Wednesday 12 August 2009

Monday 10 August 2009

>Friendship is Greater Than Love..


dre, syazwan(blogger),paan,safwan,elyas, anik,ejat

Orang cakap 'kawan biar beribu, awek biar satu', kata-kata yang tidak luput dan diterima semua manusia.. kawan bermula sejak dari baru belajar berkata-kata sehingga tidak mampu berkata-kata (atau tua, maaf jika kata-kata ini menyinggung mana-mana pihak..)

"dude tlng hanta aku ke stesen KTM leh? ala nanti aku belanje la ko kat maple.." berikut adalah lafaz-lafaz pertolongan yang diungkapkan oleh Ali kepada Abu..

Tapi betul ke persahabatan lebih hebat dari percintaan..? Semuanye bergantung pada pendapat setiap orang..

Persahabatan lebih hebat dari cinta > mungkin yang berkata demikian tidak pernah merasakan perasaan cinta.. (ya saya pun tidak pernah merasa cinta sebenar, hehe.. )

Percintaan lebih hebat dari persahabatn > mungkin pula mereka yang berasakan sedimikian tidak pernah mempunyai sahabat sebenar yang benar-benar menghargai persahabatan..


Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada individu untuk membuat kesimpulan sebenar.. Bagi aku pula persahabatan itu bagaikan hubungan kekeluargaan atau 'family'.. So i remember each of my friend as my family... ^_^



berikut adalah lagu kegemaran aku, Sahabat lagu dendangan Aizat seorang artis yang dilahirkan dari rancangan realiti TV(walaupun pada hakikatnya aku tidak suka tengok rancangan2 macam ni).. enjoy..

Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

>m4Th 1+2-3*4/5=???

Matematik...

Subjek yang kurang atau tidak pernah digemari semua orang(pelajar) waktu di sekolah dulu(termasuk aku.. hehe..), tetapi menjadi subjek 'santapan' lazat para 'nerd' di sekolah...
Waktu disekolah dahulu sewaktu mata pelajaran math secara automatik mataku menjadi sayu, kepalaku menjadi kaku dan lidahku menjadi kelu(berdebar-debar melihat gadis idaman hati???)..
Segala yang diajar cikguku(walaupun cikgu tu lawa) tidak masuk ke dalam kepala(tah asal tah!!!).. Aku bagai dirasuk agar jangan dengar, jangan faham, dan jangan fokus ketika diajar ilmu MATEMATIK.. Mengapa???
Tak lama kemudian ujian pertengahan tahun berlangsung.. aku berjaya menjawab soalan untuk setiap subjek, tetapi.. tetapi math??? hampeh!!!fail kot!!
Beberapa hari kemudian aku ternampak gadis idaman ku.. aku mendapat khabar dia adalah seorang pelajar yang pintar dan adalah pelajar paling handal math dalam sekolah.. neeh???
harapan pudar???
Disaat itu aku mula meletakkan azam! azam untuk belajar math dan menjadikan math mata pelajaran kegemaran ku!!!(demi seorang gadis???)
Pagi, petang, waktu sekolah so tak ada masa belajar math, jadi waktu malam aku bertungkus lumus belajar math, aku ikuti kelas tambahan math dan pada ujian akhir aku membuat kejutan di sekolah.. Aku telah mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran math sekaligus berjaya menewaskan 'si dia'..
Jadi pada petang itu aku berjumpa 'si dia' di kantin sekolah.. berdebar-debar hatiku ingin melafaskan sesuatu.. 'dia' pandang tepat ke mataku dengan pandangan yang menggodakan.. dengan selamba aku berkata "haha!! i am number 1!!!!" dan berlalu pergi dari situ..


p/s: kisah ini adalah rekaan semata mata, jadi jangan ambil hati.. bagi mereka yang meminati math, teruskan minat anda! Dan bagi yang tidak meminati langsung anda perlu faham kepentingan math di dalam kehidupan kerana math itu adalah seni, seni yang sangat berharga jika diteliti.. ^_^


m.a.t.e.m.a.t.i.k.

Gabungan 9 huruf menjadi satu perkataan yang digeruni tetapi mempunyai pengaruh yang sangat kuat diseluruh dunia!! Ia juga adalah sains yang mengkaji kuantiti, struktur, jarak, dan perubahan..

sila rujuk laman web dibawah untuk rujukan..
http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...