursday 26 May 2011

> BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

saya budak baru belajar.. kalau sala sila tunjukkan :D


thanks to BEN

p.s salah satu blog kawan ku..
zul 

> Mencari Rentak

HOlla Bloggers..

Aq mungkin sudah lama di dalam dunia blog, tetapi kepakaran tiada di dalam diriku kerna aq kurang berpengalamn mengenai blog ni sangat.. Pada awalan aq berblog hanyalah untuk suka-suka tanpa memikirkan apa yang ingin dituliskan sangat.. tetapi aq mula sedar akan sesuatu yang ada di blog ni.. kebebasan untuk berkarya... Jadi aq mula mencari rentak dengan melontarkan beberapa idea aq di dalam 2 karya My Story yang mungkin telah dibaca bloggers sekalian


Pertarungan Antara Gajah Dan Ular
Homecoming

Aq juga mula berminat untuk menjadi pengkritik filem, dimana aq akan menulis review untuk setiap filem yang aq tonton untuk membantu anda semua membuat keputusan sama ada untuk melihat filem terbabit atau tidak menerusi Movie Review 

dan dengan bantuan para blogger, aq harap aq dapat mematangkan gaya penulisan aq pada masa hadapan supaya ia lebih menarik untuk dibaca..

Pada yang sudah lama membaca blog aq, mayb perasan komik After Tea With Robot yang pernah aq buat suatu ketika dahulu...


Apa Sudah Jadi Dengan Boss?
Habis Bateri

Ya, mungkin anda masih ingat.. Aq mempunyai niat untuk menyambung komik tersebut, tetapi disebabkan kekurangan masa, aq masih perlu membatalkan niat tersebut buat seketika waktu sehingga aq ada masa untuk menyambungnya..


p.s jangan ketinggalan membaca movie review Karak, dan My Story : Pertarungan Antara Gajah Dan Ular dan tak lupa, thanks to bro Ben kerana bagi aq kesempatan berkarya semalam.. thanks

> My Story : Pertarungan Antara Gajah Dan Ular



Cuaca yang dingin di petang hari sambil diiringi bunyi burung Hantu dan burung Cak Rumah.. "Ohhh sungguh tenang petang ini" Kata Averil Levis-Gine (Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) kepada Chuck Tukang-Jahit (Juga Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) sambil membelai-belai tangan kekasihnya itu tanpa menyedari batas-batas pergaulan di dalam Islam.. Tiba-tiba.... 

JENG JENG JENG!!! 
(Musik Filem P.Ramlee Kedengaran Di Set, dan Setting warna bertukar ke setting filem klasik Grayscale digunakan, owh sungguh klasik setting cerita kali ini)

Cuaca berubah mendung, awan bertukar warna (Seperti Efek Yang Telah Diletakkan Dengan Menggunakan Perisian Canggih - After Effect), Kilat sabung meyabung (Mengalahkan Bunyi Ayam Ketek Sabung), dan awan mula terbelah (Geng Awan Dania terpaksa berehat petang ni).. Semua sudah mendapat tahu, yang sesuatu akan berlaku petang itu. Sesuatu yang bakal ditulis dan dipelajari di dalam buku sejarah Tingkatan 4, dan diceritakan kepada pelancong dari negara luar supaya menjadi daya tarikkan pelancong ke Malaysia.. Sesuatu yang bakal dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, dan mungkin kamera filem besar dan akan diupload di Utube dan akan dikomen dan di kongsi pengguna Facebook dan Twitter yang mana mungkin dikomen oleh The Rock dan Bruno Mars di laman Twitter mereka.

Okay, berbalik kepada Situasi yang berlaku sekarang... Ia melibatkan pertarungan Epik dan penuh Kontroversi (Yang Mungkin Menjadi Perbualan Di Surat Khabar, mengatasi Highlight kenaikkan harga Minyak dan Kes Mahkamah Yang Tiada Penyelesaian) antara Dua Jagoan...........................................................................................................

Bermain pimpong dengan muka ketat (seperti getah spenda) merupakan kebiasaan Musalman (Lakonan Mantap Pemuda Dari Senawang Bernama Moh D Adzuad) diketika membalas setiap pukulan lawannya.. Salah satu lawan yang masih sukar untuk ditewaskannya, Merong (Lakonan Pelakon Serba Tak Kena, Muhamma D Saiazuan)... Dan menjadi kebiasaan setiap pertarungan mereka akan disiarkan secara Siaran Ulangan di Kaca Televisyen Tempatan (Yang Lebih Kepada, Bersifat Kerajaan) dan tidak pernah sesekali berjaya keluar ke siaran luar negara (Kurang Swasta Barangkali, dan Kurang Pengaruh Shebby Singh), dan akan menjadi bahan bualan Kumpulan Makcik Sepah di petang hari, tetapi mungkin kali ini menjadi kelainan.... 

Apa yang menghairankan, Merong selalu korek hidung ketika memberi servis kepada Musalman, mungkin itu antara sebab Musalman membalas serangan dengan muka ketat dan senyap sahaja sepanjang perlawanan, dan apa yang keluar dari mulut Musalman hanyalah "uuuh!!", "auuch!!!" dan "aahhhh!!!"..... Beberapa sahabat yang setia berada di untuk menonton perlawanan getir ini (Sambil Menjadi Si Pengutip Bola Tanpa Bayaran) adalah Karim (Dilakonkan Oleh Lakonan Comel Dan Selamba, Moh-D Mimi), Mamat (Dilakonkan Oleh Pelakon Yang Selalu Berlari Ketika Pengambaran Filem, Fiq Sengget), dan Usop (Lakonan Tokoh POLITIK Tempatan Yang Suka Jual Minyak, Ehkesian).
gambaran pelukis mengenai perlawanan yang berlaku

Perlawanan berterusan selama 3 hari 3 malam, lebih lama dari perlawanan Tuah dan Jebat kerana mereka banyak berehat sambil menikmati Coolblog dan berbual mengenai Blog milik masing-masing dengan bangganya. Dan pada hari ke-4, masing-masing memutuskan untuk mengakhiri perlawanan mereka dengan satu bola dan satu mata sahaja.. Syaratnya, mereka perlu memukul bola pimpong tanpa menggunakan Bet pimpong, dan hanya menggunakan tapak tangan mereka sendiri... Jika dilihat dengan mata kasar, Musalman mempunyai kelebihan berbanding Merong kerana Musalman mempunyai tapak tangan yang besar (Kerana Banyak Membuat Kerja Memasak, dan Banyak ke Gym Untuk Teman Adiknya Membina Badan) berbanding Merong yang hanya mempunyai tapak tangan lembut (Kerana Kanyak Menaip di Papan Kekunci)...

Bola dilepaskan dari atas udara dengan ketinggian 7 kaki 5 cm, bola jatuh ke kawasan Merong selepas terkena Net, dan merupakan satu kelebihan untuk Merong membuat pukulan Ace untuk mendapatkan mata penyudah, Merong memberi tamparan kuat keatas bola tersebut sehingga merah tangan Merong dengan penuh bangga dan yakin yang Musalman akan gagal untuk membalas pukulannya, terapi Musalman dengan muka selamba, membalas pukulan Merong dengan penuh style, Merong pula kini dalam situasi berpeluh-peluh seperti duduk di Kawasan Paling Panas Di Malaysia untuk mebalas pukulan balas Musalman kerana tangan Merong masih merah (Memberi tanda yang Merong akan kecundang) tetapi dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka (Magik dan Tiada Logika biasa berlaku di dalam filem Tempatan dan Luar Negara) suatu aura Haki (Tiada kaitan dengan kuasa Haki Dalam One Piece) dilepaskan Merong menyebabkan bola terpantul balik ke kawasan Musalman... 

Berang dengan kuasa yang digunakan Merong, Musalman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Chakra Kyubi miliknya (Juga tiada kaitan dengan Uzumaki Naruto), ekor 9 dikeluarkan untuk membalas aura Haki milik Merong... Sekarang Bola berpantul-pantul dari kawasan Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman selama 7 minit 59 saat dan bola masih belum jatuh!!! 


Penonton-penonton mula tidak senang duduk.. Helikopter mula mencari stesen minyak.. Ais Krim Malaysia mula kehabisan stok.. Ikan sudah habis untuk dibakar.. Musik tiada lagi rentaknya disaat Justin Beiber menyanyikan Never Say Never.. Telefon kehabisan bateri dan iPad mula meragam.. Sotong Paul mula berenang-renang liar di dalam akuarium kerana sudah tiada upaya untuk meramal pemenang.. Si pengguna deodorant Rexona mula berpeluh-peluh busuk.. Signal WiFi sudah tidak kesampaian.. Jalan tar sudah bertukar warna ke cokelat.. Rumah-rumah sudah menampakkan batanya.. Pokok tiada lagi irama sonata musim panas.. Kumbang mula melupakan Bunganya..

gambaran pelukis mengenai situasi pertarungan

dan disaat itu... 

disaat itu...........

Muncul penyelamat....

Penyelamat yang mungkin akan menamatkan pertarungan ini....

Penyelamat yang akan mencipta sejarah, juga boleh menyebab kan penonton mengata "aaaaaaaaah~"

Di sebalik jelebu yang mula melanda kawasan pertarungan (akibat pembakaran terbuka manusia akhir zaman) muncul bayang yang masih samar-samar figura nya.. langkah demi langkah diambil.. Kelihatan dua orang sedang menuju ke kawasan pertarungan.. Figura kedua-dua mereka masih samar-samar, dan apa yang dengar adalah bunyi tapak kasut mereka... Penonton kaku, pokok tidak lagi bergoyang, Paul juga sudah terdiam... Siapakan figura 2 manusia ini??? Apakah kaitan mereka dengan 2 Jagoan sehinggakan semua kaku???? Akan adakah perkataan "bersambung..."?????

Musik mula dengan sendirinya, unsur saspen mula dirasai, tegang bulu roma manusia yang masih belum mencukurnya, disaat maknyah mula kehilangan nyah mereka, penggemar KPOP mula beralih ke MPOP.. begitu kuat lagi aura dua individu yang masih belum kelihatan wajah mereka, kalau dibanding dengan aura Musalman dan Merong sebentar tadi... Berpelu-peluh para reporter menuggu kemunculan figura itu disaat dakwat pen mereka mula kering...

"MERONG!!!"
"MUSALMAN!!!"

Jeritan yang kuat seperti singa mengaum dikeluarkan, dan ia adalah suara dua orang wanita yang semakin kelihatan wajah mereka...kedua-dua mereka menunjukkan muka bengis, dan mula menyebabkan berapa kanak-kanak kecil menangis... 

"BALIK RUMAH!!!"

kedua-dua mereka serentak menjerit kepada dua-dua Jagoan menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting jauh sejauh 5 meter ke arah padang..

"Ibu Mertua~!!!" 

Jeritan gadis-gadis comel yang muka seakan-akan Natalie Portman, Kristen Stewart, Angelina Jolie, Rachel McAdams, Kirsten Dunst, Taylor Swift, Katy Perry dan Ana Raffali (setiap sorang memiliki empat) tertuju kepada dua orang wanita pertengahan umur yang baru sahaja menumbangkan dua Jagoan dengan Jerita Batin Mereka... Ia seperti kisah dongeng dimana dua Jagoan menjadi idaman gadis-gadis dan ditakuti musuh yang hanya takut dan tumbang kepada Ibu mereka (tidak seperti kisah Tanggang yang begitu ego dan lupa daratan setelah hidup senang).

Kedua Jagoan dalam keadaan separa sedar dan terpaksa akur dengan kekuatan ibu mereka... Semua penonton terpaksa meninggalkan kawasan pertarungan bagi mengelakkan Tragedi Oktober berlaku, dan riak muka mereka nampak hampa kerana tidak dapat melihat penghabisan perlawanan kedua jagoan. Jagoan diheret pulang ke rumah dan telinga mereka kelihatan berdarah mendengar ceramah yang diberikan ibu mereka...

Keadaan kembali tenang, orang ramai mula sibuk bergotong royong membersihkan kawasan pertarunngan yang begitu sesak dengan sampah sarap.. Anak-anak muda mula merempit kegembiraan tanpa menghirau nyawa mereka dan orang sekitar.. Si peminat teknologi mula mengupload video dan gambar yang di rakam ke internet untuk disebarkan ke seluruh dunia dan galaksi... Kisah pertarungan mereka sudah banyak ditulis di blog dan disebarkan di berita.. Ada juga penulis-penulis lagu mula membuat lagu bagi mengingati peristiwa tersebut... Pengarah filem berlumba-lumba untuk mendapatkan bajet bagi mengarahkan filem dan dokumentari mengenai perlawanan ini.. Sekolah dan Universiti serta penjawat Am serta Swasta mendapat cuti 1 hari bagi mengingati perlawanan ini.. Disaat sang pengemis tidak lagi mengemis di tepi jalan, si kaya tidak lagi digelar kaya. Semuanya berakhir dengan senyuman....

antara pernagaan yang laris hari itu

p.s Hikayat ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa sahaja di dunia ini, tetapi mempunyai mesej yang mungkin boleh dikatikkan dengan dunia kini.. Hanya cereka pendek di petang hari yang terkeluar akibat permintaan rakan
membuat poster selepas hasil karangan merupakan hobi aq.. tetapi aq tidak pernah berpuas hari atas setiap kerja yang aq laksanakan, seperti hilang kesempurnaan yang dicari..

Wednesday 25 May 2011

> My Story : Homecoming

Apa yang akan anda lakukan jika anda tiada tiket untuk balik kampung?


Itu lah persoalan yang ditanyakan oleh tiga sahabat yang berada di perantauan untuk belajar. Setelah satu tahun di perantauan, mereka mula homesick. Dan perasaan rindu akan rumah dan keluarga serta sahabat dan sanak saudara mula memuncak apabila tiba musim perayaan raya puasa. Disebabkan terpaksa, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dengn menaiki motosikal sahaja. Tapi apabila hanya ada 1 motosikal dan 3 penumpang...?  Masaalah mula timbul...

Padat dengan Humor, Adventure, Action dan Drama..

Jangan Nantikannya (sebab hanya cerita rekaan pelajar)


p.s actually dari tarikh poster tu sendiri dah bagitau yang poster ni dah lama aq buat..
hehe semester 2 nye projek.. 

> Filem Tempatan Seperti Pisang Panas

HOlla Bloggers,

Karak, KL Gangster, antara 2 filem yang bakal mengegar industri filem tempatan dimana semakin berkembang pesat industri perfileman kita. Kalau dulu, sangat kurang filem tempatan ditayangkan di pawagam, tetapi sekarang, setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 2 buah filem dipertontonkan..

Disebabkan kesuntukkan waktu, aq masih belum sempat menonton filem Nur Kasih The Movie, yang mana aq harap dapat tontonya dalam minggu ini, supaya aq boleh membuat review mengenainya di blog aq ini.. aq juga belum sempat menonton Kongsi, dan Penunggu Istana kerana tiada teman yang berminat dengan filem sebegini.. mungkin aq perlu menjerit di telinga mereka supaya mereka lebih support filem tempatan...




p.s kebelakangan ni, tak banyak filem antarabangsa dan bergenre aksi berjaya menarik minat aq untuk memberi rating yang tinggi.. mungkin selera aq sudah berubah ke filem tempatan dan bergenre romantik


>>cita-cita ku menjadi direktor

Tuesday 24 May 2011

> SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI : Aku Seorang Pirate

Berdasarkan cebisan dari blog BEN


"Saja nak mencungkil bakat blogger blogger baru atau pertengahan.. yang lama tak join punya ... hahaha.. ok ok ...Ini cuma cerita rekaan blogger .. tak terlibat dengan yang hidup atau pon yang dok tayang kat panggung skang ni .. 
3 tajuk diberi .. sila rujuk SINI .. Kemudian , reka la cerita tu... Contoh boleh rujuk kat SINI ... Amacam ? mudah jer kan ? heheheh..
Hari ni aku nak rileks skit ..tamo pening ngan entri berat.. hahaha.. Macam la berat pon entri sebelum ni eh ? hahahaha... tak pe tak pe.. bukan selalu pon wat segmen kan ? Hehee.. 
Ok.. jom mula ..
  1. Buat satu entri... letak poster filem yang korang nak buat tu.. hehehe..
  2. Tajuk : SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini..
  3. Buat cerita ... menarik dan tertarik gitu.. Watak , korang leh cipta sendiri dengan amik kat SINI .. belasah je.. janji ada watak ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri korang kat ruangan komen ini ..
Tutup ? Kul 10 malam ini ... Lewat ? Tak diterima dah ... Senarai watak boleh"




Nama ku Jacko, menjadi "Raja Lanun" adalah cita-citaku sejak dari kecil tetapi dipangkah hebat oleh datukku dan bapaku yang merupakan salah seorang anggota penting berpangkat tinggi angkatan tentera laut, Marine. Jadi aq dipaksa menjadi Marine seperti mereka bila aq dewasa kelak, masakan impian ku menjadi raja lanun tidak kesampaian jika aq mengangotai marine.

Kisah hidupku tidak seperti Luffy (Watak Dalam Anime Popular ONE PIECE) dimana dia memperoleh kuasa menjadi budak getah dan mampu berlayar dengan bebas, kerana agak sukar untuk menjadi lanun di abad ke-22 ni, ye la mana nak ada harta karun dah kat pulau-pulau, kalau ada pun dah habis diambil oleh kerajaan. Nak beli kapal pun mahal, mana tak nya, aq nk beli kereta Kancil pun tak mampu sebab hasil kutipan blog aq pun tak pernah sampai (mane tak nye, viewer sehari pun tak sampai 50). Nak bawa kapal pada zaman ni perlukan lesen (seperti juga membawa kenderaan-kenderaan lain), jadi menjadi masaalah untuk aq mendapatkan lesen, ya la kalau nk ambek lesen perlu duit lagi. Zaman ni semua perlukan duit.

Walaupun banyk dugaan yang perlu aq hadapi, ia tetap tidak mematahkan semangat aq.. untuk menjayakan hidupku sebagai lanun, aq membeli topi jerami (Straw Hats) supaya aq boleh pakai tika panas hari, aq juga mendaptkan set pistol dan pedang mainan (kalau betul-betul punya kang, silap-silap ke penjara la aq).. Hari-hari aq diherdik kawan-kawan ku kerana mempunyai impian budak-budak, ye la, zaman pirate sudah tiada lagi, dunia sudah aman dari ancaman pirate (walaupun masih ada lanun cetak rompak)

Setiap hari aq hanya mampu memandang ke laut (sambil memetik gitar kapuk kesayangan dia memankan lagu "talking to the moon" dengan harapan moon menunaikan permintaannya menjadi lanun tegar), dengan harapan suatu hari akan datang Black Pearl yang diketuai Jack Sparrow untuk mengambil aq sebagai crew kapalnya.. dan Yeah, bukan pelan aq untuk menjadi krew, apabila aq diterima menjadi crew, akan ku HIJACK kapal tu, dan menjadi kaptain kapal itu (Saving sikit duit nak beli kapal).


p.s amacam? terhibur? ikut format yang ditetapkan x? 
also this is my latest post.. 

> The Movie Reviewer

HOlla Bloggers...

Hobi menjadi sesuatu yang selalu kita buat.. dan buat sebab kita suka.. one of my hobby is watching movie.. owh, i love to watch movie... macam-macam genre movie aq suka tengok.. antaranya genre romance, adventure, fantasy, thriller, seram, dan tak ketinggalan comedy... Bila kita tengok movie, dan merasakan movie tu best (ad message, lineup pelakon yang bagus, dan jalan cerita menarik) kita mesti nk share movie tu dengan kawan-kawan so that kita boleh share something, dan talk about something.. dan dengan review, aq leh tolong save duit korang (means berbaloi ke tak tengok crita ni yang aq review, dan biasanya aq akan tulis review tentang filem yang memang patut ada dalam koleksi anda..)

Aq baru lagi dalam movie reviewing ni, hmm lebih kurang 9 movie review aq dah buat kat blog ni.. dan aq ternyata terhibur melakukannya, walaupun tak banyak pun aq dapat feedback dari pembaca (mungkin sebab kualiti movie reviewing aq masih kurang) dan aq cuba untuk memantapkan review aq iaitu dengan cuba memampatkan isi dalam text yang seringkas mungkin.. Maaf kalau gaya penulisan aq agak rojak, sebab aq taknak pembaca bosan dengan bahasa formal yang mungkin akan membuatkan mereka tak nak baca dah review aq..

But still, aq akan tulis review untuk setiap movie yang aq tengok berpandukan Wikipedia dan IMDb sebab its fun to share something and talk about something.. and that something is Movie, the actor, the actress, the director, the producer and everyone or anything that involved in the movie.. BTW thanks kepada beberapa pembaca review aq sebelum ni kerana meninggalkan komen mengenai review yang aq tulis, bermakna ad juga orang nk baca apa yang aq tulis.. dan aq menanti kritikan daripada anda untuk memantapkan lagi gaya penulisan aq.. 

  1. Pirates of Caribbean : On Stranger Tides
  2. The Shawshank Redemption
  3. Fast 5
  4. Thor
  5. Hikayat Merong Mahawangsa
  6. Shaolin
  7. The Green Hornet
  8. Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1
  9. Megamind


p.s nantikan review-review aq yang akan datang.. dan sila tinggalkan jejak dan komen anda disini mengenai review yang aq tulis..

Monday 23 May 2011

> Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides

Captain Jack Sparrow crosses paths with a woman from his past, and he's not sure if it's love -- or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. 
When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard, Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to 
fear more: Blackbeard or the woman from his past.


HOlla Bloggers,

Selepas 3 pengembaraan menakjubkan di dalam dunia Pirates of The Caribbean (POTC), Johnny Depp kembali dengan watak Jack Sparrow di dalam POTC : On Stranger Tides bergandingan dengan Penélope Cruz dalam filem terakhir POTC barangkali (hope tak berakhir di sini, "i want more pirates life, GIVE ME MORE!!!" Dengan mengekalkan Barbosa lakonan Geoffrey Rush, jackie masih ada teman lawaknya (musuh utama di POTC1).. Watak Blackbeard lakonan Ian McShane diperkenalkan dalam filem ni.. 

Bagi aq CGI filem Hollywood seperti ini tidak pernah mengecewakan, dan semakin menarik.. cuma ad kurang sesuatu pada filem ni yang aq nampak pada pengakiran filem ni.. Jack jumpa kembali ex lama nya, Angelica, so di situ elemen ROMANCE banyak diterapkan, tetapi tidak sehebat kisah cinta 3 segi dalam filem sebelum ni (POTC 1-3).. ADVENTURE kali ni pn tak sepanjang dan sehebat sebelum ni, jadi aq amat kecewa kerana panjang filem ini cuma 137 minit (sangat kecewa, spatutnya sampai 3 jam..bru layan~) 

Yang menariknya REVENGE, dimana rivalry antara Barbosa dan Blackbeard, kerana apa? hehe kena la tengok sendiri cerita ni kalau nak tau kenapa diorng bermusuh dan Barbosa nak sangat balas dendam dengan Blackbeard.. Skill berlawan dan trick menipu Jack juga sangat bagus dalam filem ni dimana banyak trick LAWAK dalam ni, tetapi bila kita dah banyak sangat tengok filem lawak, semakin jemu untuk gelak...

Aq sangat kecewa dengan perkembangan watak Blackbeard, sebab watak dia tak sekejam yang disangka, dan dia tak la menakutkan seperti Davy Jones (POTC 2-3).. Kalau tak silap aq, Blackbeard merupakan salah satu pirates paling digeruni pada zaman dia (betul-betul wujud, dan bukan watak ciptaan) tapi ia gagal ditunjukkan dalam filem ni..Blackbeard adalah selfish dalam movie ni, dimana dia sanggup mengorbankan nyawa anaknya, Angelica untuk hidup kekal abadi, tetapi ditipu Jack, macam mana dia ditipu? Tengok la sendiri.. hehe

Owh ya, selama ni kita ingat mermaid ni lawa, baik n innocent berdasarkan cerita-cerita urban kan? hehe tengok macam mana mermaid ni dalam imaginasi cerita ni.. Zombies, hehe ad gak dalam crita ni, tapi bukan version zombie kampung pisang la, sebab ni zombie versi ganas punya~

OPS sebelum trlupa, jangan keluar dari panggung pas abis ctira tu, tgu kredit abis.. sebab ad Post-Credit Scene.. :D

~> Overal Rating bagi filem ni 7/10 (Berbaloi tengok wayang tapi jangan tgk 3D la, macam rugi je.. Filem kali ni tak sehebat yang sebelum ni..)

p.s banyakk filem-filem menarik bulan ni.. banyak aq tak sempat nak tengok.. 

> Movie Review : The Shawshank Redenption (1994)

Two imprisoned men bond over a number of years, 
finding solace and eventual redemption 
through acts of common decency.


HOlla Bloggers..

First time aq dapat crita ni dari member aq, aq ragu-ragu bila dia ckp crita ni dpt highest rating of all time!!! Crita ni agak lama sebab dia ditayangkan pada 1994, dan berjaya menjadi one of the best movie of all time.. plus crita ni dapat highest rating kt IMDb Top 250 movie!!!! so disebabkan rating dia da almost 5 STAR (9.2/10 rate) aq takkan buat rating tuk movie ni.. Just nak highlight apa yang best sangat pasal movie ni.. Dengan lineup Tim Robbins, Morgan Freemanmovie ni memang lengkap.. superb dan brilliant.. aq sure most of all da pernah tengok crita ni sebab dia dah banyak kali ditayangkan kat TV2..

"Fear can hold you prisoner. Hope can set you free.."

Adalah tagline bagi cerita ni, dah cukup menerangkan salah satu message yang ingin disampaikan, HOPE atau harapan... memberitahu kita bahawa jangan putus harapan.. FRIENDSHIP juga sangan mendalam dalam cerita ni... Dan tak lupa, cerita ni memupuk minat MEMBACA dalam diri aq.. aq tak pernah terpikir yang orang banduan akan ad minat untuk membaca.. Selain tu ia juga memberi message CORRUPTION di dalam penjara itu dimana isu rasuah, membunuh, membelasah, melepaskan hukuman tanpa bukti atau usul kukuh..

Pergerakkan cerita yang sangat lancar dan setiap pelakon berjaya memberi impak dalam lakonan mereka.. Bagi aq, pemilihan pelakon juga memain peranan penting dalam filem ni... Sangat berjaya filem ni.. Aq rasa banyak lagi message-message yang ingin disampaikan dalam filem ini, dan anda sebagai viewer mesti mampu perasankan nya..

~ Rasa macam nak bagi gak rating tuk movie ni, 5/5 (mesti ada dalam koleksi-koleksi movie terbaik)


p.s next review is Pirates Of Carribean 4.. wait for it.. 

Sunday 22 May 2011

> Peha Ku Tempang

HOlla Bloggers,


Di malam tu seperti biasa (seperti yang diberitahu sebenarnya) kitorang semua berkumpul di komplex sukan paroi untuk bermain futsal.. tepat jam 10 malam semua sudah bersedia untuk mengegar gawang lawan..
aq semakin excited untuk bermain.. sehingga lupa akan sesuatu yang patut aq buat sebelum bermain..


perlawanan brmula pada pukul 10.10 minit malam disebabkan team sebelum ni lambat keluar court.. aq bermain dengan serius malam tu, tapi dalam hati begitu girang kerana sudah 3 bulan tidak bermain futsal, dan sudah tentu stamina aq mungkin tidak akan baik malam ni


selepas ketinggalan agak jauh (agak banyk la sampai lupe bape hahaha) kaki aq mula rasa sakit.. bukan je kaki.. peha pn sama!!!! 

ok.. dah x tau macam mana nak sambung crita..hahaha tp serius rite now.. peha aq injured.. dah 3 hari ad masaalah berjalan.. duduk pn x leh lama.. dlm 30 minit da skit punggung..hahaha.. hope xde masalah serius.. nk g klinik or hospital malas.. biasa la, takut jarum..hahahaha

rupa-rupanya aq lupe warm up sblum main fusal.. memang padan muka la an..tq...  ;p

p.s should break fusal for 2-3 month.. :(

Friday 20 May 2011

Thursday 19 May 2011

> Pe Ada Dalam Cuti?

HOlla Bloggers

Apa Plan korang cuti2 ni? (pada yang tengah cuti sem, cuti kerja, cuti bersalin, cuti datang bulan, dan macam-macam lagi)


  • Mandi Pantai (wuu best, sambil mencuci mata [dengan eyemo])
  • Main Futsal (Hmm sekali seminggu pn sudah la)
  • Window Shopping (raya da dekat ~eh puasa pn lum lg~ so leh usya2 baju n suar2 yg berkenan di hati)
  • Tengok Wayang (banyak citer best2 cuti2 ni, Pirates4, Nurkasih, Priest, etc..)
  • Hangout (antara fav hobby aq recently, tu je yg x banyak pakai duit, just lepak kedai mamak, minum kopi)
  • Kerja Sambilan (pada stud U, kerja sambilan ni biasa la an cuti2 nie..)


p.s lapar la pulak.. tringin nk mkn burger~

> Pelan Plan Pelan

klu ad event mesti ada plan
klu ad plan slalu brjalan lancar event tu
tp kadang2 plan tak ikut plan
knape tak ikut pelan?
mayb tak cukup mendalam plan tu
means tak fikir efek kepada plan tu 
dan cara mengatasi bug-bug yang mungkin ad dlm event tu
so macam ne lak klu event yang takde plan?
leh success mcm event yang ad plan?

Wednesday 18 May 2011

> Movie Review : Fast5

Dominic and his crew find themselves on the wrong side of the law once again as 
they try to switch lanes between a ruthless drug lord and a relentless federal agent.



HOlla bloggers,

Siapa dah tengok FAST5? mesti semua dah tengok an, dan aq lah insan paling lambat tengok kat muka bumi ni.. hahahahaha nk wat macam mana, busy ngan exam.. so ni baru ada masa nak tengok movie (padahal aritu baru bagi review pasal THOR)

Alrite, rasanya dah lama aq tak tengok filem lumbe kereta best macam ni (selepas KL Drift 2) yang mana ia dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Van Diesel, Paul Walker, dan The Rock!!! dengan lineup all stars (FF1-FF4) kali ni diorng merompak pulak (so culture car race kurang ada dalam movie ni, bagus la tu sebab mesti audience da bosan tengok culture race car [sexy girl, bikin-bikin kereta, betting])!!!

Story line kalini sangat bagus kalau dibandingkan yang sebelum ni, dan sangat TIDAK MEMBOSANKAN walaupun tak banyak aksi lumba kereta ada (sebab banyak lompat-lompat bangunan, men tembak-tembak, pukul-pukul, dan curi kereta digunakan).

The Rock tak pernah buat aq kecewa bila tengok filem lakonan beliau, tapi watak polis tu macam kurang villain, sebab pandai sangat berkenaka ("i like the way she smiles" antara sedutan dialog The Rock). plus, The Rock lagi tinggi dari Van Diesel rupanya hahaha!!!

Babak-babak thrill di atas kereta-api, lompat melompat bangunan (semasa dikejar polis n penjenayah), trick merompak wang, dan babak romantis banyak membantu menghidupkan FAST5!!!

Dengan sambutan baik FAST5, rsanya sequel yang ke-6 mungkin akan ada.


Rating 4/5 (wajib tengok kat wayang, dan berbaloi beli bluray tuk collection, banyak WOW dalam filem ni, dan sangat berbaloi kalau tengok 2-3 kali)




p.s next movie, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Monday 16 May 2011

> Selamat Hari Guru

HOlla Bloggers

Guru bleh kata parent ke2 kita sebab diorng la yang mengajar n menjaga kte time parent kita tak ada disamping kita untuk menjaga kita..Pasti ramai yang ad kenangan masam masam manis dengan guru masing-masing dimana ad suatu ketika guru itu merupakan musuh atau insan yang paling dibenci murid, dan ad ketika guru itu merupakan permata untuk murid-murid..jadi guru ni susah, sangat susah, sebab macam-macam ragam murid-murid yang akan kita jumpa kan.. jadi tahap kesabaran perlu di level unlimited, sebab klu ad limit, rasanya tidur lokap la malam tu.. ;p

tringat aq dulu waktu aq jadi guru sandaran.. memang aq merupakan cikgu yang paling dibenci murid-murid pada awalnnye sebab aqs suke buat muke garang ngan diorng.. (ye la, awal2 jadi cikgu an, msti r susah nk adapt) pastu seminggu kemudian, rentak seorang guru mule ad dalam diri aq, yang mana aq mule disukai murid-murid, mula ditegur oleh mereka (ad gk murid perempuan yang mintak num telephone dr aq.. hahahaha)

kenangan jadi guru yang paling aq xleh lupe, hari sukan sekolah.. time tu, hubungan ngan murid2 makin rapat.. waaa rindu btl ngan SK SIKAMAT ;)


p.s ingat dan kenanglah jasa guru hingga akhir hayat anda.. :)

Sunday 15 May 2011

> Melalut di Hari Ahad : Aku Ingin Menjadi Direktor

Dan dia bergegas ke Airport untuk menyampaikan Sayonara dan Hadiahnya kepada gadisnya, dengan harapan gadis itu mengingati dia..Jarak rumah lelaki itu dengan Airport sangat jauh, perlu mengambil masa 1 jam jika menaiki kereta, tetapi dia berjaya dengan 30 minit dengan hanya menaiki motosikal kesayangannya...

Gadis itu akan berangkat ke Tokyo, Japan untuk melawat ibunya yang bekerja di sana. Dan mungkin dia dan gadisnya tidak dapat berjumpa untuk seketika. Jadi untuk mengurangkan jarak masa itu, lelaki itu menghadiahkn origami ros buatannya kepada gadis pilihannya. Mereka tidak berbual tidak lama kerana gadis itu terpaksa berangkat dengan segera kerana perlu  mengikut jadual yang telah ditetapkan..



p.s aq bercita-cita untuk menjadi direktor filem..haha tinggal-tinggallah sedikit komen mengenai sedikit cebisan cerita pendek ini.. :) n xde kaitn ngan sesape, so no heart feelin

Saturday 14 May 2011

> Sabtuday

HOlla Bloggers

Sihat semua? Pe korang wat weekend ni? Aq macam biasa, lonely.. Haha mana hilang tah sume rakan-rakan.. yang ada just Model-model One Piece dan Collection-collection model yang lain menjadi teman aq

> End of April, and Today is Saturday

why she's avoiding me?
running way from me?
ok, i guess its over between us
the fairy tales
its recovery time for me
and move on with my life

thanks...

> Fusal = Flat

HOlla Bloggers..

Malam tadi aq main futsal ngan homies aq... tapi gagal on form sebab dah tak fit macam dulu.. so flat la pas 30 minit main..hahaha.. so pas ni petang-petang kena la joging kat komplex sukan paroi.. result game malam tadi pun sangat mengecewakan.. iaitu team aq kalah 33 gol berbalas 8... hahahaha memang hancur, baik aq tengok Maharaja Lawak je..hahahah.. 

Balik rumah niat nk tengok ML kat youtube, sebab kat umah tak ambek warna, slalu tengok kat guatv je, tapi malangnye, guatv da kena remove sebab kena claim copyright.. nasib baik ada channel lain.. thanks kepada yang upload.. sporting ar korang.. 

p.s da usaha minum redbull pn tak mampu men full 1 jam.. mampos la macam ni.. hmm bila la pegawai PPD nak call bagi kerja ni.. 

Tuesday 10 May 2011

> Lyrics : Perpisahan Ini By 1st Edition (feat Aizat)

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


-zuan-
p.s tringat kt taman mainan, petang tu.. kita makan aiskrim sesame...

> End of April 2011 Semester

Joy n Sad x dapat dipisahkan..
tu la yang aq dapat huraikan semester Jan-April 2011
disebalik kesedihan, ada kegembiraan
dan disebalik kegembiraan ada kesedihan
so hidup ni jangan la harap nk gembira jew

sem ni sangat mencabar bagi aku
ye la, sem penuh ngan subjek mnghafal (theory jew, x bnyk praktikal)
so teruji betul aq nye daya ingatan n pemahaman

sem ni la aq baru berjaya meluahkan perasaan aq yang terpendam
walaupn gagal (manually)
and its ok, walaupn kecunang
sbb aq da usaha an

p.s cuti is coming, so aktif blk la as blogger tegar.. and nk keje as cikgu sandara, so Saiazuan Sensei Enters!!!

Thursday 5 May 2011

> Gain No Trust

HOlla Bloggers..

Entry ke 2 aq arini.. bukan tak ada kerja nak buat, just nk luahkan rasa hati.. friend? u got friend, me got friend, everyone got friend.. but...do we got trust????

ok, trust tu word yang paling susah nak dapat kalau kte ad kawan sbb lots of backstabber in this world.. u trust someone, but u that person dont trust u enough..  know, when u learn that u make a mistake, what did u say or do?

apologize, to ur friend by saying "i'm sorry" (this is not Amir Raja Lawak Style, cos he look totally stupid with it (no offence)).. SO u msti expect, he will forgive u.. and be ur friend again right??? but he's not forgiving u and then, he starts telling bad things about u, he starts blocking u (on facebook, etc), and 100% avoiding u by not speaking to u, turning his "spenda face" away from u

so what will u do to face that kind of person? how long can u go with it? a day? a week? a month? a year? until u/he's dead?

it's better if u keep silent, it is also good if both of u have a talk..
but, will he.. change? its a sin (in Islam) if we dont talk to our friend which we have a clash with for more than 3 days.. so think about it.... peace..


p.s this is not a hot tempered entry, nor an entry to marah kat someone.. i am once a hot tempered, but i learn that being cool is better...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...